28/02/2018

Video - Mahathir Menangis Bila Video Ini Tersebar



Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja bercakap menerusi siaran media sosial, mengenai fokus terhadap ekonomi dan polisi kerajaan di bawah Bajet 2018. Sepanjang sesi selama hampir sejam itu, Najib yang juga menteri kewangan, turut menyentuh topik yang selalu mencetuskan kontroversi iaitu tol.

Dalam durasi 23 minit 24 saat, Najib menyatakan bahawa beliau bukanlah peminat tol, namun untuk menghapuskannya bukanlah mudah. “Sebagai contoh, menghapuskan tol, oh nampak sangat mudah. Namun sebenarnya ia tidak, tetapi saya tidak percaya, jika anda dikenakan tol setiap hari, ia adalah baik untuk rakyat,” ujarnya.

Sambungnya lagi, “jika ia Lebuhraya Utara-Selatan, jika ia Lebuhraya Karak, oleh itu ya, anda hanya menggunakannya sesekali sahaja. Tetapi jika anda membayar tol setiap hari, dua, empat kali, semuanya akan kecewa.”

“Jadi, saya tidak mempercayainya. Individu yang terdahulu dari saya sangat mempercayai tol. Saya tidak menyukai tol. Itu sebablah tiada tol di Lebuhraya Pan Borneo untuk masyarakat di Sabah dan Sarawak. Malah kita juga telah menghapuskan tol di Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam, EDL (Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur).”

“Apa yang boleh saya lakukan, saya akan hapuskan tol kerana saya tidak rasa ia adalah bagus. Ia mengecewakan dan menyebabkan kesesakan, tetapi apa yang boleh kita lakukan kerana harus mendedahkan beberapa keputusan, masalah legasi. Saya akan menghuraikan apa yang saya fikir ia bukan demi kepentingan rakyat Malaysia, yang saya patut lakukan,” akhiri beliau dalam kenyataan mengenai tol.

K7L : Mengamuk Mahathir oi... hehe...

27/02/2018

Kenapa Kaum Cina Tidak Suka MCA Dan BN?



Kasihan MCA. Pemimpin parti telah menggunakan pendekatan terbaik dalam pilihan raya umum, dan menampakkan keyakinan bahawa mereka akan mendapat pulangan yang menguntungkan.

Meskipun presiden MCA, Liow Tiong Lai menemui penawarnya, ianya pasti akan dihapuskan.

Alasannya : Orang Cina terlalu mengharapkan perubahan.

Masalahnya, saya tidak pasti jika mereka tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang.

Kini, saya tidak suka kepada MCA  walaupun orang sering menganggap saya bersandar politik kepada Barisan Nasional (berharap anda tidak terintimidasi oleh perbezaan pandangan).

Saya percaya parti itu dan gerakannya terlalu ghairah dengan sekolah-sekolah Cina, tanpa mengambil kira sebarang pendekatan yang akan menutupi perbezaan antara kaum yang ada di Malaysia.

Bagi saya, mereka merupakan sebahagian besar punca kepada permasalahan ini. Tetapi saya mengalihkan perhatian kepada soalan yang lebih besar iaitu mengenai persoalan mengapa orang Cina sangat marah dengan status quo. 

Warganegara kelas kedua?

Seperti kebanyakan orang Cina yang lain, saya membesar dalam keadaan yang penuh amarah kepada dasar yang berasaskan perkauman iaitu dasar yang memberi peluang yang lebih kepada orang Melayu sahaja. Kami tidak faham mengapa warna kulit itu boleh menjadi isu dan sangat penting.

Bukankah kita semua rakyat Malaysia, dilahirkan dan dibesarkan di negara yang sama? Kemarahan kami telah berubah seiring dengan waktu, yang lazimnya memperlihatkan diri kami sebagai “pelukis perkauman” yang melawan orang Melayu, bercakap di belakang pintu dalam keluarga dan perhimpunan sosial.

Ramai di antara kita menjadi sangat ekstrimis dan tidak ubah seperti “raksasa” yang cuba untuk menentang polisi perkauman yang dianggap “berat sebelah” kepada kaum Melayu.

Perwakilan bagi kaum Cina di dalam BN, iaitu MCA dan Gerakan merupakan sasaran yang mudah. Kami menuduh mereka terlalu patuh kepada UMNO.

Pernahkah mereka bangkit memperjuangkan hak kaum Cina? Mereka hanyalah “anjing” UMNO.

Kami menghina model BN yang dibentuk berasaskan kaum di mana Umno menerajui kesemua komponen parti, dan “memaksa” parti-parti Cina untuk “bermain bersama”.

Kami mahu diperlakukan sama rata, dan kami tidak akan bertolak ansur lagi.

Semua itu telah berubah. Tetapi ianya dianggap seperti perkara yang tidak penting kepada MCA dan Gerakan.

Ucapkan “hello” pada pergerakan “anjing baru”

Kebelakangan ini, kebanyakan orang Cina yang saya jumpa memberitahu bahawa meraka tidak mempunyai masalah untuk mengundi Pakatan Harapan yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad dan PPBM.

Bagi saya, perkara tersebut  boleh di anggap sebagai satu “tamparan hebat” yang boleh memberikan impak besar. Bagaimanakah Pakatan Harapan yang dianggap sebagai model klon murahan BN boleh menjadi pilihan, sedangkan mereka sentiasa mengasingkan kita?

Anda mempunyai PPBM sebagai pengganti Umno. Anda mempunyai DAP sebagai pengganti MCA. Jadi, mengapa kita perlu berpuas hati apabila ia seperti kembali kepada tampuk kepimpinan yang sama?

Persoalannya, berapa kerapkah DAP menyuarakan penentangan terhadap keahlian, retorik dan pandangan berasaskan kaum PPBM? Kedua, seberapa kerapkah DAP mendesak Mahathir untuk bertanggungjawab untuk kesalahan dan kegagalan masa lalunya?

Para pemimpin DAP mungkin berpendapat bahawa sokongan mereka kepada Mahathir dan partinya adalah keperluan politik, tetapi itu mungkin alasan MCA pada tahun 1980-an dan 1990-an juga.

Maka, lihatlah siapa yang kini menjadi “anjing”.

Jika MCA dipertanggungjawabkan untuk mengatur agenda perkauman Mahathir selama 22 tahun dahulu, maka sekarang ini DAP juga berada dalam keadaan yang sama.

Sudah semestinya, pemimpin Pakatan mendakwa bahawa mereka boleh mengawal Mahathir dan menghalang beliau daripada melaksanakan pemerintahan dictator, seperti yang dilakukan beliau dahulu.

Namun, ini hanyalah dongeng semata. Kita sedang berbicara mengenai seorang lelaki yang tiada belas ihsan, tidak pendirian tetap, seseorang yang telah menggulingkan semua pesaing, serta seorang pengkritik termasuklah di dalam BN, kerajaan, dan timbalannya sendiri. 


Apa yang lebih menarik dan jelas, Pakatan tidak mampu menarik PAS untuk bersama-sama dengan mereka.

Selepas meyakinkan para pengundi mereka untuk mempercayai PAS, mereka kemudian mula merungut mengenai bagaimana mereka telah dikhianati oleh parti tersebut..

Bagaimanakah?

Adakah BN lebih baik di bawah pemerintahan Najib?

Anda mungkin menganggap saya berlebihan, tetapi ini adalah kerajaan yang paling mesra dengan kaum Cina sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi.

Secara kebetulan, Mahathir juga merupakan individu yang pernah mengkritik perdana menteri pertama Malaysia kerana beliau seorang pro-Cina.

Dan ia juga akalan Mahathir untuk menjatuhkan Tunku untuk segera berundur ketika itu.

Gee, saya tertanya-tanya mengapa beliau perlu dinaikkan selepas Perdana Menteri Najib Razak sekarang. Mungkinkah dia mempunyai motif yang sama sekali tidak berkaitan dengan kebimbangannya terhadap rasuah dan 1MDB?

Tidak ramai yang tahu atau ingat perkara ini: Pada tahun pertama Najib berkuasa, beliau telah menghapuskan keperluan bagi kebanyakan syarikat untuk menyimpan 30% saham mereka untuk bumiputera.

Ianya merupakan perubahan seismik dan berani bagi negara yang mengamalkan kuota perkauman dalam menentukan cara hidup sesebuah kaum.

Tindakan itu turut menarik liputan dari luar negara seperti agensi The New York Times dan The Economist.

Seperti yang dijangka, Mahathir mengkritik langkah tersebut, dengan alasan ianya akan menjejaskan kepentingan bumiputera. Mereka yang mengetahui sejarah politik Malaysia,  pasti akan merasakan “déjà vu”.

Najib berhasrat untuk memajukan lagi dasar berasaskan kaum mengikut keperluan berlandaskan agenda Model Ekonomi Baru (NEM).

Tetapi dia menghadapi tentangan yang sengit daripada kumpulan sayap kanan seperti Perkasa, yang disokong oleh Mahathir sendiri dan ianya mengejutkan.

Jadi, jika anda fikir bahawa kita akan dapat melihat lebih banyak kesamarataan kaum dan meritokrasi di bawah pimpinan kerajaan Pakatan yang diketuai oleh Mahathir, anda hanya “bermimpi di siang hari”.

Mahathir secara konsisten menjadi musuh nombor satu terhadap pembaharuan yang dikehendaki oleh orang Cina.

Beliau bertanggungjawab untuk semua perkara yang di utarakan.

Saya tidak nampak sebarang sebab untuk membenci MCA dan BN sekiranya kita berjaya meletakkan diri kita pada tempat yang sewajarnya.

Mungkin kita masih berada di takuk yang lama kerana terus mengundi berdasarkan pada kepentingan diri sendiri.

Dimana betulnya Mahathir?

Semua berkata, Mahathir betul tentang satu perkara: Orang Melayu mesti dibantu.

Selepas membelanjakan sebahagian besar hidup saya menentang dasar pro-bumiputera, saya dapat menyimpulkan sesuatu.

Hakikatnya orang Melayu menghadapi diskriminasi yang teruk dalam sektor swasta, seperti yang dikemukan dalam kajian terkenal oleh ahli ekonomi Lee Hwok-Aun dan Muhammad Abdul Khalid.

Tambahan pula, kita, kaum Cina perlu menyedari bahawa sukar untuk melaksanakan sesuatu hal berkaitan polisi yang dibutakan oleh perkauman apabila wujud perbezaan kekayaan yang ketara antara kita dengan kaum yang lain.

Ia hanya akan mewujudkan kepentingan peribadi dan memperkuatkan lagi ekstrimis perkauman. Tidak hairanlah mengapa “Malaysian Malaysia” yang dilaungkan DAP tidak berjaya menawan sebahagian besar orang Melayu.

Tidak hairan juga jika Lim Kit Siang dan sekutunya perlu bergantung kepada provokasi kaum 93 tahun untuk memenangi undi Melayu dan tidak pelik jika Mahathir dapat memerintah selama 22 tahun sebelum ini dengan membahagikan kita ke garis perkauman yang melampau.

Dimanakah kesalahan Mahathir?

Sekiranya dasar-dasar pro-bumiputera diperlukan, maka persoalan dan cara pelaksanaannya turut berubah.

Mahathir boleh dianggap sebagai model yang membela hak Melayu.

Tetapi para benefisiari sebenar disebalik agenda bumiputera tersebut kebanyakannya terdiri daripada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan beliau dan Umno pada ketika itu.

Ada dikalangan mereka telah mengecapi kekayaan, manakala sebahagian daripada orang Melayu lain hanya mendapat sisanya, dan kami dimomokkan dengan projek-projek kerajaan yang terlampau mahal dengan sesuatu tujuan  dan logik ekonomi yang kecil.

Tidak terkira saya tentang berapa banyak projek yang dilaksanakan oleh Mahathir gagal dan / atau terpaksa diselamatkan menggunakan wang para pembayar cukai.

Anda boleh “Google”.

Namun, tindakan afirmatif tidak semestinya ditakdirkan untuk mencapai kegagalan.

Di bawah pemerintahan Najib, separuh nilai kontrak MRT pertama di Malaysia (Sungai Buloh-Kajang) diberikan kepada kontraktor bumiputera menerusi sistem tender terbuka.

Tahukah anda bahawa kontrak tersebut sudah diselesaikan lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan dan ianya berada di bawah peruntukan bajet iaitu bernilai RM21 bilion daripada kos asal yang bernilai RM23 bilion.

Siapa kata bumiputera tidak layak mendapat untuk melaksanakan projek sebegitu melainkan hanya Mahathir seorang sahaja yang selalu menggambarkan orang Melayu sebagai pemalas dan tidak jujur.

Namun, perlakuan jutaan Melayu yang jujur serta rajin telah berjaya membuktikan bahawa apa yang digambarkan oleh beliau selama ini adalah satu tanggapan yang salah.

Perubahan Masa Hadapan untuk Kaum Cina

Lihat, apabila orang Melayu yang bukan kroni mendapat kelayakan dan diberi peluang, ia membuahkan hasil dan negara ini sentiasa bergerak ke hadapan.

Dan adakah itu sudah terlambat? Pilihan yang kita hadapi pada pilihan raya umum akan datang tidak dilihat melalui dasar pro-bumiputera atau dasar bukan pro-bumiputera.

Di antara mereka yang bekerja, dan orang yang menyerang ego seorang lelaki sedang memperkayakan sahabatnya.

Perbezaan itu penting sekali kerana saya percaya kita orang Cina tidak akan memperoleh kesamaan yang kita cari kecuali jika orang Melayu (dan bumiputera lain) merasa dilaburkan dalam ekonomi - melainkan mereka rasa mereka diberi peluang yang adil.

Walaubagaimanapun ramai orang Cina yang memilih untuk mengundi calon DAP paling kauvinist yang mereka dapati, dengan harapan mereka boleh mendekatkan diri dengan keadilan melalui kemarahan dan membuat perjanjian dengan ultra-Melayu Mahathir.

Semoga berjaya diucapkan.

Saya, bagaimanapun, mengamalkan dasar pro-bumiputera yang telah diperbaharui oleh BN. Saya mahu menjadi sebahagian daripada perbualan tentang bagaimana kita dapat memperbaikinya. Saya mahu mereka berjaya untuk kita semua.

Dan apa pula alternatifnya? Mengadu di kedai kopi untuk 50 tahun akan datang tentang bagaimana kita masih warga kelas dua?

Cukup. Sudah-sudahlah mentaliti "Melayu tolong Melayu sahaja" dan "Cina tolong Cina sahaja" ini.

Kita perlu merentasi garis perkauman untuk memastikan tiada siapa termasuklah orang Melayu,  orang Cina, orang India, Orang Asli, pelbagai etnik Sabah dan Sarawak tidak terus terpinggir.

Kita perlu berhenti terpengaruh kepada propaganda yang sama, propaganda yang dibentuk oleh Mahathir sejak sekian lama.

Selepas itu, kita bukan lagi “anjing” beliau.

Bukankah begitu?

Sebastian Loh adalah pembaca FMT.

*Pandangan yang dinyatakan adalah daripada pengarang dan tidak semestinya mencerminkan FMT.

Siapa Sebenarnya Mahathir Yang Dilabel Diktaktor?




Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini melontarkan soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tentang siapa sebenarnya yang melabel beliau diktator.

SALLEH SAID KERUAK

Salleh berkata bekas perdana menteri itu menulis dalam blognya semalam catatan bertajuk 'The Dictator' yang berbentuk sindiran dan cuba memulang paku buah keras tuduhan beliau seorang diktator dan kleptokrat semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

"Mahathir mengakhiri catatannya dengan berkata, "jadi teruskan menggelar saya diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik, dan menjadi terlampau kaya melalui rasuah. Ini adalah benar, sebenar-benarnya, tiada lain melainkan benar."

"Yang sebenarnya mereka yang menggelar Mahathir diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik dan kini menjadi terlampau kaya melalui rasuah" adalah mereka yang berada dalam Pakatan Harapan," kata Salleh dalam catatan terbaru blog beliau hari ini.

Menteri itu berkata Dr Mahathir mungkin lupa suatu perkara penting bahawa mereka itu kini adalah sekutu dan rakan politiknya sekarang.

"...atau apakah sebenarnya beliau memang mahu menyindir sekutu politknya sekarang," tanya Salleh. - BERNAMA



Video - Untuk Kaum Wanita Di Malaysia!



Antara tips kenal peragut dan cara elak diragut

Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:

* Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
* Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

Bagaimana ia boleh berlaku:

* Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
* Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
* Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
* Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.
* Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.

Langkah-langkah keselamatan dari diragut:

* Sentiasa membawa wang secara minima, guna kad debit dan lain-lain.
* Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
* Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
* Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
* Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
* Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
* Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
* Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan 'pepper spray'.

K7L : Kita kena selamat...

26/02/2018

Viral - MBSA Lepaskan Stadium Shah Alam Kepada Syarikat Swasta?



Kini tular di Whatsapp dan Facebook :

MBSA UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA STADIUM SHAH ALAM, KINI JADI MILIK SYARIKAT SWASTA

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada Kompleks Stadium Shah Alam selepas Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan sepenuhnya pengurusan kompleks tersebut kepada Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) Sdn. Bhd.

Menurut sumber yang kami terima, MBSA terpaksa bersetuju dengan keputusan tersebut atas faktor kewangan akibat pengurangan hasil yang ketara selepas Kerajaan Negeri menjadikan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi pasukan PKNS FC yang diketahui tidak memiliki penyokong yang besar berbanding pasukan utama Selangor, The Red Giant. 

Keputusan berhubung pengambil alihan ini telah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 1 November 2017 dan berkuatkuasa sepenuhnya bermula 1 Januari 2018 yang lalu. Selain itu, kerajaan negeri turut meluluskan dana awal sebanyak RM10 juta kepada DEFM untuk menguruskan kompleks stadium tersebut bagi tempoh tiga tahun pertama.

Tindakan menswastakan sepenuhnya pengurusan Stadium Shah Alam ini jelas sekali telah menafikan segala jasa dan sumbangan MBSA yang bertanggjawab memastikan Stadium Keramat itu menjadi sebahagian daripada simbol dan kebanggaan rakyat Selangor khususnya pasukan The Red Giant dalam arena bola sepak di Malaysia.

-admin MBSA

Keris mengharapkan berita ini tidak benar. Kalau benar ternyata pasukan bolasepak Selangor telah menjadi orang Palestin yang telah dihalau oleh puak Yahudi daripada rumah mereka sendiri.

K7L : MB yang membangsatkan bolasepak Selangor adalah MB paling bangsat.

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk