16/10/2012

Undi PAS Dulu Baru Pergi Haji! - Mengundi Salah Satu Rukun Islam?



Berlaku di sekitar semenanjung. Ada seorang pakcik yang berkopiah berborak dengan Keris. Mulanya cerita hanya berkenaan keluarga kami. Lama-lama ia berubah kepada cerita politik. Pakcik ini mengaku dia adalah pejuang PAS sejak daripada Nik Aziz mengetuai PAS.

Dengarlah kisah takjub dan taksubnya dia kepada PAS. Sampaikan dia kata kalau dapat panai serban yang Nik Aziz pakai, dia dah boleh masuk syurga. Keris nak tergelak masa ni tapi muka tahan sahaja. 

Kemudian Keris tanya bila dia nak pergi haji? Dia kata dia dan beberapa AJK PAS kawasannya ada buat program menunaikan haji tahun ini tetapi terpaksa ditangguh. Aneh! Dah ada duit dan dah tempah dah pun, kenapa tak pergi?

Katanya selagi tidak mengundi untuk PAS pada PRU13, mereka tidak akan pergi naik haji. Bimbang jika mereka pergi ke Mekah berlakunya PRU, PAS akan hilang 21 undi daripada kalangan mereka. Keris terus tanya,"Pakcik saya nak tanya sikit, mengundi PAS rukun Islam yang keberapa?". Malu dengan pertanyaan Keris, pakcik tersebut ambil kunci motor dan terus berlalu pergi. Merah juga muka dia.

Bentak hati Keris, kenapa perlu ditangguhkan perkara yang baik yang merupakan rukun Islam yang kelima hanya kerana undi? Inilah doktrin yang PAS berikan kepada pengikut mereka. Bukankah ianya telah melanggar norma-norma kehidupan sebagai seorang Muslim? Keris mahu pembaca fikir sejenak.

Islam pada PAS dan pengikutnya terletak pada kepentingan yang keberapa? Jika kuasa yang mereka kejar berbanding pahala besar, Islamkah itu? Punyalah ramai orang yang memohon untuk pergi haji setiap tahun, dah dapat peluang ditangguhkan hanya kerana mahu mengundi PAS? 


K7L : Ada siasatan atau tidak bahawa PAS ini adalah ajaran sesat?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk