02/08/2012

Kini Rakyat Selangor Harus Tanggung Dosa @rafiziramli Pula?



Satu kupasan cantik oleh sahabat blogger Salahaddin berkenaan isu Rafizi yang mempergunakan rakyat. Keris melihat sistem membawa rakyat untuk kepentingan diri sendiri secara berselindung membuatkan orang ramai keliru apakah mereka perlu atau tidak membantu. Sebenarnya inilah skil puak-puak oppoturnist dalam menyelesaikan masalah mereka. 

Mereka akan menggunakan terma 'Rakyat Bersama' dengan harapan rakyat Selangor terutamanya merasa simpati kepada Rafizi. Sekarang kita baca pula ulasan SalahAddin yang merungkai banyak persoalan tentang kes BAFIA-NFC-RafiziJoe :

1. Merujuk kepada artikel daripada KeadilanDaily berkenaan kenyataan TS Khalid yang menyatakan bahawa Kerajaan Selangor akan menanggung kos guaman Rafizi jelas menunjukkan ketidak tanggung jawaban Kerajaan PKR Selangor.

2. Persoalan yang ingin dikemukakan adalah mengapa rakyat perlu menanggung kos tersebut walhal usaha Rafizi yang kononnya untuk mendedahkan skandal NFC itu bukanlah satu pembelaan terhadap rakyat tetapi adalah untuk mendapat political mileage.

3. Dan Rafizi sendiri mengaku bahawa memang benar beliau menyangkakan bahawa ini akan berlaku. (beliau ditangkap)

4. Mengapa atas dasar sangkaan Rafizi, beliau tidak menyediakan dana yang sepatutnya sebelum membawa kes NFC?

5. Mengapa atas ketika Rafizi sebenarnya sudahpun bersedia untuk didakwa, beliau masih lagi mahu mengharapkan untuk mendapat simpati dan duit rakyat?

6. Sememangnya Rafizi ingin dirinya didakwa kerana sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh Rafizi adalah untuk memenuhkan 'war chest' beliau untuk menghadapi PRU kelak.

7. Sejumlah wang yang kononnya akan dibayar oleh Kerajaan Selangor kepada guaman Rafizi akan disalurkan kepada 'war chest' tersebut. Peguam-peguam beliau pula bersedia untuk berpakat bersama-sama.

8. Kemudian, beliau minta lagi derma daripada orang ramai melalui sms, twitter dan facebook yang mula dipromosikan seawal pagi tadi. Betapa banyak wang-wang yang tidak diaudit ini masuk dengan berduyun-duyun ke dalam poket Rafizi.

9. Keduanya, adakah perlu rakyat menanggung bebanan kos terhadap seorang individu yang sebenarnya berjuangkan karier politik beliau sahaja.

10. Rafizi bukanlah seorang Ahli Parlimen, ataupun Ahli DUN di Selangor. Beliau juga telahpun meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Maka atas kapasiti apa, beliau layak untuk mendapatkan peruntukan untuk kos guaman beliau?

11. Wang tersebut boleh sahaja diberikan satu atau dua lagi biasiswa kepada anak negeri Selangor melalui Yayasan Selangor.


12. Yayasan Selangor pun mengadu tidak ada duit, manakan tidak kerana wang Kerajaan Selangor dibelanjakan untuk tujuan yang tidak ada faedahnya.

Nampak kan? Leris juga bersetuju dengan pendapat beliau. Anda bagaimana?

K7L : Lepas ni apa-apa sikit guna duit rakyat..duit kerajaan negeri diguna untuk tampung hidup pemimpin negeri..amacam?..

2 ulasan:

  1. Sebagai rakyat selangor yg membayar cukai, aku tak halalkan duit cukai aku digunakan utk membela sipemfitnah ni.

    ReplyDelete
  2. sirafizi ni sentiasa nak saman kak ijat pasal NFC.kenapa dia[rafizi]sendiri tak mahu buat projek ternak lembu macam kak ijat buat.inilah satu MELAYU tak guna.tak bolih tengok MELAYU lain MAJU.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk