11/03/2015

Nik Abduh Ejen UMNO Dalam PAS? - Propa PASMA Bunuh Imej Ulama PAS?


 

Belum apa-apa lagi tapi dah nampak kasar pemilihan PAS kali ini. Tiba-tiba Keris teringat kisah seorang calon Ketua Dewan Pemuda PAS yang disamakan dengan Anjing. Gila dan jijik juga puak PAS yang disangka baik ini.

Sanggup berfitnah bagai untuk jawatan. Tak kira lagi yang sogok duit dan perempuan. Jangan lupa ya yang puak Ulama dalam PAS semakin pupus. Dan terbaru satu demi satu dibunuh imej bersih mereka.

Nik Abduh contohnya kini dituduh sebagai Ejen UMNO yang bercakapa seolah-olah berpihak kepada UMNO. Dia dituduh bila difahamkan sudah tidak mahu lagi bersama dengan Pakatan.

Bimbang pengaruh Anak Allayarham Nik Aziz ini memberi kesan, maka mereka bunuh imejnya siap-siap. Ditanam dalam kepada setiap satu Ahli PAS, Nik Anduh ejen UMNO. Semuanya kerana tidak mahukan Nik Abduh menang Naib Presiden PAS yang akan memberi persaingan sengit sekiranya dia bertanding.

Apapun kita tunggu dan lihat. Apakah ahli-ahli PAS sayangkan Haji Hadi atau Mat Sabu. Samada mereka memilih perjalanan orang dulu (ulama) yang menjadi pembangkang check and balance ataupun memilih perjalana profesional PAS yang lebih terarah kepada anarchist dan liberalisme.

K7L : Tak lama dah...

Kota Bharu Sengaja Calonkan Tuan Ibrahim? - Sarkis PAS Sudah Bermula! Yuhuuuu



Keris dapat maklumat dari Pantai Timur. Memang ada pihak yang sengaja minta PAS Kota Bharu calonkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Presiden PAS. Namun semalam Tuan Ibrahim sendiri dah kata dia menolak.


Ironinya, kenapa ada pencalonan dah? Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Ya! Tikam menikam sudahpun bermula. Ada yang sudah berani menunjukkan 'Side' mana yang mereka pilih.

Mereka tiada Team A atau Team B tetapai mereka ada puak mereka tersendiri. Sebenarnya PAS berpecah kepada 6 kumpulan. Siapa yang dapat memegang 4 daripada 6 tersebut akan menguasai PAS.

Apapun sarkis telah pun bermula. Kerana hajat PasMa yang mahukan Haji Hadi dilantik sebagai Mursyidul AM PAS, iaitu kerusi beku bagi ahli PAS (sebab tak boleh bertanding dan lantikan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS setiap lima tahun) ternyata gagal.

Ustaz Harun Din telah dipilih oleh Syura, bermakna Plan A untuk tumbangkan Hadi telah digagalkan. Nampaknya sudah mula panas. Tunggu! Ada lagi kejutan dari puak ulama PAS yang menggigit jari.

K7L : Makan Popcorn!.. mana DAP?..

Terima Kasih Pendemo #KitaLawan - Budak Kecil Dari Negara Asing Pun Kau Rempuh?



Apalah agaknya yang merasuk mereka yang berdemo tempoh hari. Video di atas sebenarnya telah dikongsi ke negara luar. Nak bagitahu yang betapa bodohnya mereka yang turun berdemo.

Sudahlah menggangu orang ramai, ganggu peniaga siap, kini pelancong pun mereka tak kisah. EH bodoh! Anwar Ibrahim tu siapa yang kamu semua beria sangat ni? Dia penjenayah yang telah didapati bersalah.

Apa yang kamu semua nak sebenarnya? Burukkan nama Malaysia? Ingat Malaysia ni Anwar Ibrahim punya? Dari berjuta rakyat Malaysia yang ada. Berapa ribu yang turun berdemo? Kalau setakat 5-6 ribu orang, berapa peratus sahaja daripada rakyat Malaysia?

Sudahlah! Muak! Mohon rakyat Malaysia jangan lagi nak cuba-cuba beri peluang pada puak pembangkang yang sedia ada bodoh ni. SIla pilih Kerajaan yang fikir hal rakyat, bukan individu bernama Anwar Ibrahim!

K7L : Perjuangan tahi kucing!...

10/03/2015

Bukti Petisyen Pembangkang Kena Spam Sampai Dibuang?



Ramai yang terkejut kononnya Petisyen yang bertajuk "Make the release of Malaysian Opposition Leader Anwar ibrahim from prison a top priority for US policy toward Malaysia sudah 'dipadam'.

Haha! Ini semua Propa Berbalik ataupun Reverse Propaganda. Sendiri buat petition, sendiri spam lepas tu sendiri bantah dan komplen. Ini Keris ada senarai Spamming yang dibuat oleh puak pembangkang.

Sebenarnya petisyen online itu terpaksa ditutup memandangkan tak ramai yang sokong jadi mereka terpaksa guna taktik simpati. Sendiri gigit sendiri bakar kelambu. Dasar penipu puak-puak ni.

Kat bawah ni semua bukti Spam dah ada :








Kan sama je semua pastu nama lain-lain. Sudahlah oi! Orang dah tak percaya lagi dah. Jangan ingat rakyat Malaysia bodoh. Jangan nak terdesak sangat. Main politik pakai otak bukan pakai lutut. Sekian.

K7L : Desperado act?..

Rumah Besar Calon PAS DUN Chempaka Buktikan Kerajaan Tak Zalim!



Gambar di atas dikatakan adalah rumah calon PAS DUN Chempaka yang tersebar luas di media sosial. Menurut cerita beliau adalah anak sepupu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan. 

Beliau dikatakan bekerja sebagai Imam Masjid. Di dalam parti, Ustaz Ahmad Fathan merupakan Ketua PAS Cawangan Baung, Ketua Urusan Ulamak DUN Chempaka dan merupakan Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa. 

Alhamdulillah bukan setakat orang-orang UMNO sahaja mampu memiliki rumah yang tersergam indah sebegini. Walaupun hanya sebagai Ketua Cawangan tapi rumah besar. Baguslah. Ini bukti Kerajaan Malaysia yang berada dibawah Barisan Nasional tidaklah kejam.

Erti kata lain, bukan orang UMNO (yang juga rakyat Malaysia) mampu miliki rumah seindah begini. Malahan di Kelantan orang UMNO pun belum tentu ada rumah macam calon PAS ni. Apapun kerendahan PAS kini hanyalah satu propa.

Ini bukti Kelantan tak miskin seperti yang digembar-gemburkan setiap kali PIlihan Raya diadakan. Dimana kemiskinan itu dituding kepada UMNO dan Barisan Nasional.

K7L : Siapa yang zalim sekarang?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk