10/10/2017

Tuanku Permaisuri Smash Rakyat Tak Sedar Diri Pasal Hospital Kerajaan?



Hari ini terlalu ramai yang menhentam Hospital Kerajaan. Macam-macan label dan usaha memburukkan Hospital Kerajaan saban hari berlaku. Padahal bayar RM1 nak layanan RM1Juta.

Dan tulisan Tuanku Permaisuri ini sepatutnya diberikan kepada mereka-mereka yang asyik kecam dan perlekeh Hospital Kerajaan.








 

K7L : Kena sebijik..

Mahathir Dah Minta Maaf Dengan Mereka Yang Dia Jatuhkan?


 

Tuduhan yang sama kepada Pak Lah. Tuduhan yang sama kepada Tunku Abdul Rahman. Tuduhan yang sama kepada DS Najib. Semua orang tidak betul. Tiba-tiba dia kata dia tak mahu maafkan DS Najib.

Bila masa DS Najib minta maaf pada dia? Dia sepatutnya minta maaf kepada DS Najib lagi adalah sebab tuduh macam-macam pasal 1MDB dan kata UMNO dihancurkan walhal UMNO tidak memihak kepada kehendak dirinya terus dia babitkan rakyat sekali.

Dia kena minta maaf kepada orang UMNO yang dia tipu berpuluh tahun sebab hari ini dia kata DAP baik. Hari ini dia perjudikan perjuangan orang Melayu dek kerana kuasa. Jadi sepatutnya siapa yang patut untuk tidak dimaafkan?

Melayu mudah lupa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, BERSIH dipertikai. Sekarang, merayu rakyat sertai BERSIH. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Soros dikritik, Sekarang, sertai demo yang dibiayai Soros.

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu lempar Anwar pelbagai tuduhan. Sekarang bersalaman bertukar senyuman, entah jujur atau tidak. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, bila ditanya pasal reformasi. Sekarang mengejar tepukan di pentas lawan.

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Mat Sabu dicaci dihina. Sekarang teman bergelak ketawa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu konon pejuang bangsa. Sekarang seganding musuh bangsa.

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu pertikai kewujudan Keadilan. Sekarang, mesra dengan kepimpinannya, siap sahut Bebas Anwar. Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa. Dulu, musuh dipersoal. Kini semeja, mengejar kuasa

K7L : Dia Melayu ke tidak?..

Penyokong Tegar Pembangkang Maki MB Selangor?



Salah seorang peserta demontrasi yang ditahan polis menyalahkan ‘Kerajaan Azmin Ali’ di sebalik insiden perobohan rumah bekas pegawai masjid di Lapangan Terbang Subang dua hari lepas.

Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Mohd Ismath berkata sebelum dia ditahan, dia terpaksa berhadapan dengan jentera Kerajaan Negeri Selangor dan FRU Polis Diraja Malaysia.

“Jika anda dapat merasa betapa kerasnya kayu cota.

“Ini hanya berlaku di zaman Kerajaan BN memerintah. Namun hari ini, didepan kami, pegawai KERAJAAN NEGERI, PEJABAT TANAH DAN MBSA serta FRU PDRM menunjukkan bukti kerajaan Azmin Ali arah terus roboh walau proses mahkamah masih berjalan,” tulis Khalid di laman Facebooknya.

Zakiyamani Yamani turut bersimpati dengan pena
hanan Khalid Ismath itu.

“Aku nak ucapkan tahniah kepada Khalid Mohd Ismath menjadi perjuang dan benteng rakyat yang dizalimi ….

“Apa yang aku faham di dalam kenyataan Khalid Ismath, Rara (Syefura Othman) dari DAP yang langsung tidak sensetif dengan nasib mangsa perobohan dan kezaliman kerajaan Selangor di bawah PH …

“Dari tweet Khalid jugak ada mengatakan Kerajaan Selangor mengarahlan polis bertindak dan memukul pendemo sehinggakan ada yang berdarah …..

“Sadis Pemimpin PAN menjadi bacul langsung tidak bersuara, terutama Mat Sabu , Salahuddin dan Khalid Samad , di mana mereka-mereka ini ketika ahli mereka sendiri dizalimi ??’

“PH Selangor Kejam !!,”katanya.



 



K7L : Apa sudah jadi?

Mahathir #TakTahu DAP Rasis Atau Tidak? @RazlanRafii Smash Mahathir!



Lebih 22 tahun, Dr Mahathir mendakwa menanam kebencian orang Melayu kepada DAP dengan pelbagai fakta dan ilmu politik yang akhirnya membawa kepada Peperangan Idealism melawan DAP.

Beliau tidak pernah ada rasa insaf walaupun bak kata pepatah melayu di hujung-hujung nyawa ni "rumah kata pergi, kubur kata mari “ dengan terus membuka ruang fitnah dan celaan malah tomahan demi untuk mencapai Syurga Dunia.

Bila terbaca kenyataan dan pengakuan beliau bahawa beliaulah yang PERSETANKAN DAP, tertanya dalam diri, apakah jenis manusia ini? akibat dari Persetankan DAP ini, Karpal, Lim Kit Siang dan ramai lagi pernah di Penjarakan oleh Dr Mahathir, dan beliau berkata hari ini, "semata-mata mahu kemenangan"
. - Razlan Rafii


Keris amat bersetuju dengan Saudara Razlan. Tun Mahathir seakan-akan lupa tentang apa yang dia pernah cakap dan perjuangkan dahulu. Tidaklah seburuk ayng disangka? Kenapa tidak katakan perkara itu ketika menjadi Presiden UMNO?

Inilah permainan politik yang tidak jujur. Dek kerana mahukan sokongan DAP semata-mata untuk melunaskan dendam dirinya. Kita dapat lihat beliau mengubah dialog-dialoh daripada benci kepada sayang sehingga mengelirukan rakyat.

Siapa sebenarya Mahathir Mohamed? Kini beliau dilihat terlalu terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan Orang Cina sehingga sanggup memperjudikan segala-galanya.

K7L : Umur dia berapa?..

09/10/2017

#RinduZamanTun - Video Ini Buat Orang Marah Kepada Najib Razak?


Tidak tahu samada rakyat Malaysia akan marah kepada DS Najib atau tidak kerana dalam video ini dipaparkan kisah yang berlaku pada Zaman Tun Mahathir. Kita bersyukur atau tidak terserah kepada diri masing-masing.



K7L : Bersyukur BN masih memerintah..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk