18/02/2012

Artis Dah Masuk Wataniah? - Anda Bagaimana?




Platun Seni Askar Wataniah yang dianggotai artis-artis tempatan berpeluang mengikuti rombongan ke Lubnan pada akhir bulan depan untuk memberi semangat kepada pasukan pengaman di negara itu. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tawaran seperti ini merupakan permulaan yang baik kepada platun-platun seni itu yang dapat menarik minat bukan sahaja anak seni yang lain tetapi kaum India dan Cina menyertai Askar Wataniah.

“Saya akan bawa sebahagian daripada mereka berbuka puasa dengan keluarga, pegawai dan anggota di Lubnan nanti. Saya juga akan bersama-sama mereka dalam bulan puasa ini untuk pergi ke kem tentera darat, laut dan udara untuk promosikan rejimen mereka kepada ketiga-tiga pasukan keselamatan angkatan tentera ini,” katanya selepas merasmikan latihan ketenteraan Askar Wataniah (Platun Seni) di Rejimen 515 di sini Isnin.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Udara Tan Sri Rodzali Daud.

Seramai 22 artis tempatan termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza terlibat dalam sesi latihan pertama itu Isnin.

Ahmad Zahid dalam pada itu menghargai usaha platun media Askar Wataniah itu, terutamanya Siti Nurhaliza dan penyanyi Ana Raffali yang telah mempromosikan Askar Wataniah ini di sekolah-sekolah lama mereka dengan mengenakan uniform Askar Wataniah untuk acara perbarisan pasukan kadet sekolah.

Beliau berkata sambutan yang diterima daripada artis-artis tempatan untuk menyertai Askar Wataniah juga amat menggalakkan apabila sehingga kini terdapat 300 orang yang sedang menunggu giliran untuk menyertai platun seni itu.

“Saya juga berbangga apabila suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan Pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam akan menyertai Askar Wataniah Kehormat,” katanya. -KLToday-


K7L : Lisa Surihani masuk wataniah?..Keris nak satu platun dengan dia boleh?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk