19/05/2016

Azmin Ditekan Ahli DAP Pula Untuk Turun Dari Kerusi MB?


 

Ada kemungkinan Azmin akan menerima nasib yang sama seperti Khalid Ibrahim yang pernah dia musuhi suatu ketika dahulu. Namun begitu jangan salah sangka kerana yang merancang 'Langkah Kajang' bukanlah Azmin tetapi orang lain.

Azmin yang menaiki kerusi empuk Menteri Besar Selangor hanyalah kerana ehsan PAS dan calon yang dicadangkan oleh PKR-DAP tidak layak untuk berkhidmat sebagai Menteri Besar.

Selain itu kerusi tersebut pada awalnya disediakan untuk memastikan Anwar Ibrahim yang lena di situ namun percaturan 'Langkah Kajang' berubah menjadi 'Langkah Keliwatan' yang menjadikan Azmin terpilih.

Kini tekanan untuk menukar MB Selangor bukanlah cerita dongeng dan pendedahan demi pendedahan tentang salahlaku dan penyelewengan oleh ahli PKR sendiri membuatkan imej MB Selangor tercalar.

Dalam masa yang sama nampaknya ahli-ahli DAP yang berang dengan Azmin kerana masih bersekongkol dengan PAS dan berkeras tidak mahu melucutkan 3 orang Exco Negeri Selangor daripada parti PAS juga menyusun jalan untuk menjatuhkan Azmin.

Kini Azmin berada dalam keadaan sangat genting. Berbeza dengan Guan Eng yang kini tersangat lemah, Azmin belum ditemukan dengan 'ruas' yang sedang dibawa oleh Chegubard.

Andaikata akan ada waktu yang memaksa Azmin untuk tetap turun daripada kerusi MB, mungkinkah Selangor dibubarkan lebih awal?

K7L : Nak sangat tukar ya? Azmin bagi tukar kerajaan terus semua tak dapat..

Kitaran Kepimpinan PKR Yang Cuba Diubah Azmin? - Makan Diri Atau Berjaya?


  

Satu dekad telah berlalu dan reformasi yang dilaung-laungkan masih tidak berlaku. Keadaan dalaman parti belum berubah kerana amalan nepotisme masih segar dalam PKR. Perjuangan parti ini tetap berkisar pada agenda peribadi Anwar serta kepentingan keluarga dan sahabat rapatnya.

Wan Azizah sebelum ini pernah mengosongkan kerusi ini kononnya untuk menjaga cucu dan memberi laluan kepada Anwar bertanding kerusi sama, seterusnya menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. 

Dan apabila Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, Wan Azizah sekali lagi dicalonkan dan diletakkan sebagai 'Decision Maker' untuk PKR yang dilihat tiada tempat untuk orang yang bukan rapat atau punyai talian darah dengan Anwar Ibrahim.

Walaupun di dalam penjara, Anwar masih dirujuk untuk membuat keputusan penting. Sebelum ini Pemimpin PKR Kedah, Ishak Man mengkritik cara Anwar membuat keputusan ala diktator memilih ahli keluarga sendiri untuk bertanding pilihan raya kecil atau memegang jawatan utama dalam parti. 

Ishak Man membidas sikap tidak adil ini kerana membelakangkan pilihan dan suara ahli parti. Penyokong parti dan Pakatan masih ingat sewaktu kemuncak krisis perebutan kuasa di Selangor tahun lalu bagaimana Anwar membuat keputusan unilateral menghantar hanya nama isterinya sebagai calon menteri besar walaupun Sultan Selangor menitahkan tiga nama dihantar kepada baginda untuk dipertimbangkan.

Amalan nepotisme dalam PKR dan sikap diktator Anwar juga pernah dikecam Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Beliau pernah menyarankan Anwar agar bersara daripada politik kerana sudah lama rakyat Malaysia dilibatkan dengan agenda peribadi Anwar. 

Dr Zuhdi mengingatkan bagaimana Anwar melancarkan Operasi 16 September beberapa tahun lalu tanpa berbincang dengan Pas sebagai parti sekutu dalam PR untuk menjatuhkan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang telah dipilih rakyat secara sah. 

Pas masih terkesan dengan tindakan Anwar yang mengumumkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak jika PR menang dalam PRU13, pencalonan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah tanpa mengambil kira strategi bersama PR di Johor serta Manifesto PR 2013 di Shah Alam tanpa menghiraukan input dan cadangan Pas sehingga tertinggal isu padi, nelayan dan Felda.

Kini PAS sudah mula meninggalkan PKR dan bersedia untuk menawan Selangor dengan sendiri melalui Blok Ketiga. Namun apa jua yang terjadi, kitaran kepimpinan PKR tetap tidak akan berubah dan masih mengamalkan nepotisme yang nyata.

K7L : Nuha bakal jadi Gadis pertama ketuai AMK?

Perompak Mesin ATM - Masa Untuk Kita Jadi Mata Untuk Polis!



Sekumpulan perompak bertindak meletupkan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank sebelum melarikan kira-kira RM300,000 dalam kejadian di Simpang Kuala, di Alor Setar awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Rohana Omar berkata dalam kejadian pada 3.30 pagi itu, suspek dipercayai menggunakan bahan letupan buatan sendiri untuk meletupkan mesin ATM itu.

"Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu mendapati sekumpulan perompak yang memakai topeng memecahkan cermin bank terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rohana berkata suspek kemudiannya memasang bahan letupan pada mesin ATM sebelum meletupkannya hingga menyebabkan wang bertaburan sebelum melarikan wang dari mesin ATM itu menggunakan sebuah kenderaan.

Katanya suspek turut mengecat CCTV yang terdapat di luar bangunan tersebut bagi mengelak kegiatan mereka dirakam.

Ini merupakan salah satu daripada berita mengenai rompakan mesin ATM yang berlaku di negara kita. Secara tiba-tiba ia seakan menjadi trend untuk merompak mesin yang diketahui dalamnya sudah tentu mempunyai jumlah wang yang banyak.

Namun begitu ini bukanlah sama seperti yang kita lihat di dalam filem-filem barat. Ini bukan suatu kisah yang kita boleh ketawa untuk dikongsikan. Ini bermakna jenayah di negara kita semakin moden dan ia sangat membimbangkan.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan tidak mahu jenayah seperti ini berulang, kita jauhkan diri daripada terlibat dan sekiranya ada maklumat sila jadi mata dan telinga kepada pihak polis.

K7L : Ini bukan cerita baik..

Usul CM Pulau Pinang Dua Penggal - Berani Minta Undi Dari Rakyat Pulau Pinang?



Nampaknya usul supaya Ketua Menteri Pulau Pinang hanya boleh memegang kuasa bagi satu-satu individu adalah selama 2 penggal sahaja sudah menjadi perbualan yang hangat di Dewan Negeri.

Wakil rakyat DAP sebelum ini ada menyerahkan surat usul bagi pindaan Perlembagaan Undang-undang negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal sahaja.

"Saya percaya bahawa kita perlu menggalakkan tadbir urus yang baik, malah kewibawaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan
," - Teh Yee Cheu

Pada persidangan Dun 10 November 2014, Yee Cheu pernah mencadangkan penggiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan mengehadkan jawatan itu kepada dua penggal sahaja bagi memberi peluang kepada pemimpin lain yang berkebolehan memegang jawatan itu.

Namun dia menerima tentangan hebat. Kini usaha tersebut masih ingin dibawa dan diusulkan didalam Sidang DUN menyaksikan Adun DAP bertelagah sesama sendiri, seorang pro LGE dan seorang lagi Pro DAP Pulau Pinang.

Melalui maklumat dari Pulau, DAP Pulau Pinang memang tidak selesa dan tidak berpuas hati dengan Ketua Menteri sedia ada yang membuat keputusan ala komunis dan autokratik menjadikan mereka di Pulau Pinang tiada fungsi.

Kini kebanyakan daripada mereka bersetuju untuk membuat sistem penggiliran sebagai usaha menyingkirkan Lim Guan Eng yang sudah dua penggal memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Nampaknya kita akan melihat Azmin diturunkan di Selangor oleh ahli PKR dan ahli DAP, di Pulau Pinang juga kita akan lihat Adun PKR dan Adun DAP yang melucutkan jawatan Ketua Menteri kelak.

K7L : Masalah betul DAP-PKR ni..

Hanya Di Pulau Pinang - Adun DAP Bertelagah Sebab Tak Sebulu?


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung difahamkan telah menjadi hangat apabila wakil rakyat DAP bertikam lidah sesama sendiri mengenai usul had tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mahu dibawa oleh Adun DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.


Adun DAP Seri Delima, RSN Rayer marah dengan tindakan Adun DAP Tanjung Bungah dengan mengatakan cadangan tersebut tak perlu dibawa ke Dewan Negeri, dan Teh Yee tidak perlu bersepakat dengan parti GERAKAN, sebaliknya boleh dibincangkan dalam mesyuarat DAP.

"Teh boleh membangkitkan perkara itu dalam pertemuan bersama pemimpin DAP, berbanding membincangkannya dalam forum mengenainya yang dianjurkan Gerakan negeri baru-baru ini,
" -  Rayer.

Apabila Rayer menyelar Teh Yee mengenai usul had tempoh ini di dalam Dewan Negeri, Adun DAP Berapit, Lydia Ong Kok Fooi tampil mempertahankan cadangan Teh Ye dengan menegaskan cadangan Adun DAP Tanjung Bungah itu tidak mempunyai kesalahan, sebaliknya ia merupakan satu cadangan yang bernas.

Lydia Ong yang berang dengan tindakan Rayer menjelaskan, cadangan atau usul yang dikemukakan oleh Teh Yee itu penting dalam memastikan seseorang pemimpin tidak menyalahgunakan kuasa.

"Tuduhan penyalahgunaan kuasa itu boleh berlaku sekiranya seseorang pemimpin terlalu lama memegang kuasa," kata Lydia Ong yang memanaskan lagi sidang DUN Pulau Pinang.

Rayer yang tidak berpuas hati dengan jawapan Lydia Ong bangun membalas jawapan mempertahankan Guan Eng dengan mengatakan, bahawa kerajaan negeri mengamalkan dasar tender terbuka dan pentadbiran yang bersih. Dengan jawapan balas antara wakil rakyat DAP, keadaan Dewan menjadi 'tegang'.

Dewan yang 'tegang' bagaimanapun kembali tenang apabila Speaker Dewan, Datuk Law Choo Kiang mengingatkan Rayer untuk hanya memfokuskan kepada perdebatan bukannya membangkitkan isu-isu bersifat peribadi.

Haha! Nampaknya DAP Pulau Pinang akan berperang tidak lama lagi. Teh yang disebut-sebut sebagai 'The Next CM' sekiranya Guan Eng 'harus pergi' daripada kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang.

K7L : Buat apa nak tunggu?.. sapu masa Guan Eng tengah lemah.. Haha!..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk