19/02/2014

Tubuh Suruhanjaya Tangani Ajaran Sesat - Tapi Jangan Bagi @realDrMAZA Sudahlah!



Ajaran sesat makin lama makin melampau hidupnya. Siap ada yang mengaku dia nabi pun ada. Tak terkejut kalau ada yang sanggup biar tubuh diratah dek kerana ajaran sesat. Keris bersetuju dengan apa yang UFB sarankan.



Bahaya Ajaran Sesat di Malaysia.

Ciri-Ciri Utama Ajaran Sesat


  • Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
  • Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.
  • Mengagung-agungkan keturunan Yahudi
  • Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
  • Mengakui Dirinya Memiliki Barang-barang Peninggalan Rasulullah s.a.w.
  • Mempercayai Semua Ajaran Adalah Sama.
  • Mengaku Dirinya Sebagai Wali Atau Mempunyai Keramat.
  • Meninggalkan Sembahyang Jumaat Kerana Bersuluk.

Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan.

Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat.

Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.

Latar Belakang

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.


Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.


Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Takrif Ajaran Sesat


Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:


Bentuk Ajaran


Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

Bentuk Tarikat


Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus.
Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:

a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.
b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.
c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.
d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.


K7L : Hati-hati menimba ilmu..

18/02/2014

Edaran Bible Kecil Di Serdang - JAIS Boleh Ambil Tindakan?



Subhanallah. Sudah ada usaha kristianisasi ke di Serdang? Keris dapat info dari laman page Facebook Lidah Rakyat. Itupun rakan Keris bagitahu tentang hal ini. Bimbang juga jika benar ada gerakan sebegini masih berleluasa di Selangor selepas isu DUMC.

Menurut page tersebut :

Gambar ini dipercayai risalah kecil yang berjudul Help From Above milik sebuah Pusat Komuniti di Kuala yang ditemui di perkarangan parkir kereta di Hospital Serdang tengahari tadi. 



Klik [SINI] untuk cerita penuh kes bible kecik

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan: Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan tetapi Agama-Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Peruntukan seperti ini diberi penekanan sekali lagi dalam Perkara 11(1) yang berbunyi: "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya."

Dengan adanya dua peruntukan penting ini, Perlembagaan memberi jaminan hak kebebasan beragama kepada kepada semua penganut agama. Tetapi, kebebasan beragama tidaklah bersifat mutlak.

Sebagai contohnya, dalam fasal (4) Perkara 11 memberi kuasa kepada Parlimen dan Badan-badan Perundangan Negeri menggubal undang-undang pengawalan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Di samping itu, Perkara 11 (5) meletakkan syarat bahawa kebebasan itu tidak menyalahi ketenteraman awam, kesihatan awam dan akhlak.

Maka diharapkan JAIS ambil berat perihal ini.

K7L : Hurmmm..mana Exco Agama Negeri Selangor?..

RM40 Juta Untuk Bola! EPL Ke Liga Malaysia Wahai @KhalidIbrahim Oi?



PKNS FC merupakan antara pasukan bolasepak yang akan disokong oleh anak-anak Selangor. Bak kata sahabat Keris, ini macam anak saudara kepada Gergasi Merah. Macam Manchester City dengan Manchester United lah kiranya! Haha!

Keris petik artikel dari Empire Strikes Back :

RM40 juta dalam masa 6 tahun. Patutlah PKR bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Selangor. Ibu duit rupanya.

Hebat sangatkah PKNS FC sehingga kos pengurusannya mencecah RM40 juta dalam masa 6 tahun? Sebelum 2008, perbelanjaan untuk kelab ini dianggarkan lebih kurang RM2.5 juta setahun namun kos tersebut terus meningkat dan sejak 3 tahun kebelakangan ini kos tersebut melonjak sehingga mencecah hampir RM10 juta setahun. Lagaknya seperti mengurus kelab Liga Inggeris.
Ini menimbulkan seribu satu persoalan terhadap pengurusan yang dijalankan. Rasanya PKNS dibawah seliaan Menteri Besar Selangor kan? Rakyat fikirlah sendiri pasla benda ini. Jangan pejam mata sudahlah.

K7L : Kalau Kerajaan Barisan Nasional dah melompat macai-macai ni hentam..

17/02/2014

Cerita Solar Power Plant - DAP Penyeleweng Sebenar Malaysia?!



Keris dah baca artikel dari The DAP Insider ni, ia amat menarik untuk dikongsikan bersama. Biar rakyat Malaysia tahu akan kesongsangan yang dibuat oleh puak DAP! Mereka ini hanya pelakon opera sahaja! Bijak berlakon dan menuduh orang lain walhal mereka yang lebih teruk.
Early December 2011

Two representative from Goldsino Investment Limited always visiting Yayasan Selangor office to set an appointment with the Development Manager, Ms. Hafida Harun. On their early visit, they often meet Sr. Executive of Development, Mr. Haszandi. Through Haszandi, Goldsino reps were introduced to Ms. Hafida to set date of appointment for Goldsino to present their proposal. The first meeting was agreed to be held on 14th December 2011.

14 December 2011 (1000 hrs)
Meeting was held at Yayasan Selangor 16th floor in a meeting room for Asset and Development division. Two reps from Goldsino and three reps from Yayasan Selangor, Development Manager, Sr. Executive of Development and Development Supervisor.

Goldsino started the presenting their paperwork on Solar Photovaltaic Power Plant project. Goldsino repeatedly mentioned that they knew Teresa KOK. Development Manager given order to Legal Executives to run through this company background as this company is an international company.

Goldsino representative urged Yayasan Selangor to come out with MOU so that the signing ceremony would be held on December 2011 as the company president were around in KL during that time. Meeting ended with legal department to clarify and scan through the company profile. Development Manager demanded few documents for Goldsino to submit. A second meeting was set on 27thDecember 2011 at 0900hrs with the top management of Yayasan Selangor. Goldsino reps handed over the demanded documents after lunch on the same day.

27 December 2011 (0900 hrs)
Meeting was held at Yayasan Selangor 18th floor in a meeting room. Present on that meeting:-
a). Mr. Raja Amir Shah , Deputy General Manager. Meeting Chairman.
b). Development Manager
c). Audit Manager
d). Finance Manager
e). Legal Executive
f). Development Sr. Executive
g). Development Supervisor
h). Land Supervisor
i). Representatives from Goldsino Investment Limited

Business Development Manager introduced Goldsino representatives to Yayasan Selangor representatives. According to Development Manager, they are from China but already stayed in Malaysia for quite sometimes. Goldsino started their presentation stated the reason and objective to develop Solar Energy. According to them, the first project by them already started in Perak.

According to Goldsino, Yayasan Selangor have to come out with an offer letter to Goldsino for application and approval to develop Solar Energy from TNB. TNB required documents for the particular land before application being made.

Chairman of the meeting stated that international company having difficulty on the application process due to terms and condition. Yayasan Selangor proposed that Goldsino to submit their documents using local registered company to ease the application process before Yayasan Selangor can issue out any letter.


Chairman of the meeting stated that Yayasan Selangor will issue Letter Of Intent to Goldsino after Legal Department and Management discus and agreed on the terms and condition. Development Manager set the next meeting to be held on 28th December 2011 and the letter will be issued that day.
28 December 2011 (1430 hrs)
Official ceremony to handover Letter of Intent to Goldsino was done in a meeting room at 18th. floor Yayasan Selangor Tower. Present on the meeting:
a). Mr. Raja Amir Shah , Deputy General Manager. Meeting Chairman.
b). Development Manager
c). Audit Manager
d). Finance Manager
e). Legal Executive
f). Development Sr. Executive
g). Wealth Executive
h). Development Supervisor
i). Land Supervisor
j). 4 representatives from Goldsino Investment Limited including their President to sign the acceptance of the letter of intent.

Meeting started with an introduction to foreign investor. Development Manager presented Yayasan Selangor profile and background to Goldsino President. Then, Goldsino reps officially presented their organisation background and their intention to develop solar power plant.

Goldsino President present in the meeting does not speaking or understanding English. All discussion details being translated by their company representatives. Officially, the acceptance letter of intent ceremony was held and signed by Goldsino President. The letter issued and sign by Deputy General Manager of Yayasan Selangor.

Legal Department brief Goldsino representatives reason that Yayasan Selangor unable to release an offer letter earlier was because of terms and condition. The offer letter only can be issued out after Goldsino application to TNB approved. Meeting was adjourned.

My biggest concern here is to show Malaysian who the present DAP really are. The development on Solar Energy which was proposed doesn’t have any significant necessity in Selangor as there was no power shortage in Selangor. What is their motive for this huge investment which merely seen to be approve anyhow. With the chronology and evidence attached, showed that there is plans to bring in foreign fund to Selangor through Yayasan Selangor on the proposed project. The issuance on Letter of Intent which was signed by Deputy general manager and not a General Manager himself (on leave) without any written/verbal instruction from General Manager clearly showed that abused of power and the issuance of that letter being done very fast effect from pressure they get from somebody on top who have conflict of interest over this matter. Statement from KOK Chee Keong in the meeting that he knew Teresa KOK very well showing that DAP have something to do with this project. I knew Teresa personally. This is not a surprise.

How fast they tend to agree on this project is questionable too. They are making the decision too fast and not even run thorough check on the background to this foreign investor with Bank Negara. At that moment , both land being rented out with good fix income to Yayasan Selangor . On every meeting they had, none of them discussed matters related to return on investment favourable to Yayasan Selangor. Yet, Letter of Intent was release. I love DAP. I will never let this people tarnish and destroy DAP just to fulfill their own personal agenda and needs but not for the people.

K7L : Ada faham?..

Menarik! Mari Pilih Siapa Layak Jadi MB Selangor!


Mengapa Kajang jadi tumpuan? Mengapa Anwar Ibrahim jadi calon di tempat yang bukan tempat dia membesar? Melainkan ketika dia dimasukkan ke Penjara Kajang ketika bersalah dahulu.

Dari bekas banduan Penjara Kajang kepada ADUN Kajang? Punyalah teruk Pakatan punya calon. Desas-desus kata Anwar nak lawan sebab nak jadi MB Selangor memang jadi buah mulut orang. Persoalannya, siapa sebenarnya MB pilihan rakyat Selangor?


Mari join banci yang sedang di buat di blog The Unspinners. 
Siapa MB Selangor pilihan sebenar rakyat?


























































Home » » JOM SURVEY: Siapakah MB Selangor pilihan rakyat sebenar?
JOM SURVEY: Siapakah MB Selangor pilihan rakyat sebenar?
Posted by The Unspinners at 2/14/2014


Menjelang PRK Kajang ni, timbul macam-macam desas desus rakyat tentang siapa patut dan lebih layak jadi MB.

Khalid Ibrahim seorang ahli korporat dan sudah satu penggal sebagai MB Selangor. Ada golongan suka pada Khalid dan ada golongan tidak. Dia membawa cara korporat dalam pentadbiran awam. Sebagai pemimpin politik, Khalid tidak punya pengaruh sangat.

Azmin Ali adalah pengikut setia Anwar Ibrahim. Orang muda bercita-cita ini kini Timbalan Presiden PKR. Lama inginkan jawatan MB. Pernah jadi exco dan kini tidak mahu jadi exco.

Namun Azmin tiada pengalaman korporat atau sebagai pentadbiran awam. Hanya kerja sebagai budak bancuh kopi Anwar Ibrahim di Kementeriaan Kewangan lepas diambil dari pejabat Dr Mahathir.

Jika PKR tidak mahu atau tidak boleh jadi MB, hanya PAS saja yang layak memegang jawatan MB. Masaalah cuma DAP tidak mahu beri sokongan dna pilihan mereka lebih pada PKR.

PAS mempunyai jumlah kerusi paling banyak, oleh itu mereka rasa mereka layak untu pegang jawatan MB. Pilihan mereka mungkin sekali antara dua ahli exco iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani atauIskandar Abdul Samad.

Kalau menang PRK Kajang, Anwar Ibrahim dijangka mahu dijadikan MB Selangor. Ada pengalaman sebagai Menteri hingga sampai ke Timbalan PM.

Adalah kebolehan sikit sebanyak sebagai pemimpin politik dan pendedahan tentang perkhidmatan awam. Secara technical, dia tak cekap dan amat memerlukan orang lain.

Adakah dia pilihan orang ramai?

Kalau bukan ditentukan oleh orang ramai, siapa antara mereka ini adalah pilihan ramai? Atau pilihannya bukan dari yang atas?

SILA NYATAKAN PILIHAN ANDA DALAM BANCI DI ATAS. BANCI DI ATAS ADALAH UNTUK SEMINGGU HINGGA JUMAAT HADAPAN 21 FEBRUARI PUKUL 12 TENGAHHARI

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk