25/09/2017

#DELeaks - Strategi Azmin Untuk Jadi MB Selangor Didedahkan?


(klik gambar untuk besarkan imej)


KEBANGSATAN AZMIN ALI : JALAN BELAKANG YANG JIJIK DAN HINA

Kelmarin, Azmin Ali menyambut ulang tahun ketiga pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor ke-15.  Lebih manis, sambutan kali ini dibuat selepas Azmin berjaya menjual negeri ini kepada orang-orang kaya di China dalam apa yang didakwanya sebagai usaha menarik pelaburan asing ke Selangor.

Elok sekiranya kita singkap sedikit bagaimana anak didik Anwar Ibrahim ini diangkat sebagai Menteri Besar. Anak-anak muda khususnya yang baru nak berjinak dengan politik negara perlu tahu sejarah ini.

Tidak seperti kebanyakan Menteri Besar atau Ketua Menteri lain, Azmin naik melalui ‘jalan belakang’ yang serba tempang. Jalan belakang ini dikenali sebagai Langkah Kajang atau Kajang Move. Strategi penuh licik, jijik dan hina ini diatur oleh bekas Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dengan izin dan restu oleh Ketua Umum (Ketum), Anwar bin Ibrahim dan Presiden, Wan Azizah (Nek Wan).

Secara umumnya, Langkah Kajang direncanakan sebagai jalan singkat untuk menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu selepas PKR gagal memaksa Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim berundur secara terhormat.

Berikut kami nukilkan semula catatan-catatan penting di sebalik langkah politik paling bangsat ini :-

27 Januari 2014 – ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dipilih sebagai korban pertama Kajang Move. Beliau mengumumkan peletakan jawatan sekaligus mengosongkan kerusi DUN tersebut. Rafizi Ramli kemudiannya tampil melalui satu kenyataan memaklumkan pengosongan ini diterima dan direstui kepimpinan parti bagi membuka jalan kepada Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan penyandang sedia ada, Tan Sri Khalid Ibrahim.

11 Mac 2014 – Penamaan Calon | Selepas Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, PKR terpaksa menaikkan Wan Azizah selaku calon. Ketempangan pertama Langkah Kajang dikesan. Wan Azizah bukan pilihan terbaik. Banyak masalah akan timbul tetapi Rafizi terpaksa meneruskan ideanya meskipun dibantah oleh Ambiga, Latheefa Koya dan beberapa orang pemimpin pembangkang lain terutamanya daripada PAS.

23 Mac 2014 – Hari PRK | Wan Azizah diumumkan sebagai pemenang. PKR berusaha mencadangkan nama Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim. PAS menolak. Desas-desus semakin kuat mengatakan Sultan Selangor juga tidak bersetuju.

3 April 2014 – Tan Sri Khalid Ibrahim dipaksa letak jawatan tetapi beliau enggan. Percakaran dalaman PKR semakin parah. Rafizi diminta menyelesaikan kemelut yang berlaku. Dengan kerjasama beberapa orang pemimpin PKR yang lain seperti Saifuddin Nasution dan Azmin Ali sendiri, Rafizi merancang fitnah besar ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mei – Jun 2014 – Perpecahan PKR semakin ketara | PKR Selangor berpecah kepada dua kumpulan besar iaitu Kumpulan TS Khalid Ibrahim dan Kumpulan Wan Azizah. Pemilihan PKR Selangor berlangsung dalam suasana tegang termasuk pergaduhan antara penyokong yang tidak berpuas hati antara satu sama lain. Akhirnya TS Khalid Ibrahim tewas dalam pemilihan dan dipaksa letak jawatan selaku Menteri Besar.

Jun – Julai 2014 – Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang menyatakan sokongan terbuka kepada TS Khalid Ibrahim dan menolak cadangan pelantikan Wan Azizah. Hadi memberi alasan tiada sebab untuk TS Khalid Ibrahim diturunkan, sementara Wan Azizah pula seorang wanita warga emas yang tidak layak memimpin negeri.

1 Ogos 2014 – Lim Guan Eng mewakili DAP mula masuk campur dan menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.

4 Ogos 2014 – Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution mendedahkan bukti 90 muka surat salah laku TS Khalid Ibrahim. Fitnah pertama saiz mega rekayasa oleh Rafizi Ramli dan Azmin Ali ini mula diusung ke seluruh pelosok negeri melalui ceramah, forum dan sebagainya.

5 Ogos 2014 – Bersandarkan bukti 90 muka surat tersebut, Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada TS Khalid Ibrahim bagi mendesak beliau berundur dalam tempoh 7 hari.

9 Ogos 2014 – TS Khalid Ibrahim dipecat secara rasmi daripada PKR tetapi beliau masih enggan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Selangor kerana percaya masih mendapat sokongan majoriti dewan dan tiada arahan rasmi daripada Istana. Azmin Ali mula hasut ahli-ahli DUN dari PAS dan DAP agar mengundi tidak percaya ke atas TS Khalid Ibrahim. Akibat tekanan pelbagai sudut termasuk ke atas keluarganya, akhirnya TS Khalid berundur sebagai korban kedua Kajang Move sekaligus memberi kemenangan awal kepada Azmin Ali.

23 September 2014 – Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar ke-15 menggantikan TS Khalid Ibrahim. Namun Azmin bukan pilihan utama Sultan Selangor sebaliknya calon ketiga dan terakhir selepas Wan Azizah ditolak oleh Istana manakala PAS pula enggan menyahut cadangan menghantar calon untuk dipersembahkan kepada Sultan.

Demikian secara ringkas bagaimana Azmin Ali naik jadi Menteri Besar melalui jalan paling bangsat dalam sejarah politik di Selangor.

Lebih bangsat, selepas dinobatkan sebagai Menteri Besar, Azmin dengan penuh dendam dan keangkuhan telah memecat pegawai-pegawai kerajaan negeri yang pernah berkhidmat dengan Tan Sri Khalid Ibrahim manakala peruntukan untuk DUN Pelabuhan Klang pula dihentikan serta merta sebagai balasan terhadap bekas Menteri Besar itu.

Selesai bahagian pertama KEBANGSATAN AZMIN ALI.

-D.E Leaks

K7L : Nah terduduk kau kalau baca...

Jangan Hina Guan Eng! Ini Jasa Beliau Sejak 2008 Di Penang!



Tak mahu cakap banyak lagi. Tidak kisah bangsa manapun di Pulau Pinang, harus sedar DAP yang kononnya menjadi wira selepas merampas daripada BN pada tahun 2008 telah berbohong kepada rakyat. 

Kini kesan banjir tak pernat menjadi lebih baik saban tahun. Sepatutnya jadi lebih baik sebab katanya DAP lebih tahu memerintah berbanding Gerakan di Pulau Pinang. Dan sehingga hari ini setelah dua penggal, masih lagi DAP menyalahkan hujan sebagai punca banjir.

Inilah kesan daripada projek-projek mega tanpa kawalan yang akhirnya menyebabkan bencana berlaku setiap tahun. Kerakusan tamakkan wang inilah yang akhirnya menyusahkan rakyat Pulau Pinang.

Beringatlah. Tak kira bangsa apa sekalipun kena beri semula kuasa kepada BN. Kini DAP hanya tahu salahkan orang lain sehinggakan Hujan sendiri dipersalahkan dan ada pula ADUN yang suruh tanya Tuhan kenapa turunkan hujan.

K7L : Sudah tiba masa. Mari Bina semula Pulau Pinang!

Sindrom Tak Tahu Mahathir Bukan Benda Baru! #MadeyTakTahu



Tun Mahathir berkata dia "tidak tahu" mengenai kerugian RM32.5 billion urusniaga mata wang Bank Negara ketika dia memerintah. Persoalannya apakah benar dia tidak tahu langsung atau ianya sekadar alasan dan "exit strategy" untuk tutup kes.
Ini bukan kali pertama Tun Mahathir gunakan strategi “tidak tahu” ini. Kita ambil isu kapal selam Scorpene, Mahathir menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang pembelian kapal tersebut, padahal proses pembelian dilakukan ketika dia menjawat jawatan Perdana Menteri.

Dalam buku bertajuk "Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia", mukasurat 218, menyatakan pada tahun 1998, Perdana Menteri, Perancis dan Mahathir bertukar-tukar empat pucuk surat. 

Dalam kandungan surat itu menyatakan bahawa Malaysian Airlines (MAS) akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapatkan dua kapal selam buatan Perancis iaitu jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009. 

Perjanjian ini dibuat pada zaman Mahathir. Maka amat tidak munasbah Mahathir berkata tidak tahu seperti apa yang ditulis dalam Free Malaysia Today pada 2 Ogos 2017. 

Masa laporan 1MDB boleh pula tahu semua benda. Amat pelik dan mustahil bagi seorang PMyang berkuasa selama 22 tahun untuk tidak tahu. Ini amat pelik. Apakah kerana Tun Mahathir sekarang berada bersama sama pihak pembangkang, maka semua benda dia cakap tidak tahu. 

Tidak tahu lagi bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat dan tidak tahu lagi Kit Siang adalah bapa segala rasis. Sampai begitu sekali Tun Mahathir tergamak buat semata mata untuk dapatkan kuasa?




K7L : Jenis salah sendiri tak tahu.. salah orang je nampak..

24/09/2017

Akhbar Cina Ramal DAP Tak Boleh Hidup Tanpa PAS?


Keris bersetuju dengan pandangan oleh MyMassa. Kini DAP dalam keadaan yang sangat terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Selama hari ini mereka selesa dengan undi daripada penyokong PAS.

Ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan (PH) menyebabkan DAP berisiko kalah di kawasan separa bandar di Selangor pada PRU 14. China Press melaporkan tiga kawasan separa bandar yang sebelum ini dimenangi DAP, bakal menghadapi cabaran genting, iaitu Sungai Pelek di Sepang, Kuala Kubu Bahru di Hulu Selangor dan Teluk Datuk di Kuala Langat.


DUN Sungai Pelek, Kuala Kubu Baharu dan Teluk Datuk merupakan tiga kawasan daripada 15 kerusi yang dimenangi DAP pada PRU 13. ADUN Teluk Datuk, Loh Chee Heng yang ditamatkan keahlian parti sudah pasti tidak akan bertanding semula di bawah panji DAP pada PRU akan datang.

ADUN Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan pula dilaporkan bakal digugurkan kerana rekod perkhidmatan yang kurang memuaskan. Masing-masing Teluk Datuk dan Sungai Pelek pernah menjadi kubu kuat MCA malahan berjaya dipertahankan parti itu pada 2008 ketika kawasan lain jatuh ke tangan DAP dan PKR.

Daripadanya, Sungai Pelek berada dalam keadaan berisiko tinggi buat DAP dan ia mungkin dirampas semula oleh MCA dalam PRU-14. Sementara itu, DAP juga berasa cuak di Kuala Kubu Bharu selepas berlaku pertambahan pengundi Melayu yang kini menyumbang 40 peratus pengundi kawasan itu, iaitu hampir sama dengan jumlah pengundi Cina.

Pada PRU sebelum ini, pola pengundi di DUN Kuala Kubu Bharu adalah Melayu 32.3%, Cina 45.5% India 21.5% dan lain-lain 0.7%. Pola pengundian di DUN Teluk Datuk adalah Melayu 33.2%, Cina 22.7%, India 16.2% dan lain-lain0.2%, manakala di DUN Sungai Pelek; Melayu 40.7%, Cina 37.5%, India 21.6% dan lain-lain 0.2%.

Amanah dan PPBM seperti tidak dapat meraih sokongan orang Melayu dan menjadikan DAP lebih bimbang.

K7L : Azmin jangan cakap lah dia punya goyang sampai nak tukar tempat bertanding..

Mahathir Samakan Mereka Yang Bermatian Sokongnya Sebagai Sampah?



Sungguh tidak ku sangka. Begini teruk sekali Tun Mahathir melabel mereka yang telah keluar daripada PPBM. Setuju atau tidak mereka yang telah keluar itu sebenarnya adalah penyokong tegar Tun Mahathir yang sanggup bergolok gadai demi Tun Mahathir.

Dek kerana mereka tidak bersama dalam parti, mereka terus diibaratkan sama seperti sampah. Dahsyat sungguh cara politik PPBM. Sudahlah Presiden Parti hanya boneka dan pak turut, orang-orang kuat juga dipanggil sampah.

Inilah taraf pemikiran si tua yang sepatutnya bersara terus dalam politik. Sampah keluar lebih bagus katanya. Malahan cytro PPBM juga terus menerus menghina mereka yang telah digelar sampah.

Sekarang kita fikir sedalam-dalamnya. Dengan faktor umur dan ketokohan yang ada pada Tun Mahathir, sajakkah beliau untuk berkata begitu? Maka benarlah kata bidalan orang lama. Nak lihat perangai sebenar tunggulah hari tua.

K7L : Dia gol parti pun gol sama..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk