15/02/2012

Hari Ke-8 #AmanKampus Hari Itu Apa Jadi?




Seminggu telah pun berlalu kini Program Kembara Aman Kampus Mahasiswa Bersama Masyarakat telah pun memasuki hari ke 8 (Semalam) yang kini lokasi para peserta berada di Kelantan Darul Naim. Jelajah yang tiba pada petang hari Ahad telah bermalam di Pusat Dakwah Jeli (Pondok Moden) untuk acara perasmian program Aman Kampus peringkat Negeri Kelantan oleh Dato' Sri Mustapa Mohamed selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Program ini turut disertai oleh wakil-wakil dari Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan juga pelajar dari UiTM Machang. Program yang berlangsung di dewan utama pusat dakwah ini turut dihadiri oleh Mohd Faizal bin Daud selaku presiden HIMSAK. Laporan dan gambar sila rujuk blog harapan esok (klik!).

Semakin hari, semakin bersemangat anak-anak muda ini membawa suara anak muda yang kini telah pun menjelajah ke 7 buah negeri yang bermula di Putrajaya dan akan berakhir nanti di Selangor. Tiba hari ke lapan, para peserta telah menjalankan Program Ikon Siswa di SMK Bukit Bunga, Jeli. Program yang dihadiri oleh pelajar tingkatan empat sekolah itu telah dihadiahkan 5 buah komputer riba kepada 5 orang pelajar cemerlang PMR 2011 ketika majlis perasmian. Sebahagian para peserta yang lain teah berada di Pekan Jeli untuk menjalankan Program Info Siswa bersama masyrakat. Pada mulanya agak kekok, tetapi apabila para peserta memberi penerangan yang terperinci tentang isu-isu semasa dan negara masyarakat setempat mula memahami dan menyokong perjuangan para mahasiswa yang membawa suara anak muda dan cintakan keamanan ini.

Selesai kedua-dua program para peserta bergegas ke Pondok Moden untuk majlis penutup dan pelancaran konvoi yang dirasmikan oleh Dato' Dr Azmi bin Stapa selaku setiausaha politik kepada Dato' Sri Mustapha Mohamed.






gambar dari blog 1 peluru (klik!)

Kembara diteruskan menuju ke negeri Perak Darul Ridzuan dimana para peserta terus ke Ijok untuk program mahasiswa bersama masyarakat. Ketibaan para peserta dan tetamu kehormat telah disambut dengan paluan kompang yang meriah oleh penduduk kampung.

















Kali ini para peserta telah terpilih untuk bersama-sama dengan penduduk tempatan untuk dijadikan anak angkat dan para peserta akan bermalam di rumah mereka. Nantikan laporan seterusnya. -Putrajaya-Online-

K7L : Maaf sebab lambat update pasal Aman Kampus..Keris ada beberapa tugasan yang perlu dibuat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk