Tifo selalu sinonim dengan penyokong setia meluahkan rasa cinta dan jiwa pada pasukan ataupun individu. Selalunya tifo besar dihasilkan wajah,pasukan dan yang tak dijangka boleh dihasilkan.
Bagaimana tifo dihasilkan? Ia terhasil dengan melukis dan cat secara berkumpulan, ini secara langsung jiwa dan cinta diluahkan. Dan menjadi kepuasan apabila terhasil dan dipertontonkan oleh orang ramai.
Maka dengan ini tifo wajah Datin Paduka Chew Mei Fun terhasil. Atas rasa teruja,jiwa dan cinta, sekumpulan remaja telah mengambil masa 2 hari untuk mengahasilkan tifo wajah beliau. Segala kudrat penat lelah dilupakan janji tifo itu berjaya dan satu kepuasan untuk Calon N.25 PRK KAJANG.
Penulis amat mengagumi sokongan yang diberikan oleh sekumpulan remaja daripada Kajang yang membuat tifo ini. Ini bukti bahawa harapan mereka teramat besar kepada calon Barisan Nasional untuk membawa perubahan kepada rakyat Kajang.
Tifo ini juga sebenarnya memberi tamparan hebat kepada calon air mata PKR, Kak Wan yang dilihat tidak menjadi pilihan baik pengundi cina mahupun pengundi melayu. Kali ini mereka akan beri amaran kepada PKR.
Siapa yang akan percaya kepada PKR yang letak jawatan secara tiba-tiba kemudian nak bagi PKR semula? Ingat pilihanraya ini hanya satu mainan? Boleh suka-suka letak jawatan? Ini bezanya antara mereka yang bertanding untuk rakyat ataupun untuk diri sendiri.
Apapun tahniah kepada kumpulan remaja tersebut. Anda beri gambaran yang bagus kepada rakyat Kajang yang lain. Harapan akan menjadi kenyataan jika sentiasa berusaha dan berdoa. Kak Wan dah boleh tarik diri sebenarnya.
Sumber : Selangor Chronicles
K7L : Hebat usaha mereka..patut dipuji..bukti harapan BN di kajang tinggi..
0 ulasan:
Post a Comment