20/03/2015

Apa Itu Hudud? Sudah Bersediakah Rakyat Melayu Malaysia?




Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun
Jinayah Syariah.

Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk
undang-undang; antaranya ialah undang-undang jinayah, undang-undang
munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan Islam
ataupun Kanun Dusturi Islami dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam
yang lain.

Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah
Syariah) ini terbahagi pula kepada 4 jenis.Iaitulah hudud, qisos, diat dan
takzir.

Makna HUDUD:


Bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar
oleh sesiapa pun. Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia
wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, iaitu wajib
sebat dia 100X (bagi yang belum kahwin).Kalau dia mengaku mencuri pula, maka
tak boleh penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong
tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT.

Hukuman HUDUD:

Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di
dalam Quran/hadith.Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH ,yang tidak boleh
ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubah-suai dan dipinda. Hukuman
Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun.Mereka yang melanggar
aturan-aturan hukum ALLAH, yang telah ditentukan dan ditetapkan
ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk
dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman ALLAH SWT yang
bermaksud:

" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim."
(Suratul Baqarah:229)

Kesalahan yang dikenakan hukuman HUDUD:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud ialah:

i) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengkut hukum
syara`.

ii) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang
yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat
dibuktikan dengan 4 orang saksi.

iii) Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak,
mabuk atau tidak.

iv) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan
atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan
harta itu dari jagaan atau milik tuannya..

v) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan
atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.

vi) Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan
untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

vii) Pendurhakaan (bughat) ;iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau
mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum
ALLAH.

QISAS:

Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas
dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan
melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Perbandingan QISAS dan HUDUD:

Persamaan diantara qisas dengan hudud ni ialah hukumannya telah ditetapkan
;seperti kadar dan bentuknya, yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di dalam
al-Quran. Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud pula ialah hukuman
qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa Tapi kalau
tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa ,maka tidak boleh dikenakan
hukuman qisas.Jadi, berbezalah diantara qisas dengan hudud ,dimana hudud
ini, walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa tetapi ianya tetap
wajib dilaksanakan.

Kesalahan & Hukuman QISAS:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.

a) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas
ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang
bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas
(balasan yang seimbang)
dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh."
(Suratul Baqarah : 178)

b & c) Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan
orang lain atau melukakannya, wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar
kecederaan atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis anggota yang dicederakan
dan yang dilukakan tadi.Sepertimana firman ALLAH SWT yang
membawa maksud:

"Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan
dalam Kitab Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas
dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan
telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan kecederaan juga hendaklah dibalas
seimbang. Tapi bila sesiapa mengampuninya,maka itu adalah penebus dosa
baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh ALLAH,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Suratul Ma`idah : 45)

DIYAT:

Hukuman Diyat bermakna pampasan atau pun ganti rugi.

Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada
wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan
oleh penjinayah keatas mangsanya.

Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan
kesalahan qisas.Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan
ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas
kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau
melukakannya.

Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat:

i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja: Serupa dengan sengaja bermakna
perbuatan tadi sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau
mencederakan.

ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) - qotlu qotto` yakni yang
memang tidak sengaja.

iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang
yang dibunuh; sepertimana firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178
yang bermaksud,:

"Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya
(waris kepada mangsa yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang
baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah
bayaran diyat itu dengan ihsan. Yang demikian itu adalah suatu
keringanan/kemudahan yang diberikan oleh ALLAH SWT. Serta satu rahmat
daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada ALLAH SWT
kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu,
maka baginya azab yang pedih."

Hukuman TAKZIR:

Hukuman takzir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,
iaitu penjenayah-penjenayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Hukuman takzir dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak
ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/
hadith. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para ulama berpendapat
bahwa takzir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.

Contohnya; kalau kita nak sebat orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat
diatas kesalahan takzir,maka bilangan sebatan yang dijatuhkan tidak boleh
menyamai sekurang-kurang hudud.Contoh sekurang-kurang hudud ialah 40
sebatan,yakni yang dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman keras
yang memabukkan.Jadi kalau hendak melaksanakan sebatan mengikut hukuman
takzir,maka ia tidak boleh sampai kepada 40 sebatan.Ia mestilah 39 sebatan
ke bawah. Wallahu Taala A'lam.

Hukuman takzir adalah hukuman dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah
sabit kesalahannya dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman
hudud/qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu tidak
termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.

Jenis atau kadar serta bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada
kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan
keatas penjenayah-penjenayah itu,kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan
untuk menghalang penjenayah-penjenayah daripada mengulangi kembali kejahatan
yang mereka lakukan tadi, yakni bukan untuk menyiksa mereka.


Apakah keterbukaan masyarakat melayu terutamanya didalam mengikuti undang-undang tersebut?. Sudahkah anda bersedia sedangkan anda semua telah diajar dengan undang-undang Malaysia?.  

Bagi pihak politikus seperti DAP, adakah mereka ini takut sekiranya hudud ini dilaksanakan maka Kerajaan Malaysia ini akan menjadi negara Islam?. Walhal Malaysia sememangnya negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara mengikut perlembagaan serta Malaysia juga menganggotai persidangan negara-negara Islam sedunia.

Apapun tidak ada masalah sekiranya Hudud dilaksanakan. Kalau tak buat salah tak perlu takut.

K7L : Hudud satu penyatuan..

19/03/2015

Mampukah PAS Meraih Undi Pakatan Di Parlimen Bagi Perlaksanaan Hudud Kelantan?




Hari ini semua tahu Undang-Undang Hudud telah berlangsung dengan jayanya di Sidang DUN Negeri Kelantan. Tidak ada masalah dan malahan perbahasan daripada Dato’ Md Alwi, ADUN Kok Lanas semasa menyokong perlaksanaan HUDUD di Kelantan ini amat menyentuh hati. 

Beliau berucap semasa membahas Pembentangan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 semalam. Menyentuh bahawa Hudud ini bukanlah satu perkara yang dilihat sebagai kepartian.

Tiada unsur lain maka UMNO Kelantan sudah beberapa kali bersetuju dengan pelaksanaan Hudud di negeri Kelantan, dengan harapan impian umat Islam di Kelantan tercapai. Selama ini Hudud menjadi isu politik bagi memecah-belahkan dua parti Islam/Melayu, hari ini semua bukan lagi satu halangan.

Disebabkan itu, selepas diluluskan dalam Sidang DUN Negeri Kelantan berkenaan Hudud, langkah seterusnya yang akan diambil oleh pihak PAS Kelantan adalah mengemukakan usul ke Parlimen melalui Ahli Parlimen PAS untuk mendapatkan pindaan perlembagaan. 

 

Bagi pihak UMNO yang mempunyai Kerusi Parlimen sebanyak 88 kerusi tidak membimbangkan pihak PAS. Sementelahan UMNO Negeri Kelantan sendiri bersetuju dengan pindaan bagi memastikan Hudud terlaksana di Kelantan.

Apa yang bermain didalam minda Keris ketika ini, sejauh manakah kemampuan PAS yang mempunyai 21 kerusi berjaya meyakinkan 29 undi daripada PKR dan 37 undi daripada DAP? 

Sebahagian daripada 21 kerusi PAS di Parlimen Malaysia juga belum tentu mendapat undian 100%, bagaimana dengan rakan mereka didalam Pakatan?


Difahamkan juga PKR dan DAP senada untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan PAS di Kelantan. Atas beberapa faktor yang disembunyikan, mampukah PAS meraih undi daripada mereka kelak?


Kelantangan DAP terutamanya jelas kelihatan sejak daripada dahulu lagi. Apakah langkah PAS dalam cubaan mendapatkan sokongan ini? Apapun Hudud bukan sahaja satu undang-undang yang melibatkan umat Islam, ia juga satu lambang penyatuan. 

Rasanya itu yang menjadi kebimbangan puak PKR dan DAP. Sebab itu mereka cuba ugut untuk keluar daripada Pakatan. Tetapi apakah Tahaluf Siyasi DAP-PKR PAS lebih penting daripada undang-undang Hudud yang diperjuangkan PAS sejak dahulu lagi?

K7L : Hudud atau Kuasa Politik.. mana lebih utama?..

GST Punca Kedai Cina Di Pulau Pinang DItutup? - Guan Eng Buktikan Peniaga Penipu?



Keris terbaca di blog CTS pasal GST punca satu kedai ditutup. Setahu Keris kalau tutup sebab menipu ataupun dah biasa menipu.

Ini adalah kenyataan Lim Guan Eng di dalam Buletin Mutiara:

Pasar Mini Tatt Ming yang telah beroperasi selama 48 tahun di Air Itam di sini bakal ditutup pada 25 Mac ini ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 oleh Kerajaan Pusat. 

Peka dengan situasi berkaitan, Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng telah mengadakan lawatan khas ke premis berkaitan. Beliau dalam pada itu mendesak Kerajaan Pusat membatal atau sekurang-kurangnya menangguhkan pelaksanaan GST demi kepentingan rakyat.

Kenyataan di atas adalah kenyataan paling bodoh Lim Guan Eng pasal isu GST. Apa sangkut paut Pasar Mini Tatt Ming ini hendak ditutup berkaitan dengan isu GST? Sudah menjadi kebiasaan kedai-kedai kecil di Pulau Pinang ditutup kerana tidak dapat bersaing dengan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan AEON Big. Kalau hendak propa sekalipun agak-agaklah.

Boleh percayakah Pasar Mini Tatt Ming ini mempunyai jualan pusingan tahunan (annual sales turnover) sebanyak RM500,000? Ini disebabkan dengan jualan pusingan tahunan (annual sales turnover) sebanyak RM500,000 barulah peniaga Pasar Mini Tatt Ming ini dikehendaki mendaftar dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk GST. Kalau hendak berbohong agak-agaklah.

Kalau hendak berbohong agak-agaklah. Rakyat bukan bodoh Lim Guan Eng!!!




K7L : Siapa percaya Guan Eng.. boleh panggil diri dia bodoh sekarang..

MB Selangor Sibuk Hal Kerajaan Kelantan - Atas Arahan DAP?



SHAH ALAM, 17 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyifatkan hukum Hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata dasar bersama yang dipersetujui DAP serta PAS adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.

"Hadi pernah buat kenyataan terbuka bahawa Hudud tidak perlu disegerakan namun bukan bermakna kita tolak Hudud cuma ia bukan 'our common policies'.

"Dasar ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang pakatan persetujui sebelum ini perlu ditangani terlebih dahulu untuk kesejahteraan rakyat malah jika ini diberi keutamaan, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, Mohamed Azmin menjelaskan PKR tetap menghormati hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, esok.

Katanya, sebagai umat Islam, pihaknya tidak menolak hukum Hudud mahupun mana-mana hukum yang digariskan dalam al-Quran malah pernah menyatakan pendirian berkenaan dalam PR.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak mengingatkan parti di dalam PR supaya mendapatkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan sebelum memutuskan sesuatu perkara.

Menurutnya, pembentangan enakmen berkaitan hudud oleh kerajaan Kelantan merupakan satu pindaan dan bukan rang undang-undang baharu berikutan enakmen itu telah diluluskan pada tahun 1993, iaitu sebelum PR diwujudkan.

"Rang undang-undang yang dibawa dalam DUN Kelantan adalah pindaan enakmen 1993, ada empat perkara yang ingin dipinda dan kita hormati keputusan kerajaan Kelantan yang dibuat sebelum 1993 namun pada masa depan, sebarang cadangan baharu mesti dapat persetujuan Pakatan Rakyat," katanya.

Pada Jumaat lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri tetap akan membentangkan pindaan enakmen itu esok setelah berbincang dengan penasihat undang-undang negeri.

Menurut Mohd Amar, pihaknya mendapati tiada masalah untuk rang-rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan DUN walaupun Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta PAS mempertimbangkan semula pindaan itu. - BERNAMA

Apa masalah semua orang yang berada di luar Kelantan mahu sibuk-sibuk hal negeri tersebut? Apa sebenarnya masalah DAP dan PKR terhadap undang-undang Hudud PAS?

1. PKR dan DAP tidak mahu lihat PAS lebih kuat dan apatah lagi dengan bantuan UMNO.

2. Mereka bimbang PAS tidak lagi bersama dengan Pakatan kerana terasa mereka kuat. Sebab itu perancang utama 'Guling Presiden PAS' datangnya daripada DAP.

3. Hudud sebenarnya hanyalah momokan yang dihantui oleh DAP. Apa sebabnya? Melayu bersatu. Mereka bimbang orang-orang Melayu disatukan melalui undang-undang hudud.

Apapun kita tunggu dan lihat..

K7L : Azmin jadi jurucakap DAP ke?...

18/03/2015

Senarai 9 Melayu Yang Dibenci DAP?


PRU13 sehinggalah sekarang kita dapat lihat DAP menyerang beberapa individu Melayu. Sasaran utamanya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kenapa? Ini sebabnya :


Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary, 63, merupakan ahli perniagaan Melayu terkaya dengan nilai kekayaan sebanyak AS$2.9 bilion (RM10.44 bilion), mengikut maklumat yang dikumpul oleh majalah perniagaan, Forbes.

Beliau yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi bermula kariernya sebagai pedagang beras dan kini menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom.

Syarikat-syarikatnya itu juga berjaya memenangi beberapa projek utama kerajaan seperti pengangkutan dan komunikasi.

Selain itu, perniagaannya turut meliputi industri tenaga, perladangan, pelabuhan dan pembekalan pertahanan.

Berdasarkan senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah itu, Syed Mokhtar berada di kedudukan kelapan.


Sementara itu, Tan Sri Azman Hashim yang mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank, merupakan orang Melayu kedua terkaya dengan nilai kekayaan AS$865 juta (RM3.11 bilion).

Tempat ketiga ialah adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin yang merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana). Kekayaan terkumpul kedua-dua beradik itu ialah AS$860 juta (RM3.10 bilion).



Seterusnya ialah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dengan nilai kekayaan sebanyak AS$740 juta (RM2.66 bilion). Beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G.

Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil.



Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir turut berada di dalam senarai keenam terkaya dengan kekayaannya AS$700 juta (RM2.52 bilion). Beliau baru-baru ini meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah SapuraKencana, tetapi masih mengekalkan 9.12 peratus kepentingan dalam syarikat itu menerusi syarikat Khasera Baru.

Akibat kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-26 terkaya di Malaysia dengan nilainya menyusut kepada AS$700 juta (RM2.52 bilion).

Melayu terkaya berikutnya ialah Ahmayuddin Ahmad dengan kekayaan AS$600 juta (RM2.16 bilion). Beliau bersama orang ke-17 terkaya di Malaysia, Tan Sri G. Gnanalingam merupakan pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings.

Kekayaan Ahmayuddin melonjak 36 peratus menurut Forbes hasil keuntungan dan peningkatan saham syarikat pelabuhannya itu.


Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun turut berada di dalam senarai dengan kekayaan sebanyak AS$540 juta (RM1.94 bilion) yang mengasaskan jenama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi.

Melayu terakhir yang berada di dalam senarai tersebut ialah Datuk Abdul Hamed Sepawi yang terlibat dalam industri pembalakan menerusi syarikatnya, Ta Ann Holdings dengan kekayaan AS$255 juta (RM918 juta). Selain itu, beliau turut terlibat di dalam sektor kelapa sawit, pembinaan dan O&G.

Mengikut senarai penuh 50 individu terkaya itu, Tan Sri Robert Kuok berada di kedudukan teratas dengan kekayaan AS$11.3 bilion (RM40.7 bilion) dengan asetnya menerusi syarikat PACC Offshore Services Holdings dan Wilmar International. Tempat kedua ialah T. Ananda Krishnan dengan kekayaan bernilai AS$9.7 bilion (RM34.9 bilion) menerusi jenama perniagaan Astro dan Maxis. – Utusan

K7L : Kenapa? Sebab mereka bantu bumiputera..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk