28/07/2011

Nik Nazmi Tak Tengok Televisyen Atau 'Gaptek'?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t



Semalam Keris dan beberapa rakan yang lain telah menghadiri majlis forum anjuran Pemuda UMNO Putrajaya yang bertajuk 'Kematangan Demokrasi Di Malaysia' dimana ia merupakan sebuah forum yang hampir sama seperti 'Wacana Selepas 9 Julai'. 



Ahli panel yang hadir untuk majlis forum tersebut terdiri daripada Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Dato' Haji Ahmad Zaki Zahid, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia (PKR), YB Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Dr Mohammad Nawar Ariffin yang juga bertindak sebagai Non-Partisan di dalam forum tersebut. Syabas dan tanhiah kepada kedua-dua penyokong yang hadir kerana memberi kerjasama yang bagus dan senario yang amat berlainan dengan hadirin ketika Wacana Selepas 9 Julai kerana kematangan dan sifat profesinalisme telah ditunjukkan pada majlis forum tersebut.

Untuk Laporan Penuh mengenai majlis forum tersebut, anda boleh lihat di SINI.

Apa yang ingin Keris sentuh disini adalah mngenai hujahan YB Nik Nazmi, beliau menempelak kerajaan dengan mengatakan bahawa pihak kerajaan yang takut dengan tindakan mereka mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 walaupun perhimpunan itu bukanlah satu perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana di Tahrir, Mesir.

Tindakan beliau mengeluarkan kenyataan ini telah memakan diri apabila ada pemuda tampil bertanyakan mengenai rakaman video Ketua AMK Shamsul Iskandar yang pernah mengeluarkan kenyataan menyeru rakyat Malaysia gulingkan kerajaan dan jadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir. Dan jawapan yang diberikan adalah beliau tidak tahu akan kewujudan rakaman terbabit. Dalam masa yang sama Nik Nazmi menyatakan jika benar Shamsul Iskandar pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu beliau tidak setuju dengan tindakan tersebut.




 TV3, Bernama dan Astro Awani telah menyiarkan klip video bahawa Ketua AMK Shamsul Iskandar pernah berkata, “Kalau tak boleh nak gulingkan kuasa secara pilihanraya, maka gulingkan secara jalanraya!”


YB Nik Nazmi tak tengok televisyen kah? Sekalipun sibuk berpolitik tidak mungkinlah sampai tidak tengok berita?. Asyik tengok Malaysia Hari Ini? (Wardina Safiyyah pengacara?) 

Mungkin YB Nik Nazmi tiada masa, tetapi saya difahamkan bahawa YB ini sangat popular dalam twitter dan beliau juga ber'blog'. Mustahil beliau 'Gaptek' atau 'Gagap Teknologi' kerana beliau adalah Pengarah Komunikasi PKR, sudah tentu beliau tahu akan video tersebut. Baiklah, Keris tidak mahu bersangka buruk maka Keris bantu YB Nik Nazmi dengan pautan video ini supaya YB Nik Nazmi 'Sedar' akan kewujudan kata-kata tersebut.



Harapnya sekarang dah tengok lah ye?..jangan asyik tengok Malaysia Hari Ini sahaja :)


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: saya tabik pada semua hadirin termasuk ahli-ahli panel kerana memberi kerjasama dan tiada sebarang provokasi..tahniah!..baru 'matang' dalam demokrasi..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk