26/02/2015

Majlis Peguam Sudah Tidak Relevan? - Ambiga Menangis Kena Sound Dengan Tan Sri Shafee?




Susulan kritikan yang dibuat terhadap keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengganggap Majlis Peguam kini sudah tidak lagi bebas dan menjadi seperti sebuah parti politik pembangkang.

Beliau menyelar Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan bekas presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan yang disifatkannya cuba mengelirukan orang ramai dengan kenyataan mereka.

"Majlis Peguam kini sudah tersasar jauh, mereka tidak lagi bebas sebaliknya mereka menjadi parti politik kepada pembangkang," katanya.

Menjawab kritikan Leong berhubung penggunaan Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan dalam pendakwaan kes Anwar melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Shafee berkata komen beliau itu tidak tepat.

"Leong bukan seorang peguam kes jenayah. Jadi, komen beliau tentang 377B dan 377C memang tidak tepat. Sebab, beliau tidak faham langsung fakta yang diturunkan dalam kes ini, iaitu (pengadu) Saiful sendiri berkata tidak rela, tapi terpaksa menyerah. Menunjukkan, beliau bukan sukarela mengikut kefahaman undang-undang," katanya.

Sementara itu, mengulas kritikan Ambiga yang mengeluarkan kenyataan mendakwa Barisan Nasional (BN) membuat langkah salah memenjarakan Anwar, Shafee berkata beliau tidak memahami hujah yang cuba disampaikan peguam tersebut.

Kenyataan Ambiga itu memperlihatkan seolah-olah beliau mempertikaikan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan dan menganggap BN sebahagian daripada sistem kehakiman.
"Apa hujah yang cuba beliau sampaikan?" soalnya.

Shafee juga menggesa pihak Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka, Leong dan Ambiga, yang dianggap membuat kenyataan menghina mahkamah.

Susulan hukuman dijatuhkan Mahkamah Persekutuan ke atas Anwar pada 10 Februari lalu, Leong berkata, persepsi yang Anwar sedang dianiaya didorong "anomali yang amat nyata."

Ini termasuk katanya, kerana tiadanya tindakan dikenakan terhadap Saiful sebagai pengadu dalam kes liwat yang didapati tidak melibatkan unsur paksaan.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008, mengekalkan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Dalam ringkasan penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, mahkamah mendapati dakwaan konspirasi politik daripada pasukan pembela tidak berasas.

Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai.

K7L : Majlis Peguam dah boleh bungkus?...

Gobind Singh Mengamuk Bila Nik Abduh Panggil Dia "Kanak-Kanak"?



Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menyifatkan tindakan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo mengeluarkan kenyataan berbaur ‘ugutan’ terhadap tindakan PAS ingin membentangkan rang undang-undang perlaksanaan hudud di Kelantan pada 18 Mac ini boleh disifatkan satu perbuatan ‘tidak matang’ pemimpin parti berkenaan.

Dalam satu laporan baru-baru ini, Gobind telah bertindak memberi ‘kata dua’ kepada PAS untuk tidak meneruskan perancangan mereka membentangkan rang undang-undang perlaksanaan hudud atau berdepan kemungkinan akan di singkirkan daripada Pakatan Rakyat (PR).

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Nik Mohamad Abduh berkata ugutan sedemikian tidak perlu dilayan kerana ia hanya dilakukan oleh ‘kanak-kanak’ yang sememangnya tidak berfikiran matang dalam perbuatan dilakukan mereka.

Nik Mohamad Abduh juga yakin ‘ugutan’ tersebut hanya dilakukan oleh pemimpin DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan dan ia tidak seharusnya berlaku di dalam kepimpinan parti berkenaan.

"(Kemarahan dan ketidakpuasan hati itu) hanyalah kerana Pas gagal memenuhi kehendak DAP.

"Samalah macam anak-anak yang menghentak-hentak kaki tak puas hati di depan ibunya. Ia soal tak dapat apa yang dimahukan. Itu sifat semula jadi anak-anak kecil. Masalah agungnya ialah DAP ni bukan anak-anak lagi," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook semalam.

Menurut beliau, walaupun DAP mengeluarkan kenyataan untuk menyingkirkan PAS namum perancangan bagi membentangkan rang undang-undang hudud akan ditetap diteruskan sepertimana dirancang oleh PAS Kelantan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berharap kepimpinan PR dapat menerima rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia adalah agenda utama perjuang parti berkenaan.

Ahmad Fadhli berkata, PR perlu akur dengan keputusan PAS kerana rancangan untuk melaksanakan hudud telah diluluskan oleh PAS Kelantan pada tahun 1993 dan ia telah wujud sebelum kerjasama pakatan ditubuhkan lagi.

“Saya amat optimis pimpinan dalam PR akan menangani isu ini dengan matang dan bijaksana. Saya ulangi pendirian Pemuda Pas Kelantan bahawa hudud adalah antara agenda teras perjuangan Pas khususnya di Kelantan,” kata Ahmad Fadhli. –UtaraNews.com


K7L : Haha! Gaduh..gaduhhh...

Perang Saudara PAS - Dr Dzul Terbuka Tak Hormat Presiden PAS?



Setiap seorang daripada mereka yang berada didalam saf kepimpinan PAS sudah mula mengorak langkah menunjukkan diri mereka. Gerakan terancang yang dahulunya sulit sekian lamanya semakin berani sementelahan bekas Mursyidul Am PAS telah tiada.

Selama ini pergerakan mereka agak terbatas untuk berjalan secara terbuka. Namun bermula daripada tahun lepas mereka dah mula buka baju. Kini satu persatu kehadapan menentang Ulama PAS secara terbuka.

Keris teringat akan perbualan dengan rakan PAS dahulu. Katanya mereka tidak menerima golongan profesional PAS namun Mat Sabu yang sibuk dan kata kena modenkan PAS kalau nak menang lawan UMNO.

Apa sebenarnya agenda PASMA selain daripada manguasai PAS dan bersama dengan DAP? Apa sebenarnya yang mereka kejarkan? Kita tunggu dan lihat. Apakaha kehancuran yang didoakan orang PAS akan berlaku pada PAS sendiri?

 

K7L : Gilo lahhhh...

25/02/2015

Tips Untuk Malaysia Yang Dilanda Panas Gila Sekarang!


 

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.

  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu :

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar 
4.2 Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal 
K7L : Panas...

MB Selangor Lawat Penjara - Nak Minta Anwar Serahkan Kerusi Ketua Umum?




Kalau ikut maklumat yang Keris dapat daripada CTS, Dato Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali kelihatan di Penjara Sungai Buloh jam 8.50 pagi tadi. Beliau dikatakan berjumpa dengan Pengarah Penjara dan seterusnya melawat KETUM Anwar Ibrahim.

Azmin Ali pada ketika ini dikatakan masih berada di penjara berkenaan? Sumber mengatakan lawatan yang dibuat oleh MB Selnagor berkenaan bukanlah lawatan rasmi sebaliknya adalah lawatan peribadi untuk melawat KETUM Anwar Ibrahim.

Siapakah Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim? Adakah mereka mempunyai hubungan kekeluargaan? Bolehkah Anwar Ibrahim menerima pelawat sekarang? Kenapakah lawatan ini dibenarkan?

Ketua Pengarah Penjara Sungai Buloh perlu mengeluarkan kenyataan sekiranya perkara ini benar. Kita tidak mahu wujudnya dwi-standard untuk layanan banduan-banduan di Penjara.

Apakah perteuan kali ini untuk memberitahu bahawa Zaman Anwar sudah habis dan kini KeAdilan akan bertukar tangan kepada Azmin? Apa janji Anwar kepada Azmin yang kita tidak tahu.

Apapun bagi Keris kini Keadilan yang ditubuhkan parti tersebut hanyalah untuk Anwar Ibrahim. Bukan untuk perjuangan rakyat. Jadi hala tuju Keadilan nampaknya sudah berubah dan menjadi satu parti yang membawa nafsu politik beberapa individu tertentu.

Apapun mohon rakyat Malaysia tidak lagi terus tertipu dengan dakyah politik songsang mereka. Ingat! DAP itu syaitan yang bertopeng untuk musnahkan bangsa kita, PKR perosak negara dan perpaduan.

K7L : Hati-hati.

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk