Suatu Pendedahan – Ahli Akademik Atau Balaci Anwar
5 hari yang lalu rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan momokan melalui kajian oleh pihak UMCEDEL. Mengikut kenyataan tersebut difahamkan pihak UMCEDEL yang diwakili oleh Prof. Dato’ Dr Mohamad Redzuan Othman menyatakan rakyat Selangor cenderung memilih Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baru untuk menggantikan Khalid Ibrahim.
Mengikut dua contoh infografik peratusan UM Poll yang dilaksanakan oleh UMCEDEL, Anwar Ibrahim dipersetujui ramai oleh rakyat Kajang untuk menggantikan Khalid Ibrahim bagi kerusi Menteri Besar Selangor.
Ironi sungguh keputusan kajian tersebut yang dikatakan telah dijalankan kajian secara bersemuka dengan semua bangsa di 16 kawasan derah mengudi Kajang secara rawak melalui soalan kaji selidik berstruktur.
Nampak bias dan tidak telus kajian tersebut jika diteliti semula. Persoalannya, siapa yang menjadi pengarah dan pelakon dalam satira kaijan perihal Menteri Besar Selangor ini? Kenapa isu Menteri Besar dimainkan walhal sepatutnya isu PRK Kajang yang lebih serius diperbincangkan?
Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman - UMCEDEL Atau ABIM?
Dia merupakan seorang Dekan bagi Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang juga pensyarah di Jabatan Sejarah di Fakulti Tersebut. Banyak jawatan lagi yang dia pegang selain Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Calon Staf Akademik Universiti Malaya (Punca ramai pembangkang dalam UM).
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Redzuan juga terlibat dalam gerakan menukar TNC HEP bagi Universiti Malaya kerana yang sedia ada dikatakan Pro-UMNO. Sesuka hati buat Universiti macam Anwar yang punya!
Apa yang dirahsiakan daripada kita adalah tentang hubungan baik Redzuan dengan Anwar Ibrahim sejak daripada zaman mahasiswa lagi. Dia pernah memegang jawatan SUA PMIUM ketika era mahasiswa lama.
Sambung baca di [Klik SINI]
soalan tu agak mengelirukan kerana ada yang beranggapan bahawa ianya bermaksud, ya benar tujuan pilihanraya ini diadakan semata-mata untuk menjadikan anwar menteri besar. dengan menjawab ya bukannya bermaksud mereka menyokong yang pilihanraya ini diadakan untuk menjadikan anwar mb. misleading question, soalan pro memang macam ni...
ReplyDeletePROFESSOR NI MEMBER ANWAR.. memang la up kan anwar. Kajian berat sebelah. PROPAGANDA PERANG SARAF JA...
ReplyDeleteMarah nampak! siapa yang kantoi, kan korang yang pelan lama pelan kantoi, korang penin sebab macam-macam fitnah, macam tuduhan, macam-macam cara dah korang dibuat nak bunuh karier, kalau boleh nak matikan dsai tapi dia tak mati-mati juga kan?korang masih belum puas, aku tahu la!
ReplyDeleteKorang tau ape psl prof. Tu?tau sakat je kan?siasat dulula bru tduh.tk leh fikir ke?Manusia tk boleh berhenti cari kesalahan org lain.Cermin diri dulu klu nk comment pon.Korang semue nie bknnye perfect pon nk ckp org.Professor nie hanye menjalankn tugas die mengkaji ape yg patut.Betulla ape die buat.Betullah ape die buat.Lagipun kajian die tepat.Siasat btl2 sblm ckp tu.Mcmane korg tau die berat sebelah?ade bukti?tk de kn.Stop la nk fitnah2 die.
ReplyDelete