27/03/2014

NUFAM Bertindak Ikut Emosi Atau Sogokan? #MH370DalamKenangan


Semalam NUFAM, kesatuan sekerja yang ditolak dan kepimpinan mereka dipecat atau digantung oleh MAS menunjukkan sifat jaga kepentingan diri dan berdendam ketika MAS perlu sokongan dari pelbagai lapis masyarakat dan pekerjanya.

NUFAM adalah kesatuan sekerja yang kononnya mewakili kesemua pramugari atau pramugara (flight attendant) kebangsaan. Sebenarnya mereka hanya diwakili oleh flight attendents yang mahu jadi ketua kesatuan sekerja untuk mendapat manfaat peribadi.

Selama ini dan puluhan tahun MAS berurusan dengan union dalaman yang lebih memahami masaalah dalaman dan lebih bekerjasama serta tolak ansur dengan syarikat.

Tiba-tiba muncul NUFAM yang kewujudan mereka berkait rapat dengan permainan politik Tan Sri Tony fernandez yang angkuh dan tamak haloba. Tujuannya adalah untuk menguasai MAS secara tidak langsung dengan menguasai kesatuan NUFAM.

NUFAM akan dikuasai oleh Air asia dan cabin crew MAS yang bioleh diumpan dengan wang dan pangkat. Kebanyakkan mereka dari MAS yang terlibat adalah pekerja yang tidak cemerlanag dan bermasaalah.

Semalam NUFAm telah membuat kenyataan supaya Ahmad Jauhari letak jawatan tamak haloba dan Air Asia di Malaysiakini SINI. Padahal Ahmad Jauhari tidak bersalah dalam hal MH370 dan dua insiden lain.

Malahan NUFAM patut tegur pekerja dan pengurus khusus yang tak bertanggungjawab termasuk juruterbang dan bukan bersikap peribadi untuk memberi tekanan ke atas Ahmad jauhari.

Setelah tiada sokongan dari dalam MAS, beberapa kerat pekerja pentingkan diri ini bersekongkol dengan media pembangkang. Sepatutnya mereka menunjukkan keikhlasan mereka sebagai pekerja untuk memberi sokongan dan membantu syarikat mereka ketika keadaan yang paling geting begini.

Ini betul perangai macam hyena yang makan bangkai. Ahmad jauhari bertindak tepat untuk bersungguh tidak mengiktiraf NUFAM.

Baca komen Malaysia Digest SINI - The Unspinners


Pada pendapat Keris, sepatutnya ketika saat dunia bersedih dan keluarga krew serta penumpang MH370 dalam keadaan traumatik serta hiba mengenangkan pemergian yang berlaku secara tiba-tiba selepas harapan pencarian selama 17 hari mencapai penamatnya.

Muncul pula pihak-pihak yang datang bersuara memberi pendapat yang Keris lihat lebih membawa wadah emosi berbanding ingin benar-benar membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Timbul dalam benak hati persoalan apakah NUFAM yang beria-ia mendesak Ahmad Jauhari ataupun AJ? Apakah mereka disogok oleh pihak berkepentingan untuk terus menjatuhkan reputasi Malaysia Airlines yang memegang title Syarikat Penerbangan nombor satu Malaysia?

K7L : Emosi atau sogokan?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk