26/02/2018

Ini Fakta Yang Rafizi Sembunyikan Tentang BR1M?



1. Hari ini saya berbesar hati dapat pulang ke Pekan untuk melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Peringkat Kebangsaan, dan memberikan agihan pertama BR1M 2018 ini kepada 2,000 penerima daerah Pekan.

2. Bagi para penerima lain di serata Malaysia, BR1M akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing bermula esok, dengan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos kelak, Insya-Allah.

3. Alhamdulillah, melalui langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan untuk menguruskan dasar ekonomi dan kewangan negara dengan lebih cekap dan efisien, kita dapat terus menyediakan BR1M buat rakyat Malaysia.

4. Saya nak ceritakan sedikit mengenai BR1M. Pihak pembangkang sering menjadikan BR1M ini isu politik, malah lebih daripada itu mereka menggelarnya macam-macam, malah mereka menghina penerima BR1M dengan pelbagai nama.

5. Inilah pemikiran cetek dan politik kebencian yang pembangkang bawa, di mana mereka tak dapat lihat usaha Kerajaan seperti BR1M ini, adalah usaha yang membawa manfaat dan membantu rakyat. Di mata mereka, semua yang Kerajaan buat tak betul.

6. Kalaulah, misalnya BR1M ini Kerajaan laksanakan untuk beli undi, sepatutnya kita hanya bagi kepada puak-puak kita sahaja.

7. Tetapi hakikatnya, semua yang layak dapat BR1M, termasuk di negeri ditadbir pembangkang. Malah, negeri ditadbir pembangkang adalah penerima tertinggi BR1M! Kita pilih penerimanya bergantung kepada pendapatan.

8. Lebih mengelirukan, pembangkang yang sebelum ini menghina, mengutuk BR1M sebagai dedak, pancing undi, rasuah, kini buat u-turn, mengaku bahawa BR1M akan diteruskan jika mereka berkuasa. Memang mereka ini Pakatan Keliru, dengan Raja U-turn sebagai ketua.

9. BR1M ini sebenarnya adalah idea yang datang daripada Bank Negara Malaysia, bukan daripada mana-mana parti politik. BNM mencadangkan pemberian subsidi bersasar seperti BR1M menggantikan subsidi pukal yang hanya menguntungkan pihak-pihak yang sudah berada.

10. Saya ambil contoh subsidi pukal minyak, orang yang sepatutnya menerima subsidi secara relatifnya mendapat kurang berbanding orang yang tinggi kemampuan, contohnya Petrol RON95, orang berkereta besar mendapat manfaat lebih daripada mereka yang membawa motor atau memandu kereta lebih kecil.

11. Bila Kerajaan laksanakan BR1M pada 2012, bantuan RM500 yang diberikan telah memanfaatkan hampir 4.1 juta penerima. 

12. Sejak daripada itu, bantuan ini telah ditambah baik bagi membolehkan lebih ramai rakyat menerima manfaat dan juga sebagai satu pakej pelengkap kepada semua program-program bantuan Kerajaan dalam membantu rakyat.

13. Secara keseluruhannya, dari tahun 2012 sehingga 2017, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM25.62 billion kepada penerima BR1M. 

14. Pada tahun 2018 pula, dijangka lebih 7.2 juta penerima akan menerima manfaat BR1M dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion.

15. Hari ini, terbukti BR1M adalah satu bentuk perangsang ekonomi yang diiktiraf serata dunia. Banyak negara juga memberikan bantuan serupa dalam bentuk wang tunai kepada rakyat yang memerlukan, termasuklah di negara-negara maju. BR1M juga telah menjadi panduan Arab Saudi dan terbaharu Mesir untuk melaksanakan konsep sama.

16. BR1M 2018 bukanlah nokhtahnya. Kerajaan akan mengkaji dan menilai keupayaan kedudukan kewangan Kerajaan selaras dengan perancangan pengukuhan fiskal Kerajaan agar semua program bantuan Kerajaan pada masa depan akan terus membantu rakyat. 

17. Apa yang penting, bantuan BR1M merupakan bantuan Kerajaan yang diberikan terus kepada semua yang layak, tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik. Malah, mereka yang telah menerima bantuan kebajikan sedia ada juga diberi bantuan BR1M.

18. Saya berharap semua yang terima BR1M ini dapat memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah, kita mahu terus lihat perkembangan ekonomi yang positif pada masa hadapan, agar rakyat menikmati kekayaan dan pembangunan negara. Kerajaan terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat.

Sumber: NajibRazak.Com

Srikandi PPBM Rela Dipecat Sebab Tak Puas Hati Dengan Pucuk Pimpinan?



"Saya tidak kisah dipecat kerana berani menyuarakan pendapat terhadap parti," kata Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu, Normala Abdul Kadir.

Normala berkata, susulan kritikan terhadap parti itu baru-baru ini, dia dan ahli jawatankuasanya menerima kecaman daripada pelbagai pihak di dalam parti itu termasuk dituduh sebagai tali barut dan dedak UMNO untuk memburukkan parti.

"Mereka ini langsung tidak boleh dikritik, ditegur dan diberi pandangan secara langsung. Mereka kata negara demokrasi dan apabila bersuara, kita dikatakan tali barut pula.

"Selain itu, saya bersedia letak jawatan sekiranya masih tiada perubahan dalam parti," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tiga tahun bersama PPBM, dia bersama ahli jawatankuasa terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk menjalankan program untuk parti walaupun dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi.

"Srikandi di bahagian lain turut menyuarakan rasa tidak puas hati apabila terpaksa keluarkan belanja sendiri, sedangkan pihak atasan yang tubuhkan parti adalah jutawan.

"Sepatutnya sebagai pemimpin, mereka perlu keluarkan dana untuk membantu rakyat. Lihat saja di Kota Bharu, tiada bendera PPBM berbanding Parti Amanah Negara (PAN) dan PAS," katanya.

Normala berkata, dia melihat PPBM sudah lari daripada matlamat asal dalam perjuangannya untuk membantu rakyat.

"Dulu mereka kata mahu kembalikan hak rakyat tetapi saya nampak matlamat itu semakin kabur. Adakah mereka mahu perjuangkan rakyat atau menjaga kepentingan tertentu saja selepas memperoleh kuasa nanti.

"Oleh itu, saya minta kepimpinan parti kembali kepada perjuangan asal untuk membantu masyarakat marhaen" katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Normala bersama Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min mengadakan sidang media berikutan sayap kepimpinan PPBM Kota Bharu hilang kepercayaan terhadap parti itu terutama dalam isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ok Keris buat kesimpulan pasal kisah di atas :

1. Mereka yang tak puas hati mesti sebab tak dapat Kerusi. Merasakan PPBM patut dapat lebih kerusi. 

2. Mereka tak puas hati sebab kena tunggu derma atau keluarkan duit sendiri walhal mereka tahu Pemimpin mereka kaya raya. 

3. PPBM memang dipenuhi dengan mereka yang gila kuasa dan tak pandai politik.

K7L : Sekian..

BN Tepati Janji PRU13 - 97.6% Terlaksana



Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menepati hampir semua janji dibuatnya kepada seluruh rakyat, apabila sudah mengotakan 97.6 peratus daripada kandungan manifesto yang dibentangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri berkata, antara janji ditepati BN termasuk menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada RM500 kepada RM1,200 secara berperingkat, yang sudah dinikmati mereka berkelayakan sejak tahun lalu.
Beliau berkata, Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore memantau janji yang disenaraikan dalam manifesto BN dan 97.6 peratus daripadanya berjaya ditunaikan setakat ini.

"Saya bukan jenis memberi janji perkara yang tidak boleh tunaikan. Saya tidak akan buat kenyataan yang pihak kita (BN) akan kaji semula janji, macam orang itu yang kata hendak kaji semula 60 daripada janjinya," katanya berucap merasmikan BR1M peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Pengerusi pakatan harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui pakatan pembangkang yang diketuainya tidak mampu memenuhi semua janji ditabur pemimpin mereka, jika memenangi PRU-14 dan menubuh kerajaan kelak.

Dr Mahathir berkata, berikutan itu, PH akan menilai semula kira-kira 60 janji berkenaan, sebelum disenaraikan dalam manifesto yang bakal dikemukakan kepada pengundi menjelang PRU-14.

K7L : Mahathir pun bukan tepati janji..

25/02/2018

Video - Azmin Lari Ke Luar Negara Selepas Video Ini Tersebar?



Tengok sendiri apa yang telah didedahkan tentang Azmin. Kini semakin teruk dia kena jawab. Tidak boleh lagi berdiam diri. Sebab itu jangan buat orang. Salah sendiri terbuka jua akhirnya.

K7L : Ini yang jadi Yahudi di Selangor kan?..

Rakyat Selangor Rindukan Zaman Kerajaan Barisan Nasional



Kalau dulu masa Barisan Nasional (BN) perintah, Selangor dikenali dengan kehandalan pasukan bola sepaknya. 

Orang Melaka, orang Negeri Sembilan, orang KL pun mengaku orang Selangor sebab pasukan Red Giants selalu menang Piala Malaysia.

Penuh Stadium Shah Alam. Orang jual air, burger dan kuaci boleh tumpang mencari rezeki kerana kehebatan Red Giants. Namun, sejak PKR jadi kerajaan, pasukan Selangor sudah tidak hebat lagi. 

Pasukan Selangor bermain di Stadium Shah Alam sejak tahun 1994 dan telah julang Piala Malaysia sebanyak 25 kali di stadium itu. Tapi sekarang, pasukan bola Selangor dihalau dan disuruh main atas padang pasir. 

"Gergasi Merah Kuning" sudah dihalau dari gelanggang keramatnya. Bila menang sahaja Piala Malaysia dulu, piala dan pemain akan diarak ke seluruh negeri Selangor di atas jalan raya yang baik dan tidak berlubang. 

Sekarang orang Selangor di Dengkil terpaksa lalu banyak jalan berlopak angkara lori lori pasir. Rakyat mengadap jalan yang berlubang setiap hari. Anak saudara Azmin sedap dapat korek pasir hari hari. 

Tiada lagi sorakan dan perarakan Piala Malaysia, semuanya diganti dengan perarakan lori pasir. Sudahlah jalan berlubang, sampah pula lambat dikutip sejak PKR perintah Selangor. 

Berlongok longok sampah di bahu jalan. Lori pasir banyak, lori sampah jarang jarang nampak. Bila sampah banyak, mulalah binatang lain membiak. 

Sampah yang terbiar masuk dalam parit dan longkang yang juga tersumbat. Di situ akan terbiaklah nyamuk aedes yang menghisap darah rakyat Selangor. 

Sepanjang tahun 2017, kes denggi terkumpul di Selangor berjumlah 44,451 kes, paling tinggi di Malaysia. Tahun ini sahaja, baru dua bulan sudah ada 113 kes. 

Sampai 21 Oktober tahun lepas, 59 orang mati di Selangor kerana denggi. 
Sepanjang tahun 2015 dan 2016, sejumlah 205 orang mati disebabkan denggi di Selangor. 

Kerajaan PKR dan ahli majlis perbandaran sibuk hendak luluskan pesta dan ribuan rumah rumah maksiat dari cuci dan bersihkan longkang dan parit di depan rumah rakyat. 

Bila rakyat mengadu pasal masalah ini, wakil rakyat PKR dan DAP berkata mereka bukan diundi untuk jaga longkang dan parit. Cakap pandai sungguh mereka. Padahal gaji mereka naik berkali ganda. 

Cukai rumah dan perniagaan pun naik berkali ganda di Selangor. Ahli ahli Majlis yang dilantik adalah orang orang PKR dan DAP. Apa mereka buat? Sibuk curi pasir dan ambil tanah macam di Sungai Yu? 

Bukan itu sahaja, zaman kerajaan PKR ini kalau buka paip air, jarang keluar air tapi keluar angin sahaja. Banyak kali rakyat Selangor terpaksa tanggung masalah akibat gangguan bekalan air. Penghuni rumah pangsa terpaksa turun tangga untuk dapatkan air yang dihantar tapi itu pun tidak cukup. 

Kerajaan Selangor main-main dalam soal pembinaan loji rawatan air Langat II, sampailah ke hari ini. Rakyat yang tanggung deritanya. Entah apa yang cuba Azmin lengahkan. Skandal SPLASH sampai berbillion, tapi masalah air tidak selesai juga. 

Zaman BN, kalau pergi ke kedai beli barang tidak ada dikenakan caj 20 sen. Kononnya mahu kempen bebas plastik tetapi kedai masih ada plastik dan kalau hendak kena "charge" 20 sen. 

Sebenarnya ini bukan kempen "say no to plastic bag" tetapi taukeh kedai plastik lah yang kaya di Selangor. Mana pergi semua kutipan 20 sen ini? 

Elok sangat kalau bagi balik Selangor pada BN. Tiada lagi 20 sen untuk plastik. Betapa bengapnya pembangkang bila menyatakan bahawa buaya muncul semula di sungai dan tasik di Selangor adalah tanda kejayaan kempen beg plastik. 

Kepada orang kaya seperti Azmin dan Mahathir memanglah kecil sangat harga 20 sen ini. Namun besar nilai 20 sen kepada ibu anak lima yang ke pasar malam untuk membeli ikan dan barang barang dapur. 

Azmin bukan bagi duit belanja pun kepada orang orang yang berpendapatan rendah di Selangor. Lebih sejuta orang ini Barisan Nasional yang tolong ringankan beban hidup mereka menerusi BR1M. 

Zaman Barisan Nasional sedang dirindui oleh semua rakyat Selangor. Zaman kemeriahan Stadium Shah Alam. Zaman tiada 20 sen plastik. Zaman tiada jalan berlubang dan sampah tepi jalan. 

K7L : Kembalikan semula Barisan Nasional di Selangor. 

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk