03/10/2017

Mdaey Beli Kit Siang RM1B? - Itu Syed Saddiq Jual Diri RM5 Juta?



Raja Petra Kamaruddin mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah merasuah Lim Kit Siang sebanyak RM1 billion sebagai ganjaran untuk mendapatkan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Mahathir telah membeli Kit Siang dengan harga RM1 bilion dan itulah sebabnya orang Cina tua itu telah berubah menjadi ‘anjing tua Mamak yang jinak’.

“Jadi benar apa yang mereka katakan pada tahun 1976 selepas itu, yang mana Kit Siang boleh dibeli tetapi ia perlu pakai banyak wang. Mereka yang mengingati skandal Exxon pada pertengahan 1970-an yang melibatkan carigali minyak di Laut China Selatan akan tahu apa yang dimaksudkan.

“Malah, Kit Siang hampir dipenjara kerana isu tersebut dan ketika dia melakukan U-turn ramai orang tidak memahami sebabnya,” dedah RPK dalam rencana terbaharu bertajuk “Mahathir Bribed Kit Siang RM1 Billion To Become Pakatan’s Chairman”

RPK mendakwa maklumat itu diberitahu kepadanya dalam suatu perjumpaan di London oleh satu sumber dalaman DAP sendiri.

“Kami berjumpa dan penyampai maklumat ini memberitahu saya bahawa Mahathir telah menyogok Kit Siang dan jumlahnya adalah RM1 bilion yang akan dibayar dalam empat peringkat.

“RM750 juta telah pun dibayar dan peringkat akhir sebanyak RM250 juta akan dibayar apabila perjanjian itu selesai sepenuhnya. Wang itu, menurut sumber rapat, telah dibayar di Hong Kong dan Singapura.

“Untuk memperoleh yang RM1 bilion pertama, Kit Siang perlu bersetuju dengan PPBM menyertai Pakatan Harapan sebagai ahli gabungan keempat dan Mahathir menjadi Pengerusi gabungan.

“Kemudian Kit Siang harus ‘undur’ dan tidak mendedahkan apa yang dia ketahui semasa pendengaran RCI mengenai RM31.5 bilion skandal forex.

“Mukhriz seterusnya mesti diberi kerusi parlimen yang selamat untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kalau boleh kerusi yang DAP boleh ‘kawal’ dan boleh mengarahkan pengundi siapa yang perlu diundi,”dakwanya lagi.

K7L : Alamak!..

DAP Perlu Diharamkan Di Malaysia - Datuk Huan Cheng Guan




Melalui Sinar Harian Datuk Huan Cheng Guan begitu lantang menyuarakan perjuangannya yang tidak mahu DAP terus menipu rakyat dan menolak politik kebencian yang menjadi amalan DAP.

DAP perlu diharamkan di negara ini kerana dilihat sering memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini dan disifatkan sebagai ‘kaki buat kacau’, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan.

Sehubungan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap DAP sebelum ia merosakkan suasana harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"DAP ini kerja dia hanya tanam kebencian pada masyarakat, hasut rakyat," katanya yang dijemput Pas untuk berucap di pentas program Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini malam tadi.


Ini adalah bukti bahawa orang Cina juga tidak suka dengan agenda politik DAP. Tidak menguntungkan mana-mana bangsa kerana perjuangan DAP jelas untuk mereka sahaja. Jika tidak masakan Pulau Pinang dibiarkan tatkala rakyat menghadapi bencana?

K7L : Haramkan DAP..

Syed Saddiq Nak Dibeli Dengan Harga RM5 Juta?


  

Ini kenyataan paling kelakar sebab mahal betul harga dia sampai RM5 Juta. Nak kata Ahli Parlimen atau ADUN yang boleh beri kesan kepada jumlah kerusi tak apa juga, ini calon untuk PRU 14 pun dengarnya tak ada.

Cubaan meletakkan harga dirinya yang mahal adalah semata-mata untuk populariti sahaja. Seorang budak yang diangkat jadi pemimpin muda berlagak seperti selebriti akhirnya mula rasa diri mahal.

Haha! Ini budak tak layak pun nak masuk Pemuda. Dia sebut nama Kak Midah dan mereka yang dah keluar PPBM. Jadi jangan ada sesiapa yang kaitkan dengan UMNO pula. Konon tangguh belajar oxford untuk politik bukan satu contoh yang baik.

Aku tak bagi anak aku kawan dengan budak macam ini. Sebab ada peluang belajar ditolak konon untuk bela negara. Ini semua ayat politik. Lepas itu jaja diri kata nak dibeli RM5 Juta. Berdebat dengan Exco Pemuda UMNO pun tak lepas lagi nak cerita banyak.

K7L : Pemimpin tak siap.. semua ada kat PPBM.. jenis separuh masak..

02/10/2017

Calon Undi Tempat Lain - Trend Pembangkang Ketandusan Calon!



 

Lebih kurang setahun yang lepas, Sg Besar telah kehilangan seorang YB yang berwibawa. Dan disebabkan kehilangan tersebut maka Pilihanraya Kecil dibuat di Sg Besar. Dan apa yang berlaku adalah pilihan calon mesti bukan orang tempatan.

Istilah orang tempatan sebagai calon itu amat penting. Kecuali ketokohan diperlukan di satu-satu tempat. Tetapi kalau semua calon yang diletakkan bukan berasala daripada situ, payah juga nak cakap kan?

Tetapi isunya di sini, pembangkang sebenarnya sudah tidak ada calon lain. Sebab itu hampir 80% kerusi mereka bertanding ADUN dan Parlimen dgn calon yang sama. Sebab mereka tak percaya sesama mereka sendiri dan mereka sendiri sudah tidak ada bakat baru. 

Sampi hari ini hanya muka sama sahaja bertanding dua kerusi. dan hampir 60% calon adalah bukan anak jati tempat tersebut. Bukankah ini satu benda yang penting bagi rakyat setempat?

Sudahlah mereka bukan orang situ, nak nampak muka pun payah. Lihat sendiri Gelang Patah, Kajang, Bandar Tun Razak, Kuala Langat dan banyak lagi. Mana MP dan ADUN mereka? 

K7L : Hanya timbul bila pilihanraya.. 

Rafizi Disabotaj PKR Sampai Beri Ceramah Depan Kerusi Kosong?


 

Rafizi kini dilihat sebagai liabiliti kepada PKR dan Pakatan. Sebab itu semua ceramahnya seakan tidak disokong oleh ahli PKR yang mungkin sudah jelek dengan sikap dia yang lebih gemar menabur fitnah berbanding buat kerja.

Kempen Bina Negara Semula yang dibuat oleh Invoke tidak mendapat sambutan. Kebiasaan ceramah-ceramah begini ahli PKR di kawasan setempat akan hadir untuk tunjuk crowd.

Kini tak ada lagi sokongan penuh kepada Rafizi. Ahli PKR sendiri menolak dirinya. Mungkin kerana pembongkaran #RafiziBayarRafizi yang membuatkan ramai rasa tertipu setelah memberi derma kepada Invoke yang akhirnya masuk ke poket.

Apapun bagus juga sebab pemfitnah macam dia ini tak layak untuk jadi wakil rakyat sekalipun. Paling hebat dengarnya lebih daripada separuh jawatankuasa pemilihan Calon Pilihanraya bagi PKR tidak memilih namanya untuk mana-mana kerusi.

Ini adalah kerana mereka sudah merasakan Rafizi akan menjadi kelemahan mereka dan sekiranya dia bertanding sekali lagi, peratusan untuk menang adalah tipis. PKR pun tak percaya Rafizi.

K7L : Tak caya tanya Latipah Koya!..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk