04/02/2012

Alhamdulillah - Mohd Nor Fitri Telah kembali Ke Pangkuan Keluarga



Alhamdulillah....syukur dan syukur ke hadrat Illahi kerana telah menemukan kembali Mohd Nor Fitri dengan keluarganya.

Kak Su bagi pihak keluarga Mohd Nor Fitri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang lain yang telah menolong menghebahkan tentang kehilangan adik Mohd Nor Fitri dan dengan Kehendak Nya juga kami telah berjaya menjumpai Mohd Nor Fitri di Bukit Mertajam, Penang sebentar tadi. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang begitu prihatin menalipon dan sms memberi maklumat tentang adik Fitri.

Disini kak su juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Omar (wartawan metro) kerana telah menyiarkan berita kehilangan Fitri hari ini.


Disertakan gambar Mohd Nor Fitri semasa dijumpai bersama ibu dan kakak.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih dan semoga Allah merahmati dan melindungi kalian semua....

-Kak Suraya.

Tahiah dan syabas kepada semua yang membantu dalam pencarian remaja istimewa yang bernama Mohd Nor Fitri. Syukur kerana berkat kesabaran dan ketabahan keluarga beliau mencari membuahkan hasil. Berkaca juga mata Keris apabila tahu Fitri telah kembali kepangkuan keluarganya. InsyaAllah jika berkesempatan Keris akan jumpa dengan keluarga Fitri.

K7L : Kena mai Kedah la camni...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk