06/03/2015

Drama Pemilihan PAS - Upah Orang Tumbuk Diri Sendiri?




Dulu semasa pemilihan PKR , pecah muka berdarah ahli mereka kerana adegan baling kerusi . Kini ia menular pulak dikalangan PAS menjelang Muktamar antara geng PASMA dan PAS pro ulama.

Jika melihat kepada kenyataaan KP PAS insiden Dr Dzulkifly ditumbuk dan dipukul ini , pastinya ia dilakukan oleh orang dalam PAS sendiri . Ada yang tidak berpuas hati dengan keceluparan mulut AJK PAS Pusat ini dalam beberapa isu dalam parti mereka .


Kena tumbuk dengan siapa? Apakah dia 'mengupah' orang lain untuk dirinya ditumbuk dan orang lain akan salahkan orang yang sedang bertelagah dengannya? Ini semua game untuk pemilihan. 


Lembik betul kena tumbuk sikit terus masuk hospital. Mengada-ngada dan nampak seolah dirancang. Sudahlah! Propa macam ini tak jalan dah. Orang PAS nak kena tipu dengan penyokong PASMA?

K7L : Adui lawakkk betul..

05/03/2015

Jawapan Ustaz Kazim Malukan Mufti Perlis Yang Sombong?



Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.

“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

“Namun, apabila berlaku penye­baran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim ber­kata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.

“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.

“Saya akan membuat sidang akh­bar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.

Mohd. Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.

Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau ‘sering terlibat dengan pem­bacaan riwayat-riwayat palsu’.

Sementara itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasu­lullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.

Mengulas perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya mengatakan perban­dingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.

Beliau kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah meng­gambarkan dirinya sudah banyak kali membacakan hadis tidak benar.

“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.

Utusan

K7L : Jeng jeng jeng...

Masalah Peribadi - Asri Sekat Kazim Elias Sebab Populariti?



Haihhhhh.. Apa lagi ni. Dengar cerita Asri tak senang dengan populariti DKE. Apalah hai sesama Islam pun menjatuhkan. Keris tak faham apa yang dia ini nak. Cuba tanya semua mufti lain, apa pandangan mereka kepada Mufti yang sorang ni.

Dia tuduh DKE ada bawa riwayat palsu. Ada bukti? Dedahkan dan kalau betul nak buat debat. Sebab nak tahu siapa yang betul siapa yang salah. Kalau terus perbalahan begini kita tidak akan tahu perkara sebenar.

Jika Keris tidak silap, dahulu Khalifah Umar Al Khattab r.a. ada buat perbicaraan sebegini untuk selesaikan terus masalah. Pasal isu kambing kot. Tak ingat tapi cara dan sistem jurisdiksi itu boleh diguna pakai.

Orang kata dua-dua kemukakan jawapan dan soalan sehingga terjawab segala fitnah,salah faham mahupun perihal lain. Sekat orang sana sini sebab ada jawatan pun tak elok juga. Dalam dunia ni kalau kita rasa kita sahaja yang betul, rosak sebuah negara kalau ada 100 orang macam itu.

Apapun ita doakan mereka berbaik semula demi penyatuan ummah yang lebih mendalam.

K7L : Jangan ada yang melompat lagi...

Pesan Nik Aziz Pada Anaknya Tidak Sama Dengan Pesan Anwar Buat Anaknya?


 

Nampaknya Nik Abduh kini sedang berdepan dengan masalah kecelaruan identiti PAS yang hari ini terpecah dua. Terwujud PASMA sepertimana PAS wujud semula selepas pecah daripada UMNO.

Cuma kali ini ia lebih berbeza. Ia terarah kepada rejuvinasi. Namun hari ini Nik Abduh sedang 'dibunuh' untuk memastikan tiada lagi penyambung warisan 'Ulama PAS' yang ditentang oleh puak Profesional yang suatu masa dulu dibukakan jalan oleh geng Ulam PAS untuk melawan UMNO.

Apapun pesan ayahnya nampak elok. Utamakan apa yang perlu diutamakan. Berbeza dengan Nurul Izzah. Tidak mungkin bapanya berpesan benda yang baik untuk UMNO. UMNO itu dijadikan sebagai satu medan untuk melepaskan amarah diatas kesilapan bapanya sendiri. 

Tetapi persamaan Izzah dan Nik Abduh, Izzah juga berhadapan dengan tentangan 'Team No 2' yang dibawa oleh Azmin. Mengharap pada Rafizi, tapi lebih tersungkur Izzah. Semuanya berlaku selepas kesilapannya apabila membelakangkan Azmin semasa Pemilihan PKR yang lalu.

Apapun bezakan pesanan kepada mereka berdua.

K7L : A good father always tell the truth from his heart..

04/03/2015

Ada Mufti Akan Mengamuk Pasal Fatwa Kebangsaan Ini?




Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan aliran Wahabi tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini yang mengamalkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, aliran Wahabi bukan mazhab tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama di Arab Saudi mengikuti pendekatan yang diambil Muhammad bin Abd Wahhab.

"Aliran tersebut tidak salah untuk diamalkan. Majlis Fatwa memutuskan sedemikian setelah mengadakan perbincangan mengenai aliran-aliran lain selain Wahabi yang tidak sesuai diamalkan di negara ini namun tidak sehingga haram," katanya, semalam.

Mengulas lanjut kata Abdul Shukor berkata, daripada segi mazhab, pengamal aliran Wahabi lebih hampir dengan mazhab Hambali walaupun daripada beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.

Beliau berkata, pengikut Wahabi lebih cenderung dan mudah mengeluarkan orang Islam daripada lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.

"Mereka menganggap setiap amalan yang tidak mengikuti cara yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW, dianggap bidaah dan terkeluar daripada Islam,” katanya.

Abdul Shukor berkata, apa yang tidak dipersetujui dengan aliran Wahabi apabila ia menjuruskan pengamal aliran itu lebih ekstrem.

“Mereka menganggap apa yang dilakukan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bidaah, bukan mengikut sunnah. Mereka juga menolak akidah Asha’irah dan Maturidiyah, malah dengan mengatakan dua akidah ini keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi ini pertikaian yang tidak menguntungkan sesiapa,” katanya.

Ditanya mengenai pengamal aliran ini ditegah untuk menyebarkan kepada orang lain, Abdul Shukor berkata, ia bergantung kepada enakmen negeri masing-masing untuk mencegah penyelewengan tersebut.

“Hak mengeluarkan fatwa adalah hak negeri masing-masing. Contoh seperti apa dilakukan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan penyebaran Wahabi di negeri itu, sememangnya ia tidak bertentangan.

“Saya fikir, negeri tersebut mengharamkan Wahabi kerana tidak mahu berlaku kacau bilau dalam masyarakat Islam negeri itu,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor berkata, tindakan negeri tersebut juga tidak akan menjejaskan hubungan negara dan Arab Saudi kerana sememangnya itu hak negeri tersebut.

“Jika perkara itu akan menjejaskan hubungan, maknanya tiada hak kepada negeri untuk membuat keputusan sendiri.

“Malahan Jakim dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah membincangkan perkara tersebut lebih awal sebelum isu ini kembali disensasikan,” katanya. -SinarHarian

K7L : Memang buh tajuk camtu sebab nak bagi orang baca.. ada yang terasa ke?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk