01/03/2018

PRU14- Orang Muda Pilih Siapa?



Seramai lima juta orang muda akan mengundi buat pertama kali dalam pilihan raya umum ke-14, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Angka pengundi kali pertama itu meliputi kira-kira 34 peratus daripada keseluruhan pengundi di Malaysia.

Barisan Nasional dan Pakatan Harapan telah boleh menjangka bagaimana pengundi-pengundi yang berpengalaman mengundi akan memilih.

Namun apa yang membingungkan kedua-dua belah pihak ialah bagaimana 5 juta pengundi pertama kali ini akan memilih.

Pengundi muda yang pertama kali mengundi ini adalah golongan paling ramai di atas pagar dan merekalah yang akan menentukan pemenang dalam PRU-14.

Apa yang berlaku dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 2008 boleh dijadikan contoh selepas ia dimenangi oleh Barack Obama sekali gus beliau menjadi Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.

Strategi kempennya memfokus kepada golongan muda hingga lebih 12 juta pemuda pemudi negara itu mengundi beliau.

Bagaimanapun, keadaannya berbeza ketika kempen Hillary Clinton pada tahun 2016 apabila golongan muda kurang memberi sokongan kepada beliau berbanding Barack Obama yang membawa kepada kekalahan Hillary Clinton kepada Donald Trump.

Berbeza dengan Barack Obama yang menerima 60 peratus sokongan orang muda pada tahun 2008, hanya 55 peratus orang muda mengundi Hillary Clinton pada tahun 2016.

Bagaimana pula pengundi muda di Malaysia akan mengundi pada PRU-14?

Adakah mereka memilih untuk mengundi mengikut kecenderungan politik keluarga masing-masing? Atau mengikut desakan rakan-rakan? Atau terpengaruh dengan aliran pemikiran media sosial?

Saya adalah salah seorang orang muda yang akan mengundi buat kali pertama pada pilihanraya ini dan saya masih belum membuat keputusan parti yang mana menjadi pilihan. Dan saya yakin, ramai lagi pengundi kali pertama adalah seperti saya.

Persoalan di benak kami adalah apakah yang ditawarkan oleh setiap parti tentang perkara yang penting kepada generasi kami.

Sebenarnya apa yang kami rasa paling penting ialah masa depan. Iaitu contohnya sama ada kami mampu mendapat pekerjaan yang baik selepas bergelar graduan, dan sama ada kami mampu memiliki rumah dan masih dapat menghantar sedikit wang kepada ibu bapa di kampung.

Kami juga mengambil berat tentang masalah yang dihadapi generasi kami pada masa ini.

Baru-baru ini saya terdengar rancangan Barisan Nasional berkenaan program Transformasi Nasional 2050 (TN50), pelan yang mengambil kira pandangan generasi muda mengenai apa yang mereka mahu pada masa depan. Ia adalah strategi yang baik kerana Barisan Nasional dilihat berusaha merancang masa depan untuk generasi muda.

Mungkin itulah sebabnya kini Barisan Nasional mendapat reaksi baik daripada orang muda.

Contohnya, dalam beberapa pilihan raya kecil yang baru lepas, sokongan golongan muda Cina meningkat di Sungai Besar sebanyak 23 peratus daripada 15 peratus pada PRU-13 kepada 38 peratus pada 2016.

Trend peningkatan yang sama turut dilihat di kalangan pengundi muda Melayu apabila sokongan mereka meningkat 18 peratus kepada BN di Kuala Kangsar, dua tahun lalu.

Selain itu, keputusan pilihan raya kampus di 20 universiti-universiti awam sejak dua tahun lalu menunjukkan peralihan ketara sokongan orang muda mahasiswa kepada kumpulan pro-kerajaan apabila mereka menang hampir semua kerusi yang sebelum ini dikuasai kumpulan pro-pembangkang.

Di pihak satu lagi, Pakatan dilihat tidak memfokus kepada masa depan tetapi kepada soal legasi masa lampau dengan melantik calon Perdana Menteri berusia 93 tahun.

Orang muda mungkin ada masalah dengan perkara ini kerana masalah pada hari ini tidak sama seperti yang dihadapi 20 ke 30 tahun yang lalu.

Strategi oleh Pakatan ini mungkin bercanggah dengan harapan orang muda sekarang.

Dalam ucapannya baru-baru ini, Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil, berkata: “Generasi muda adalah pemilik masa hadapan. Merekalah pemegang taruh terbesar masa hadapan. Janganlah kita ulangi kesilapan masa lalu dan memaksa generasi akan datang untuk mengikuti amalan lampau dan tabiat lama. Tabiat lama memang sukar dibuang. Marilah kita menggantikan kesilapan lalu dengan aspirasi segar.”

Oleh sebab-sebab di atas, sebagai pemerhati daripada perspektif generasi saya, pada kali ini saya berpendapat bahawa Barisan Nasional akan mendapat sokongan lebih tinggi daripada orang muda berbanding Pakatan.

Oleh Aina Shatar
BHarian

K7L : Saya Pilih Barisan Nasional..

28/02/2018

Elaun SL1M Kini RM2,000 Sebulan - Masih Ada Yang Merapu Pasal Peluang Pekerjaan?



Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu platform yang diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu generasi muda mendapatkan peluang pekerjaan.

Kini, kerajaan telah mengumumkan elaun SL1M berjumlah RM1,500 dinaikkan kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa pada tahun ini.

Selain memberi lebih motivasi kepada pelatih, ia juga sebagai bukti kerajaan memahami keperluan mereka yang kebanyakannya datang daripada pelbagai latar belakang kehidupan. SL1M yang diperkenalkan sejak 2011 juga, kini sudah melatih 140,000 graduan.

Ini antara langkah Kerajaan Malaysia yang proaktif dalam memastikan mereka yang belum mendapat pekerjaan dan pengalaman yang mencukupi untuk memenuhi kehendak syarikat-syarikat besar.

K7L : Elaun SL1M lagi mahal dari gaji aku..

Klinik 1Malaysia - Manifesto Yang Berjaya Dilaksanakan!


 

Inilah bukti keprihatinan dan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) membela nasib rakyat supaya seluruh masyarakat memperoleh perkhidmatan kesihatan berkualiti dengan kos paling minimum iaitu RM1 sahaja.

Konsep Klinik 1Malaysia yang dekat dengan perumahan juga memberi kemudahan kepada penduduk mendapatkan rawatan di samping bakal meningkatkan lagi taraf kesihatan rakyat.

Selain rawatan untuk penyakit ringan, klinik ini juga menyediakan perkhidmatan ujian darah, air kencing dan asma menerusi operasi setiap hari termasuk pada hari minggu dan kelepasan am bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Kalau prgi klinik swasta dah berapa RM?

K7L : Janji buat. bukan janji cakap aje...

Mahathir Pertikai Orang Lain Tapi Kuda Dia Makan Lagi Mahal!




Datuk Seri Najib Razak memulangkan paku buah keras kepada pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu diet sihatnya. Mempertahankan diet quinoa – bijian mahal dari Amerika Selatan – yang diamalkannya, Najib berkata kos ditanggung beliau tidaklah sebanyak makanan kuda Mahathir.

“Saya sebut makan quinoa pun jadi isu. Makanan ini ubat macam kita makan madu, vitamin. Tapi nasi lemak, nasi Vanggey pun saya makan.

“Tapi adakah Dr Mahathir fikir pasal makanan kudanya yang lebih mahal?

“(Beri) makan kuda lebih mahal dari (beri) makan manusia. Saya ingat sebulan (beri) makan kuda, tiga tahun (saya boleh) makan quinoa. Beri makan kuda lebih mahal dari makan quinoa. Berapa ekor dia (Dr Mahathir) ada, tanya dia.

“Lepas itu dia bercuti di Argentina pula main kuda. Apa yang mahal sangat quinoa tu, apalah nak jadi isu,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette pada majlis pertemuan dengan pemimpin di Negeri Sembilan hari ini.

Laporan sama turut disiarkan Sin Chew Daily.

Perdana menteri dipercayai merujuk dakwaan bahawa Dr Mahathir mempunyai ladang ternak kuda di Argentina.

Najib pada Khamis lalu dalam sesi perkongsian atas talian berhubung Bajet 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia mendedahkan beliau beralih dari makan nasi kepada makan quinoa untuk diet pemakanannya atas cadangan anaknya.

Pemimpin pembangkang tampil memperlekeh kenyataan Najib itu dengan mendakwa beliau tidak faham penderitaan rakyat kerana hanya makan makanan mahal.

K7L : Sentap bukan main Mahathir sekarang..sendiri cari penyakit..

Untuk Macai Bunga Yang Bukan Lagi Ahli UMNO Tapi Menyemak!



Dakwaan bahawa Umno akan diharamkan dalam masa terdekat berikutan penangguhan pemilihan parti itu adalah tidak benar dan sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya Umno masih berkuat kuasa di semua peringkat dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya.


“Dakwaan itu sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai khususnya ahli-ahli Umno dan para penyokongnya selain usaha pihak tertentu untuk memburukkan parti,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Tengku Adnan turut memaklumkan bahawa Pemilihan Umno yang diputuskan ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

“Ini selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) . Ini adalah merujuk kepada Seksyen 13 A (4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat,” katanya.

Tengku Adnan berkata penangguhan tersebut adalah bagi memastikan kesempurnaan perjalanan parti selaras Fasal 10.15 Perlembagaan Umno dengan proses pemilihan dalam Umno berjalan lancar dan juga mengambil kira faktor keadaan semasa politik parti khususnya dan negara amnya.

Sehubungan itu, Tengku Adnan menasihatkan orang ramai khususnya anggota Umno agar tidak mudah terpedaya dengan penularan berita berkaitan parti sebaliknya membuat semakan dengan Ibu Pejabat Umno terlebih dahulu. — Bernama
K7L : Sibuk je.. kami bukan Parti yang tak cukup orang nak bersidang..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk