04/08/2011

Chegubandran Akan Sertai PSM? Siapa Chegubandran?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t




Lihat sahajalah muka dia mendengar dan 'badge' yang dia pakai. Keris tidak terkejut dengan khabar angin yang mengatakan dia akan menyertai PSM kerana faham benar dengan perangai dia ni. Dulu dia kalah lawan jawatan ketua AMK dengan Sam Ketot, bila orang dah tak pandang muka dia, dia berjinak- jinak dengan PAS pula, mungkin sebab tak popular macam Bob Lokman maka dia tidak laku di dalam PAS. 

Kini dia membuat langkah drastik dengan menyendeng pada PSM pula?. Pemimpin cabuk hasil tangan Nuar Beraim ini sanggup pergi ke mana sahaja asalkan dia dapat kuasa sama macam Nuar Beraim juga.Selepas ini Chegu'bard dah boleh tukar nama jika dia nak masuk PSM, saya mencadangkan nama baru dia adalah Chegubandran
. Kerana mengikut gambar di atas, jelas menunjukkan bahawa hanya dia seorang sahaja melayu ( eh melayu ke dia ni?) yang berdiri di situ sambil mendengar lawak-lawak bodoh dari enam orang ahli PSM yang ditahan tempoh hari. Kalau tengok video dimana ahli-ahli PSM yang tidak sedar diri ini berhujah dan merepek, anda semua boleh lihat dia khusyuk betul. Haha!




Keris juga ingin berkongsi maklumat mengenai enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dimana petang semalam mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Butterworth bagi menghadapi pertuduhan berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah.
Sebelum ini mereka dibebaskan dari Ordinan Darurat selepas 28 hari ditahan.
Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Saratbabu a/l Raman, 25.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu "Bersih 2.0" dengan membawa 600 helai salinan fotokopi risalah haram berkenaan.
Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan "Perhimpunan Bersih 2.0", bagi tujuan satu pertubuhan haram iaitu "Bersih 2.0" untuk kegunaan perhimpunan "Bersih 2.0" yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai pada pukul 2 petang.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.
Selain itu, mereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bas bernombor pendaftaran NAW 6617 di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, di dalam Daerah Seberang Perai Utara, pada kira-kira 3.30 petang, 25 Jun lepas.
Hakim Ikmal Hishan (Hishan) Mohd Tajuddin menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 10 hingga 14 Okt ini untuk perbicaraan kes iaitu bersamaan dengan tarikh perbicaraan 23 lagi aktivis PSM yang didakwa sebelum ini atas pertuduhan yang sama.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk C.V. Prabakaran.
Akhirnya hasrat kumpulan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) telah mencapai matlamatnya. Sebelum ini mereka mendesak kerajaan pimpinan Najib Tun Razak mendakwa enam tahanan PSM ini dimahkamah jika benar mereka memiliki bahan yang bersifat subversif.

Kenyataan penuh kumpulan PROHAM ini boleh dibaca di S.I.N.I

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, walaupun mereka dibebaskan tidak semestinya penyiasatan ke atas mereka turut dihentikan serta-merta.

Polis juga menegaskan bahawa siasatan ke atas enam ahli PSM ini tetap diteruskan kerana mereka percaya akan ancaman untuk kembali menhidupkan serta menyebarkan fahaman komunis.

Kenyataan Dato Hishamuddin Tun Hussein





Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Ni semua muka-muka peneman Nuar Beraim di River Buloh Inn..nanti bleh nyanyi lagu 'begawan solo' secara koir.. kah kah kah

3 ulasan:

  1. kalau chegubadigol macamana, ok tak...

    ReplyDelete
  2. ok jugak tu..kira kena dengan peribadi dia lah..hehe

    ReplyDelete
  3. x tau arah perjuangan,konon nak memperjuangkan raayat le Ok lah dia nak masok parti apa pun ikut suka dia janji MELAYU jangan sokong,xrugi pun kalau dia x jadi pemimpin kita!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk