31/10/2012

Ini Jadinya Jika Syiah Dibiarkan Di Malaysia! - Part II: Syiah Halalkan Seks Bebas



Artikel sebelum ini :


Ini Jadinya Jika Syiah Dibiarkan Di Malaysia! - Part I

Syiah merupakan ajaran yang semakin berkembang dan menyelinap masuk secara halus dalam kalangan masyarakat kita khususnya golongan yang kurang pemahaman terhadap agama. Bahkan fahaman ini sudah mengambil tempat dalam kalangan orang politik dan cediakawan. Ini adalah bukti penyelewengan ajaran Syiah yang diambil daripada“Prosiding Seminar Ahli Sunnah dan Syiah Imamiyyah” 26-27 Disember 1992. Mengenai perkahwinan, yang mana syiah mengalakan pelacuran.
Nikah Mut’ah

  • Nikah Mut’ah- Perkahwinan mut’ah tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan (Tahdhib Al-Ahkam, J.7 hal 254; An-Nihayah, 849)
  • Ia boleh dilakukan antara seorang perempuan dengan lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani, dan Yahudi dan dengan perempuan pelacur sekalipun seperti kata Khomeni di dalam kitabnya Tahrir Al-Wasilah, J.2 hal 292 dan tidak perlu disoal dan diambil tahu sama ada perempuan itu mempunyai suami atau tidak. - [Al-Nihayah al-Thusi, hal.489; Tahdhib al-Ahkam, J.7 hal 253]
  • At-Tusi meriwayatkan daripada Fadhal Maula Ahmad ibn Rasyad bahawa dia menceritakan kepada Ja’far As-Sadiq a.s, “ Bahawa aku telah berkahwin dengan seorang perempuan secara mut’ah setelah itu timbul dalam hatiku bahawa perempuan itu mempunyai suami. Maka aku menyelidiki keadaan yang sebenarnya. Tiba-tiba aku dapati memang benar dia mempunyai suami.” Dia (Ja’far) berkata, “kenapa kamu selidiki?” - [Tahdhib al-Ahkam, J.7 hal 253]
  • Abu Ja’far telah ditanya tentang sekurang-kurangnya umur perempuan yang boleh dilakukan mut’ah. Beliau menjawab, iaitu kanak-kanak yang tidak tertipu. Berkata perawi, aku pun berkata; semoga Allah mendamaikan anakmu, berapakah minima umur perempuan yang tidak tertipu? “ beliau menjawab, “10 tahun.” - [Al-Istibar, J.3 hal 145; Tahdhib Al Ahkam, J.7, hal 225; Al Furu’ Min al Kafi, J.5, hal 463]
  • Perempuan boleh dikahwini secara mut’ah mengikut Syiah tanpa had. Ia tidak terbatas sampai 4 orang sahaja, tetapi mengikut apa yang mereka riwayatkan daripada Ja’far al Sadiq, beliau ada berkata; “Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan yang disewakan.” - [Al-Istibar, J.3 hal, 147; Tahdhib Al Ahkam, J.7 hal 259]
  • Berkenaan dengan jangka masa mut’ah itu boleh dilakukan dapat kita ketahui daripada riwayat yang dikemukakan oleh mereka daripada Abu Hasan Ali Muhammad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya; “Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh mut’ah itu boleh dikukan? Adakah harus seseorang melakukannya dengan syarat sekali persetubuhan? Beliau menjawab “Ya, tetapi tidak mengapa tetapi bila selesai hendaklah memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi (kepada perempuan itu)” - [Al- Furu’ Min al-Kafi J.5, Hal 460, Al-Istibsar J.3 hal 151].
  • Bahkan lebih daripada itu golongan Syiah berpendapat harus menyewakan faraj dan menghadiahkannya kepada sahabat handai. At-Tusi meriwayatkan daripada Abu Hasan bahawa dia berkata, “Aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s tentang peminjaman faraj, dia menjawab, ‘tidak mengapa’ - [Al Istibsar, J.3 Hal 141].
Dengan pembohongan dan pendustaan sedemikian itu pada hakikatnya Syiah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara bebas tanpa sebarang sekatan dengan seluas-luasnya. Mereka juga membenarkan seks luar tabii :

Mendatangi daripada Dubur – Lebih daripada itu golongan Syiah mengharuskan seseorang mengamalkan amalan kaum Lut dengan isterinya atas nama ahlul bait. Al-Kulaini meriwayatkan daripada Al-Rida bahawa beliau ditanya oleh Safwan bin Yahya:


“Salah seorang hamba bebasanmu menyuruh aku bertanya engkau.” (Al-Rida) berkata, “apa pertanyaan itu”. Aku berkata, “bolehkah seseorang mendatangi isterinya pada duburnya ?”. “Itu haknya”, berkata Safwan. Maka aku pun bertanya dia. “Adakah engkau melakukannya?” Al Rida menjawab “Kami tidak melakukannya”.[Al Furu Min al-Kafi J.5, Al-Istibsar, hal 243-244]

Tidak mustahil sesetengah pemimpin pembangkang yang dikesan sebenarnya mereka syiah menyokong LGBT dan seks bebas. Dah faham?

To be Continue

K7L : Syiah bahaya jika dibiarkan!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk