20/02/2012

Heboh Pasal Pas Pelajar Asing? - Ini Kenyataan KSU KDN




KENYATAAN MEDIA 
YBHG. TAN SRI MAHMOOD ADAM 
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI 
mengenai PERMOHONAN PAS PELAJAR ASING KINI PERLU DISERTAKAN PENGESAHAN TAWARAN BELAJAR 


20 FEBRUARI 2012 (ISNIN)


1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik keputusan yang dibuat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang memutuskan bahawa warga asing yang ingin melanjutkan pengajian di Malaysia perlu mengemukakan permohonan Pas Pelajar sebelum masuk ke Negara ini, selain disyaratkan supaya menyertakan bersama surat pengesahan tawaran daripada institusi yang berkenaan.

2. Hal ini adalah sejajar dengan keputusan bersama yang dicapai agensi kawal selia yang ditubuhkan penghujung 2011 dan dianggotai empat kementerian iaitu KDN, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT); Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

3. Dengan keputusan tersebut, Pas Pelajar kini hanya akan dikeluarkan kepada mereka yang telah sah mendapat tempat untuk tujuan menyambung pengajian, sekali gus meminda peraturan sebelum ini yang membenarkan warga asing masuk dan berada di Negara ini selama tiga bulan menggunakan Pas Lawatan Sosial bagi meninjau institusi yang bersesuaian keperluan masing-masing.

4. Selari dengan itu, proses pengeluaran visa juga diperketatkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama agensi kawal selia sebagai pihak yang bertangungjawab menguruskan kemasukan pelajar asing ke negara ini.

5. Keputusan ini diambil berikutan peningkatan kes penyalahgunaan Pas Pelajar oleh warga asing, khususnya membabitkan jenayah berkaitan dadah dan pelbagai kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen.

6. Pada masa sama, beberapa inisiatif lain turut dilaksanakan KDN bagi memantau isu pelajar asing dan antara yang utama ialah penubuhan Sub Unit Khas Pelajar dan Kumpulan Kerja Pemantauan Pelajar Antarabangsa (KKPPA); menyeragamkan Standard Operation Procedure (SOP) bagi memastikan tiada pertindihan bidang tugas antara agensi kawal selia membabitkan KDN, KPT, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), JIM dan JPK; mengendalikan naziran bersepadu serta berkala melibatkan JIM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), KPT, KPM dan JPK; melaksanakan saringan keselamatan PDRM terhadap permohonan pelajar asing; mengambil data biometrik; dan terakhir, mengintegrasikan sistem yang digunapakai agensi kawal selia dengan sistem yang diguna pakai oleh JIM.


K7L : Penjelasan telah diberikan..mohon disebarkan..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk