24/03/2016

Molotov Koktel Pada Kereta CM Dan Peluru Pos Pada Rumah Jalan Pinhorn?


Selepas kantoi di Parlimen tanpa kehadirannya. Lim Guan Eng memulakan langkah untuk menutup segala kesalahannya daripada terus terdedah dengan membuat penawaran 'minum kopi bersama'.

Jadi jika Datuk Shabudin hadir dan bercakap tentang perkara ini, dia akan bawa ke kes mahkamah dengan harapan kes ini "disenyapkan" atas arahan  mahkamah. Namun gagal setelah Datuk Shabudin menolak untuk hadir.

Kemudia dia jemput pula media datang. Konon nak tunjuk dia telus. Gagal. Timbul pula cerita palsu pasal MH20 yang sudah tidak wujud untuk alh perhatian memandangkan isu kapal terbnag hilang adalah isu sensitif kepada rakyat Malaysia. Gagal.

Lim cuba pula arahkan anjing belaannya dalam PKR untuk timbulkan fitnah pasal Majalah Time yang menyebut Najib Corrupt. Gagal. Apakah drama seterusnya yang akan dilakukan oleh Lim Guan Eng?



Masih ingatkah anda akan kes Ngeh Koo Ham yang enggan mengesahkan sama ada benar atau tidak beliau merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian habuan tanah bernilai lebih RM30 juta. 


Diversion dibuat dengan pos sendiri peluru kerumahnya dan mengambil sudut simpati. Apakah perkara yang sama juga akan dibuat olehnya? Kita menjangkakan kisah sebegini akan digarap.


Tidak mustahil juga cerita pasal rumah ataupun kereta Ketua Menteri dibaling dengan molotov koktel untuk memberitahu kononnya mereka sekeluarga terancam dan hidup dalam ketakutan sekaligus menutup kes rasuah pasal rumah.

Haha! Guna molotov ini pernah mereka skripkan untuk Guan Eng ketika meletuo isu PPS yang akhirnya memakan diri Guan Eng. Tapi semua itu seakan dilupakan kerana tidak seberat kes rasuah terancang ini.

Ini adalah satu kes jenayah jika benar disabitkan kesalahan. Mari tengok video ini untuk memahami isu pembelian rumah LGE di Jalan Pinhorn :


K7L : Nak cat merah pulak ke kalau kantoi? Pakai ayam? Bakar pagar rumah? Expected!

PAS Berterusan Menyerang DAP - Petanda BN Kekal Relevan!



Hanya jauhari mengenal manikam. Semua orang tahu sepenggal mereka berkongsi bantal yang sama. Katil yang sama walaupun PAS hanya dapat tidur di bucu katil kerana bahagian tengah dikhaskan kepada PKR dan DAP.

Namun begitu kini PAS yang masih diterajui oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang telahmenyeru umat Islam supaya bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha DAP yang berhasrat untuk memerintah negara ini.

DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

Makan dengan ini juga memberi bukti Barisan Nasional yang diketuai oleh Presiden UMNO masih kekal relevan. Sudah tiada pilihan lain bagi memastikan DAP tidak mendapat kuasa iaitu kalahkan mereka.

Ingat! Pembangkang yang baik seperti PAS mampu membentuk Kerajaan yang baik. Jangan seperti DAP. Tuduh orang lain buat benda yang mereka tak buat tapi akhirnya mereka sendiri yang terdedah melakukan penyelewengan.

K7L : Tolak DAP Undi BN!..

23/03/2016

Guan Eng Lari Ke Luar Negara Cari Idea Jawab Rasuah?



Khabarnya Guan Eng seminggu ke luar negara. Bila Guan Eng hendak jawab soalan Datuk Shabudib daripada dalam parlimen?. Gimik jawapan hadian perkahwinan, tiada "swimming pool", ajak buat lawatan di rumah dan ajak minum kopi bukannya cara menjawab soalan yang ditanya.

Rakyat sedang menilai. Jika ikan mahu hidup dalam air, usah anggap air seolah tidak tahu apa sebenarnya perangai ikan. Lama lama, bila air itu tidak akan menerima ikan yang suka menipu. Sepandai pandai ikan melompat akhirnya tersekat juga di air deras.

Kini Lim Guan Eng telah terperangkap dengan jawapan-jawapan yang dia sendiri cipta. Apakah yang dia ingin rencanakan selepas ini? Buatlah apapun kalau sudah salah tetaplah salah.

Pulau Pinang pun dengarnya sudah ada yang susun diri untuk ganti Guan Eng jadi Ketua Menteri sekiranya Guan Eng didapati bersalah. Kemungkinan kekosongan kerusi akan ada. Ramai yang tunggu turn?

K7L : Dihalau dari Pulau Pinang dengan rasuah?..

Buat Info Palsu Untuk Rakyat Lupa Kes Rasuah Guan Eng? - #Part2


 

Ini MP paling pemalas yang ada dekat Malaysia. Sivarasa ini juga merupakan pendokong kuat LGE yang berada didalam PKR. Erti kata lain bukan Pro-Azmin biarpun satu negeri. Dan dia memilih untuk selindung LGE berbanding Timbalan Presiden PKR.

Terbaru fitnah jelek, kotor dan tidak masuk akal telah dibuat olehnya. Disebarkan melalui Facebook, membuatkan ramai melihat dirinya terlalu terdesak dan tidak menghormati Malaysia itu sendiri.

 

KIta harap majalah Time akan saman Sivarasa ni bagi dia muflis. Sebab mana mungkin majalah itu keluarkan majalah sebegitu. Hormatlah sikit negara Malaysia. Sifat biadap itu jangan diajar pada orang ramai.

Kalau nak bodoh biar bodoh sendiri. Jangan ajak orang lain terjun dalam lubang najis. Tapi hebatnya dia sanggup terjun asalkan kisah rasuah LGE disenyapkan dan dilupakan. Buatlah apapun.

Semua orang tahu yang LGE buat rasuah bukan main di Penang. Beli harga tak masuk akal dan tidak ada alasan kukuh serta sering berubah-ubah. Kita nak tengok berapa lama lagi mereka nak main wayang.

K7L : Rasuah! Rasuah!

Cerita Kantoi Rasuah Guan Eng? - Taman Manggis Juga Diselewengkan?



Kelulusan asal kegunaan tanah di Taman Manggis ketika dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang diubah daripada hospital kepada kegunaan hotel serta suite perkhidmatan.

Naib Pengerusi Gerakan Tanjong H’ng Khoon Leng berkata, penukaran kegunaan tanah itu adalah luar biasa sekaligus membolehkan pemiliknya membina sebuah hotel di tapak seluas 1.1 ekar dipersimpangan Jalan Zainal Abidin dan Jalan Burma, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan Pulau Pinang menjelaskan sebab penukaran syarat kegunaan tanah itu yang akan dibangunkan untuk hotel dan suite perkhidmatan manakala 30 peratus lagi untuk kemudahan kesihatan.

“Ini jelas memberi kelebihan komersial kepada syarikat itu kerana tanah berkenaan ini bernilai lebih mahal,” kata H’ng kepada media selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di ibu pejabat polis Bandaraya George Town, Selasa.

Katanya, tindakan itu adalah memeranjatkam umpama umpama memenangi kereta Proton Saga kemudian diubahkan menjadi Mercedes-Benz.

“Adakah ini adil kepada rakyat Pulau Pinang?” beliau bertanya.

Katanya, urus niaga tanah itu merugikan rakyat Pulau Pinang, terutama mereka yang miskin bandar yang kini hilang peluang memiliki kediaman kos rendah di bandar raya.

Dalam laporan mereka, H’ng dan lain-lain mendakwa terdapat elemen penipuan dalam urus niaga Taman Manggis dan menggesa polis supaya menjalankan siasatan menyuluruh terhadap isu itu.

H’ng juga melampirkan surat dialamatkan kepada pemilik tanah dari Pejabat Tanah Daerah Timur Laut bertarikh Disember 7, 2011, yang menguatkuasakan penukaran penggunaan tanah.

Asalnya, Taman Manggis bertujuan digunakan untuk kediaman kos rendah dengan fasa pertama sepatutnya siap pada 2005.

Bagaimanapun, kerajaan negeri mendakwa tanah berlebihan, seluas 0.4 hektar terlalu kecil untuk unit kos rendah lalu menjualnya kepaa KLIDC.

KLIDC membeli tapak itu dengan harga RM232 kaki persegi atau RM11.5 juta ketika Barisan Nasional bersedia untuk membelinya dengan harga RM22.4 juta bagi membina rumah kos rendah untuk penduduk miskin bandar.

K7L : Sendiri buka pekung di dada...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk