18/08/2011

Seorang Saudara Baru Ingin Dimanipulasikan Untuk Serang Institusi Kerajaan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t





Tersentuh dengan kisah beliau yang penuh dengan episod duka lara hanya untuk menjadi rakyat Malaysia yang sah. Beliau yang dikatakan menjadi mangsa sebuah institusi kerajaan membuatkan hati Keris berasa bertanggungjawab untuk membawa isu beliau kepada sesiapa yang berkenaan.


Alhamdulillah, difahamkan beliau ini adalah seorang pemuda yang sayangkan Islam dan keharmonian di Malaysia. Maka beliau masih bersabar dengan kerenah birokrasi ini dan tetap 'melayan' kerenah institusi tersebut.


Melalui sumber yang Keris dapat, saudara baru ini ada ditawarkan habuan berupa wang ringgit iaitu pembayaran RM400 sebulan hanya untuk menjadi 'kuda' untuk menyerang beberapa institusi kerajaan kesan daripada kisah sedih yang menimpa beliau untuk dijadikan modal. Dengan kecekalan hati yang suci, beliau masih bersabar dan tidak rela dijadikan 'anjing belaan' puak pembangkang biarpun menjadi mangsa sikap sesetengah pekerja di JPN. 


Kepada pihak JPN, sila rujuk kes dengan kadar segera, ini kerana ia bermain tentang akidah seorang saudara baru ini. Bertindaklah dengan lebih efisien dan berkredibiliti dalam sesuatu kerja.


Kepada saudara baru ini, jangan khuatir kerana Keris yang juga penyarung 'jersi' UMNO akan menyokong dan sama-sama membantu saudara. Kita berjuang pada landasan yang betul iaitu perjuangkan rakyat demi agama, bangsa dan negara.


Ikuti rentetan kisah beliau dengan lebih terperinci di SINI


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: perjuangan atas nama rakyat tetap menjadi dokongan..dari rakyat, kerana rakyat, untuk rakyat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk