22/09/2011

Panazzz!! : Pemimpin Bersih 2.0 Bakal Jadi Calon Segambut??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t


Desas-desus dia dijanjikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pernah diperkatakan oleh orang ramai. Dan kini Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga ini telah memohon penukaran alamat mengundinya ke Segambut. 


Apa sebab ye dia tukar alamat mengundi ? Mahu bertanding di Segambut ?. Jika bertanding di Segambut bermakna dia harus berlawan dengan Lim Lip Eng dari Pari DAP? Mahu bertanding atas 'tiket' PAS atau PKR?




Jika benar dia ingin bertanding adakah DAP akan memberi laluan kepadanya untuk bertanding di kerusi Segambut yang kini di bawah DAP?. Mungkinkah masalah perebutan kerusi seperti di Tenom dan di Johor diantara PKR dan DAP akan berlarutan ke kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula?

Layakkah dia menjadi calon PRU13? Mari kita korek semula rentetan sejarahnya. 

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.

Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu :

  • Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam… tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  • Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.
  • Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
  • Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
  • Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
  • Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  • Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  • Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  • Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  • Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
  • Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  • Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  • Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Kes Lina Joy pula, Ambiga yang bertindak sebagai peguam kepada Lina Joy telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Dia juga turut bertindak mengadakan forum mengenai isu memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A).
Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut
.

Tindak tanduk Ambiga juga memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan serta melanggar perintah Agung berkenaan perhimpunan Bersih 2.0.

Persoalannya sekarang, adakah benar dia ingin bertanding PRU13? Parti mana yang menjadi 'tiket' jika benar khabar ini ?


jeng jeng jeng..

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Parti mana yang Ambiga pilih sebagai 'tiket' jika benar dia ingin bertanding? PAS?..keh keh keh..

Komunis Musuh Negara! Siri 10 (Finale)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t




Seluruh rakyat Malaysia perlu memahami bahawa walaupun komunis telah dikalahkan dari sudut ketenteraan di Malaysia, PKM tidak dibubarkan.

Ideologi komunisme masih hidup di kembali kepada masyarakat dan kini ideologi tersebut sudah nampak seperti disemarakkan semula. Kita perlu sedar perkembangan yang tidak sihat ini dan semua golongan rakyat Malaysia mesti sentiasa berwaspada dan bertindak dengan waras.

Masih terdapat usaha oleh pihak tertentu untuk mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat seluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali, terutama golongan intelektual dan khasnya generasi muda terhadap dakyah komunisme. Terdapat bekas anggota PKM yang mewujudkan blog yang mengagungkan perjuangan PKM di Tanah Melayu.

Bekas anggota PKM yang memperkenalkan diri sebagai Mat Amin, 60 tahun, mendakwa pernah menjadi anggota Rejimen Ke-10 PKM selama 20 tahun. Mat Amin mewujudkan blog kerana merasakan media arus perdana menyisihkan perjuangan PKM.

Ramai golongan muda yang tidak pernah merasai pahit maung kehidupan semasa era darurat dan tidak peka dengan sentimen rakyat yang cintakan kedamaian, keamanan serta berjiwa patriotik, dengan mudah mempercayai persepsi yang dibentangkan oleh Mat Amin.

Rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dalam menjaga keselamatan negara dengan turut memantau perkembangan dalam medium internet seperti portal, blog, laman bual serta media lain, supaya dapat mematahkan percubaan ajen dan penyokong komunis menimbulkan salah faham di kalangan golongan belia agar tidak tersesat jalan.

Kita tidak mahu mereka sampai memuja fahaman komunisme kerana dibiarkan terpengaruh dengan blog yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu sebarang percubaan fahaman komunisme bertapak kembali di bumi Malaysia yang aman makmur. Jangan dibiarkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam itu meresap ke dalam pemikiran masyarakat kita.

Kita jangan lupa bahawa PKM bukan sahaja menggugat keselamatan negara dengan membunuh dan mencederakan ramai orang awam dan anggota pasukan keselamatan dalam usaha mereka untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu, mereka juga cuba memusnahkan segala kemajuan yang sedang diusahakan oleh kerajaan untuk rakyat.

Pengganas komunis telah mensabotaj pembangunan negara dengan memusnahkan jentera-jentera Jabatan Kerja Raya yang sedang membina Lebuh Raya Timur Barat di utara negeri Perak pada 23 Mei 1974.

Pengganas komunis juga telah meletupkan landasan kereta api, menyerang kereta api yang lalu, dalam beberapa kejadian di Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. Semasa darurat, semua laluan kereta api di Pantai Barat dan Timur di Tanah Melayu,dikawal oleh pasukan keselamatan yang mengiringi semua perjalanan kereta api dengan menaiki Armoured Wickham Trolley yang kalis peluru.

Dengan kehadiran anggota pasukan keselamatan dalam Armoured Wickham Trolley telah mengurangkan ancaman serang hendap pengganas komunis terhadap kereta api dan rakyat dapat bergerak dengan bebas.

Semua rakyat negara ini mesti mengiktiraf peranan semua anggota pasukan keselamatan yang sejak dahulu lagi rela berkorban darah, keringat dan air mata demi menentukan negara Malaysia kekal aman, damai dan sejahtera.

Hutang darah yang tertumpah di bumi Malaysia angkara kekejaman dan keganasan gerila komunis masih belum terbayar.

Keluarga pasukan keselamatan yang terkorban ketika era Darurat hingga kini masih terasa kehilangan ayah, abang dan saudara mara yang tercinta.

Ramai mereka yang cedera masih trauma dengan kehilangan anggota mereka.

Malah terdapat seorang pegawai yang terputus kaki semasa operasi menentang pengganas komunis akibat terpijak jerangkap samar, kini masih berkhidmat dalam Tentera Darat. Hormati dan kenanglah pengorbanan, jasa dan khidmat bakti mereka untuk negara Malaysia tercinta.

Sudah sampai waktu dan ketika pengakhiran siri ini, terima kasih tidak terhingga kepada RD Club yang banyak memberi info kepada Keris secara tidak langsung dalam menghasilkan siri ini. 

Sebarkan dan letaklah jika pembaca ada blog, kongsi sejarah ini dan tambah kepada mana-mana bahagian yang perlu. Ini pun hasil kajian sendiri serta mengambil isi-isi daripada blog dan info-info lain.

Keris memohon maaf jika ada tersilap dan tegur supaya kita generasi muda terus mengetahui sejarah yang penting seperti siapa komunis ini sebelum terlambat.

Kita tunggu siri Murtad pula ye!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Selesai satu siri..kita on projek baru..Siri Murtad Di Malaysia..kita dedahkan siapa dalang jika perlu..demi ISLAM..kita sama2..siapa ada maklumat boleh kongsi melalui FB Keris Tujuh Lok.. 

#BNDekatiRakyat Di Temerloh!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t

Semalam Keris menerima panggilan dari sahabat lama yang sama-sama belajar dahulu, dia ini orang Pahang. Sedang rancak bersembang, Keris mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai kepimpinan UMNO di sana dan beliau memberitahu mengenai pemimpin-pemimpin di kawasannya yang tampak mudah didekati rakyat. Dia ada menceritakan tentang Majlis Jamuan Hari Raya yang dihadirinya di Dataran Dato' Bahaman tempoh hari.

Maka Keris meminta jasa baik dia untuk emel gambar-gambar supaya ia boleh dicoretkan di blog ini. Bukti bahawa #BNDekatiRakyat bukan retorik.


Majlis ini dihadiri oleh masyarakat setempat yang rata-rata penduduknya berbangsa melayu dan cina serta ada juga masyarakat india yang turut memeriahkan majlis tersebut. Seperti yang dimaklumkan, Menteri Besar Pahang hadir memeriahkan suasana dan mengambil peluang mendekati rakyat di kawasan Lanchang, Temerloh.


















Paling Keris 'tabik spring' bagi YB Adun Lanchang ini yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Temerloh adalah kesudian beliau menyanyi bersama Amy Search dengan lagu 'Isabella'. Terbaik YB, barulah kena dengan slogan #BNDekatiRakyat!


Keris difahamkan ramai wakil-wakil rakyat BN serta UMNO yang memang mendekati rakyat secara dekat cuma tidak berkesempatan pula untuk Keris menulis tentang mereka-mereka yang lain. Tahniah kepada semua yang berjaya membawa slogan #BNDekatiRakyat!.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Lagu 'Isabella' beb Dato' Sharkar tarik..nanti boleh lawan Keris karaoke ni..hehe..jangan marah ye YB..

21/09/2011

Shamsul Ketot Ni Sekolah Kat Mana?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) tidak teragak-agak untuk mengajak rakyat turun ke jalan raya sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional masih berdegil melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, AMK memberi amaran akan menggerakkan rakyat khususnya golongan muda di seluruh negara bagi membantah keputusan itu.

“AMK akan mengambil inisiatif untuk menggerakkan secara meluas bersama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) kerana ini (perlaksanaan GST) merupakan beban dan akan menyebabkan rakyat yang parah.”

selanjutnya di SINI

Mamat ketot ni sekolah kat mana?. Sikit-sikit ke jalan raya. Semua nak ke jalan, kot terkenan tak tahu lah. Dia ni dah gila demo agaknya, kononnya perlu ke jalan raya kerana bawa isu rakyat. Dia ni lebih layak kerja di Majlis Perbandaran berbanding ahli politik lah Keris rasa.

Nasihat Keris kepada dia, " daripada kau sibuk nak berdemo ramai-ramai atas jalan, lebih baik kau pergi sapu semua jalan kat Malaysia ni sampai bersih! ".

Perihal kes cukai itu, Keris percaya kerajaan akan membuat keputusan yang baik serta telus. Cuma masa yang menjadi penentu. Keris pun rakyat juga, jadi Keris pohon semua berfikir secara positif dan bersabar, jangan jadi macam Shamsul Ketot, asyik ke jalan je!


Eh terlupa pula, dah lama tak muncul tiba-tiba ada, mana menghilang selama ini?. Pergi berubat penyakit kencing malam ke? Haha!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kalau dia nilah nak ajak fight dengan KJ..adui..si ketot ni aku pasti beliau akan terkencing sebelum berlawan..hahaha

Pertubuhan Haram BERSIH Nak Buat Kerja Haram Lagi?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t

Pelik dan hairan, mereka ini tidak habis-habis buat kerja haram malahan tampak lebih aktif dan terbuka selepas pemansuhan ISA diumumkan, seolah-olah 'freedom' kepada mereka untuk berbuat apa-apa.



Apakah ini program perancangan titik permulaan BERSIH 3.0? Adakah mereka ini mahu berhimpun secara haram lagi? Adakah mereka dibayar untuk program ini oleh Anwar Ibrahim?




Maria Chin Abdullah ni siapa? Calon PRU13 PR ke yang beria sangat dengan Bersih ni? Kira ada agenda lah buat semua ini?

Jelas ini adalah 'diversion tactic' bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap pesalah di kandang tertuduh yang awal-awal dah tahu dia akan pergi ke Buloh River Inn kelak.


Boikot BERSIH!.. Rakyat tidak untung pun! Yang untung hanya pencacai-pencacai PR sahaja!


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Ambiga mana? Senyap je?

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk