03/07/2012

Panas! Aksi 'Manja' @KhalidIbrahim Tersebar? Kerja @AzminAli Nak Jatuhkan Dia?



Apakah Elizabeth Wong bersama Khalid Ibrahim?

Hari ini satu rakaman CCTV yang dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar Selangor telah dimuat naik di laman youtube oleh Free Malaysia Today, malah pihak penyokong pembangkang mengatakan bahawa selepas ini makin banyak lagi 'aksi' Khalid Ibrahim yang berjaya dirakam akan didedahkan.

Usah khuatir kerana buat masa ini tiada aksi tidak senonoh dirakam dalam video berdurasi selama 15.00 minit itu.

Menurut sumber dalaman PKR orang dari kem Azmin Ali kini giat menyebarkan cerita bahawa banyak lagi rakaman aksi 'manja' Khalid Ibrahim bersama seorang wanita bernama Rahimah Kamaruddin. Menurut orang-orang Azmin Ali wanita yang bernama Rahimah Kamaruddin adalah setiausaha Khalid Ibrahim ketika di Guthrie Berhad.

Penyebaran rakaman CCTV Khalid Ibrahim adalah satu tindak balas dari Azmin Ali yang percaya bahawa dalang di sebalik penyebaran foto aksi beliau di dalam tandas bersama seorang wanita didalangi oleh Khalid Ibrahim.

Melalui penyebaran video ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa kejadian serta pendedahan yang melibatkan salah laku pemimpin pembangkang bukanlah di dalangi oleh UMNO.

Sebaliknya ia adalah tindakan sebotaj di antara mereka untuk menjatuhkan satu sama lain. Menurut sumber dalaman PKR selain Khalid Ibrahim, Azmin Ali turut mendalangi usaha mensebotaj Nurul Izzah bagi meluaskan pengaruhnya dalam PKR.

Rakaman CCTV di bawah adalah salah satu daripada beberapa buah kamera yang dipasang di tingkat 21 bangunan SUK Selangor. Dipercayai banyak lagi rakaman melibatkan Khalid Ibrahim akan disebarkan selepas ini.

Benarkah cakap-cakap orang PKR bahawa usaha sabotaj di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang giat dijalankan dari kedua-dua kem?

Keris cuba hubungi rakan PKR dan difahamkan banyak lagi yang akan didedahkan. Dengar cerita Elizabeth Wong pun ada dengan Khalid Ibrahim itu benar-benar wujud. Keris tak pasti tapi tunggu sahaja.

K7L : Pasni banyak lagi video Azmin akan keluar..

02/07/2012

Mengapa Double-Y Hampir Menangis Ketika Dia Balik Kelantan? @YuseriYusoff @tunfaisal


Semalam Keris terima panggilan daripada blogger Double-Y yang baru sahaja pulang daripada Kelantan untuk ekspidisinya dengan rakan-rakan Kelantan Cyber Warriors (KCW). "Nak menitik air mata kawe tengok! Nik Aziz dok layok jadi MB!",kata beliau. Nak tahu apa jadi sampai dia marah begitu sekali? Keris petik artikel beliau :


Saya cuba berbual bersama seorang wanita bersama anak kecil yang kebetulan berada di hadapan pintu rumah miliknya. Menurut Kak Yam beliau seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak yang berusia 3 dan 15 tahun.



Saya turut meminta izin untuk meninjau keadaan dalaman rumah milik Kak Yam yang menjadi tempat beliau berteduh bersama dua anaknya. Sebaik sahaja memijak kaki di dalam rumah tersebut, saya terkesima dan tertanya-tanya bagaimana beliau boleh hidup dalam rumah yang daif begini?

Malah ianya sama sekali tidak selamat bagi dua orang kanak-kanak. Lebih-lebih lagi ketiadaan pintu tandas rumah tersebut dan membolehkan sesiapa sahaja memasuki rumahnya berkenaan.

Baca selanjutnya tentang rumah belakang kediaman Nik Aziz dan bezakan dengan rumah makcik diatas di blog Double-Y

Nak kata apa lagi ya? Jika tahap kedaifan bukan menjadi perjuangan seorang wakil rakyat malahan kedudukannya sebagai Menteri Besar seolah-olah hanya untuk dirinya sendiri. Jika rakyat masih pilih PAS di Kelantan, kemungkinan lebih banyak lagi orang Islam yang merempat.

K7L : Masalah sosial juga tinggi di sana..Nik Aziz wat gapo?..

PRU13 - Barisan Nasional Vs PAP Bukannya DAP?


Nah! bukti PAP wujud dalam gerak saraf perang saraf DAP. Teringat blog abang Pisau pernah mendedahkan Walter Chia Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Singapura menyalurkan wang tunai kepada pakatan semasa pilihanraya:klik sini

Di Singapura,PAP begitu giat melakukan persiapan untuk PRU13 di Malaysia,mereka dilatih dan dipersiapkan untuk membantu Pakatan terutamanya DAP untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Sumber Blog Mymassa



Kali ini Keris tunjukkan bukti memang berlaku program yang diberi nama PACA Training di 223A/B River Valley Road, Singapore.
































Sumber dari DAP Pulau Pinang turut mengesahkan pada PRU13 nanti mereka akan menerima bantuan dalam jumlah yang ramai dari PAP untuk setiap kawasan peti undi .

Kita bukan saja berdepan ultrakiasu chauvanis rasis DAP, tapi kita juga bakal berdepan dengan ultrakiasu yang diimport khas dari Singapura.

Haprak pakatan menghalalkan campur tangan politik dari kuasa asing. DAP matlamatnya konsisten sejak dari dulu lagi untuk melaksanakan Malaysian Malaysia,ditambah dengan kebodohan dan kebebalan khawarij PAS yang sudah berjaya didakwah oleh DAP.

K7L : Mungkinkah PAS akan dihapuskan secara total oleh DAP kelak?..

Papan Tanda PKR Di Ampang Dicabut Tanda Protes @AzminAli Kepada MB Selangor? @KhalidIbrahim



Baru-baru ini ada cerita pasal Geran 300 juta yang direbut oleh MB Selangor dan Pengerusi PKR Negeri Selangor. Rupa-rupanya Keris terima maklumat jentera pilihanraya di Gombak dah mula marah. Lantas mereka cabut papan tanda PKR sebagai tanda protes kepada MB Selangor dan PKR sendiri.

Rupanya mereka ini tidak dibayar seperti yang dijanjikan. Lawaknya sebab ada pula pemimpin pemimpin sengal PKR kata orang UMNO yang cabut.


UMNO daripada dulu lagi tak pernah halang pun mereka nak pasang apa pun. Malahan yang suka bakar bendera pun pihak pembangkang. Nak tuduh UMNO jugak salah?. Gila betul!

K7L : Sekarang protes PKR dah mula dari bawah...hancur..

Penjawat Awam Perlu Jalani Ujian Air Kencing! - Ramai Yang High Masa Kerja? @AADKMalaysia




Dadah! Merupakan musuh utama kepada belia kerana kini ia amat mudah didapati. Dan kerana itu juga Keris menyokong Skuad Muda AADK yang lebih kepada gerak kerja membimbing dan mencegahn daripada gejala dadah terus menular dalam jiwa belia.

Cukup sampai di situ untuk memuji tindakan mereka. Keris mahu memberi pendapat kepada pihak AADK. Kini sebenarnya jika diteliti dengan betul, ramai daripada mereka yang bekerja sebagai penjawat mengambil dadah.

Jika pihak AADK hanya mahu menunggu laporan baru membuat sebarang tindakan bimbingan maka memang sampai ke sudah pencegahan tidak dapat dilakukan.

Saranan yang Keris cadangkan ini telah lama Keris fikir setelah baru-baru ini Keris melihat sendiri wajah seorang pekerja hospital. Bukan prejudis namun pengalaman sewaktu belajar dahulu membuatkan Keris kenal wajah-wajah mereka yang mengambil dadah.

Sudah pasti sebelum sesuatu yang buruk berlaku seperti kecurian, gangguan emosi dan sebagainya kerana kita tahu kesan-kesan itu akan wujud sekiranya bekalan mereka terputus. Tak akan dah jadi baru kita mahu bertindak? Jadi kita harus kritis dan bijak dalam menangani masalah penggunaan dadah oleh penjawat awam.

Setelah bertanya pendapat kepada beberapa rakan dan Keris dapat satu idea. Keris mencadangkan supaya pihak AADK melakukan pemeriksaan air kencing secara rambang serta mengejut dan tanpa notis pemberitahuan. Kalau bagitahu memang semua bersih kerana kadang-kadang kawan akantolong selindung.

Ini langkah pencegahan terbaik yang Keris rasa AADK memang mampu lakukan dengan baik. Mungkin kita mulakan dengan pihak kerajaan, dan pergi kepada sekolah pula dan InsyaAllah dadah bukan lagi akan menjadi satu sumber masalah kepada rakyat Malaysia.

K7L: Keris sedia dipanggil untuk berbincang jika perlu :)..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk