Subhanallah. Sudah ada usaha kristianisasi ke di Serdang? Keris dapat info dari laman page Facebook Lidah Rakyat. Itupun rakan Keris bagitahu tentang hal ini. Bimbang juga jika benar ada gerakan sebegini masih berleluasa di Selangor selepas isu DUMC.
Menurut page tersebut :
Klik [SINI] untuk cerita penuh kes bible kecik
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan: Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan tetapi Agama-Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Peruntukan seperti ini diberi penekanan sekali lagi dalam Perkara 11(1) yang berbunyi: "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya."
Dengan adanya dua peruntukan penting ini, Perlembagaan memberi jaminan hak kebebasan beragama kepada kepada semua penganut agama. Tetapi, kebebasan beragama tidaklah bersifat mutlak.
Sebagai contohnya, dalam fasal (4) Perkara 11 memberi kuasa kepada Parlimen dan Badan-badan Perundangan Negeri menggubal undang-undang pengawalan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Di samping itu, Perkara 11 (5) meletakkan syarat bahawa kebebasan itu tidak menyalahi ketenteraman awam, kesihatan awam dan akhlak.
Maka diharapkan JAIS ambil berat perihal ini.
K7L : Hurmmm..mana Exco Agama Negeri Selangor?..
pernah dapat yg bahasa melayu punya di serdang...ingatkan crita pasal islam. dalam tu cerita pasal nabi isa..jibrail..allah..tp makin baca baru perasan takder langsung pasal nabi muhammad..baru sedar yang buku tu dari kristian..padahal siap belakang nama nabi dan malaikat letak A.S dan Allah SWT..mmg target bebudak upm ler tu
ReplyDelete