18/10/2012

Apa Kelebihan Seks? - Untuk Yang Berkahwin Dan Yang Akan Berkahwin


Amboi! Bukan main laju baca kalau ada sebut tentang seks. Ini bukan artikel lucah ya! Ini artikel ilmiah yang Keris mahu kongsi dengan pembaca. Sekali-sekala perlu lari sebentar daripad politik. Ini ilmu buat semua dan tak salah untuk dipaparkan di blog ini. Sebab ia bukan video lucah ataupun gambar bogel. Ini adalah info untuk yang dah berkahwin dan yang akan berkahwin.



Bila anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Dalam erti kata yang lain, semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "ubat sakit kepala" yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat anda lebih peka. Daya cium anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja secara berganda ketika anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.

Bukan rahsia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualiti kesihatan anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga merupakan pakar saraf di Royal Edinburgh Hospital, David Weeks ada menyatakan bahawa melakukan hubungan seks dalam kuantiti yang cukup boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.

Oh ya, seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu anda menjadi lebih rileks dan mengurangkan beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, yakni hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam otak.

Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sehingga mencapai 30%.

Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, hormon yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari efek-efek penuaan dan memberi efek mengantuk. Sekaligus anda boleh terhindar dari penyakit selsema dan badan masuk angin tanpa harus tergantung pada ubat atau makan jamu.


Percaya atau tidak, setelah melakukan kajian lebih dari 10 tahun di Wales, Prof dari Bristol University, Shah Ebrahim mengatakan bahwa seks dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung atau angin ahmar. Menurut Ebrahim, melakukan hubungan seks itu lebih sihat daripada jogging.

Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, bererti anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Boleh jadi kurus!

Mungkin anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, beearti anda terhindar dari kematian pramatang sehingga 36% kerana darah boleh menembus daerah-daerah "mati" ketika malakukan seks, sehingga daerah-daerah itu boleh diperbaharui. Dengan melakukan hubungan seks, bererti anda merangsang regenerasi sel-sel dalam tubuh.


Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka anda akan semakin romantik. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya. 

KHASIAT PELUK ISTERI

Yang ini merupakan antara sebab mengapa Keris nak kahwin pada usia yang muda.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh."


Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

K7L : Ada sebabnya mengapa digalakkan kahwin awal..ini nak tunggu degree lah..master lah..memang sampai ke sudah tak kawen der..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk