07/10/2017

Orang Yang Penjarakan Anwar Buat Solat Hajat Untuk Bebaskan Anwar?



Tidak mungkin untuk kita lupa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Mahathir Mohamad. Siapa yang mudah melupakan bagaimana mata kiri Anwar lebam selepas ditumbuk ketika ditahan polis.


Selepas dibicarakan Anwar dijatuhi hukuman penjara pada 1999, dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu tidak lain dan tidak bukan ialah Tun Mahathir.

Ia adalah detik mencetuskan reformasi dan bagi penyokong gerakan itu, Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab memenjarakan Anwar. Dari titik itu jugalah kelangsungan politik Anwar Ibrahim 'dibunuh' dan orang yang bertanggung jawab adalah Tun Mahathir.


Apa kata puak reformasi? 

K7L : Ibarat hantar santau dan doa supaya orang itu disembuhkan..

Penjawat Awam Komited - Malaysia Pelaku Global Part 1



Saya bersama ramai penjawat awam, dari Perlis hingga ke Sabah, menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam bagi Kali Ke-15, satu perhimpunan terbesar dan terpenting kepada Perkhidmatan Awam.

Dalam konteks negara ini, Malaysia semakin diakui sebagai antara Pelaku Global utama dunia, apabila Laporan Daya Saing Global 2017/2018 oleh Forum Ekonomi Dunia, meletakkan negara ini berada pada tempat ke-23 dari 137 buah negara, bagi ekonomi yang paling berdaya saing di dunia.

Malah, bukan sekadar itu sahaja, dalam laporan yang sama, Malaysia berada pada kedudukan ke-15 dalam senarai perbelanjaan Kerajaan yang paling efisien, mengatasi negara-negara Eropah dan Asia lain seperti Finland, China, Sweden dan Jepun.

Kesemua ini tidak akan berjaya dicapai, tanpa usaha gigih Kerajaan, yang semestinya ditonggak oleh para penjawat awam yang begitu komited menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka mendokong sekaligus menyokong Kerajaan dalam membangunkan negara.

Perkhidmatan Awam menjadi Jentera Perkhidmatan Utama untuk penyampaian dan pelaksanaan segala dasar serta inisiatif ‘The Political Master Of The Day’ atau kuasa politik yang memerintah secara sah.

Justeru, kita perlu menggarap baik-baik, terdapat persepsi atau kefahaman bahawa adanya pemisahan yakni, political master of the day tidak ada kena mengena dengan Perkhidmatan Awam, as some would say, the Political Master may come and go, but the civil service remain the same.

Sebaliknya, Kerajaan yang terbentuk daripada Jemaah Anggota Pentadbiran, sebenarnya satu hubungan hierarki dengan Perkhidmatan Awam, di mana, Kerajaan adalah penentu dasar pentadbiran negara dan dasar tersebut hendaklah dilaksanakan oleh Perkhidmatan Awam dengan berkesan untuk kebaikan negara seperti yang diperintahkan.

Antara pihak anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam adalah ibarat ‘aur dengan tebing’. Lantaran itulah, pepatah juga menyebut, jika ‘dicubit peha kanan, peha kiri pun terasa’. Ertinya, apabila pihak lawan atau pembangkang, memperlekeh, mentohmah atau memfitnah Penjawat Awam, maknanya cacian atau kata-kata nista itu, seumpama menghina secara langsung pihak Kerajaan secara keseluruhannya dan begitu jugalah sebaliknya.

Oleh sebab itulah, kita sama-sama berasa amat tersinggung dan marah, apabila terdapat sesetengah pihak khususnya dari pembangkang, yang sesuka hati menuduh kononnya perkhidmatan awam negara ini sebagai “bloated civil service” yakni sudah terlebih bilangannya, berbanding negara-negara lain di dunia dan jika mereka berkuasa, dengan angkuhnya, mereka mahu mengurangkan separuh daripada jumlah penjawat awam.

Sebenarnya, adalah tidak adil untuk membandingkan jumlah penjawat awam di negara ini dengan negara-negara lain kerana, takrifan penjawat awam di negara ini adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang meliputi sektor perkhidmatan kesihatan seperti doktor dan jururawat, anggota keselamatan termasuk tentera serta polis dan warga pendidikan yang merangkumi para guru.

Sedangkan, di sebahagian negara-negara lain, mereka tidak menghitung pekerja dalam sektor kesihatan, keselamatan dan pendidikan sebagai penjawat awam.

Bukan setakat itu sahaja, pihak pembangkang tergamak melabelkan penjawat awam dan memberi tanggapan negatif selain menyelar secara semberono bahawa, perkhidmatan awam ini sebagai ‘tidak cekap’, ‘makan gaji buta’ dan sungguh keterlaluan, apabila ada pemimpin pembangkang sanggup menghina penjawat awam sebagai ‘kucing kurap’.

Bayangkanlah, apa akan terjadi kepada untung nasib sebahagian besar penjawat awam, sekiranya pembangkang dibiarkan memerintah negara ini?

Ajaran agama pun menuntut agar kita bersyukur dengan nikmat yang sedang dikecapi dan tidak secara mudahnya, kita patut membiarkan tanahair bertuah ini jatuh ke tangan mereka yang tidak menghargai sumbangan dan susah payah para penjawat awam.

Kerana itulah, Kerajaan yang ada ini, sejak puluhan tahun, amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para Penjawat Awam yang telah sekian lama bersama pentadbiran Kerajaan, saling ganding-berganding, lengkap-melengkapi dan dokong-mendokongi.

Sebagai bukti bahawa Kerajaan yang ada, terutama sejak 8 tahun kebelakangan ini, telah berbuat pelbagai inisiatif dan sekian banyak penambahbaikan, demi membela kepentingan dan menjaga kebajikan penjawat awam, antaranya;

Pertama: Menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 7 peratus hingga 13 peratus pada tahun 2012.

Kedua: Menaikkan pencen minimum daripada 720 ringgit kepada 820 ringgit, bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 1 Januari 2012.

Ketiga: Mensetarakan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan ATM dan PDRM dengan Perkhidmatan Awam Am, selaras perubahan lapisan-lapisan gred jawatan atau gred gaji, pada 1 Januari 2013. Juga, pelaksanaan kenaikan pangkat anggota Polis dan Angkatan Tentera berpangkat Konstabel, Prebet dan Lans Koperal berdasarkan time-based.

Keempat: Penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 ringgit sebulan mulai Julai 2016.

Kelima: Melaksanakan dasar di mana pegawai lantikan kontrak yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dilantik secara tetap mulai 1 Julai 2016;

Keenam: Pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak 3 peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum;

Ketujuh: Memanjangkan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada Kumpulan Pelaksana bermula Tahun 2017 ini dengan peruntukan sebanyak RM15 juta; dan

Kelapan: Mewujudkan kaedah kenaikan pangkat secara time-based kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pegawai Perubatan.

Selain daripada penambahbaikan daripada segi struktur gaji dan perkhidmatan, Kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan dari sudut kebajikan penjawat awam. Contohnya:-

Pertama: Melancarkan Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M sejak tahun 2013, di mana sebanyak 200 ribu unit rumah akan disiapkan menjelang tahun 2020.

Kedua: Menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan-kawasan pinggir bandar;

Ketiga: Menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP minima kepada RM300 sebulan pada tahun 2015. Manakala, 25 peratus ITP turut diterima oleh penjawat awam yang mendapat kemudahan kuarters.

Tidak dilupakan juga, kepada para pesara, kita telah menaikkan kadar pencen terendah daripada RM720 pada tahun 2012, kepada RM950 ringgit sejak 1 Julai 2016 lalu.

Apa yang penting di sini, kesemua kemudahan dan imbuhan yang dinikmati oleh Penjawat Awam adalah kerana hubungan kerjasama yang kukuh di antara Kerajaan yang baik dan Perkhidmatan Awam yang cekap lagi efisyen.

Barulah wujudnya satu simbiosis yang mantap dalam memecut dan to leapfrog atau melonjakkan Malaysia supaya tersenarai dalam kelompok 20 negara termaju serta terbaik di dunia menjelang tahun 2050.

Seandainya, benar penjawat awam ini tidak cekap seperti yang dituduh, mana mungkin kita mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sebagai contoh, projek UTC dan RTC yang merupakan game changer dalam perkhidmatan awam, juga diakui Bank Dunia sebagai model terbaik perkhidmatan Kerajaan di dunia kerana mampu menjimatkan perbelanjaan Kerajaan sehingga dua bilion ringgit.

Jika dahulu, perkhidmatan memperbaharui pasport mengambil masa sehingga 10 hari bekerja, kini cuma memerlukan satu jam sahaja, berbanding di UK dan Australia misalnya, proses memperbaharui pasport mengambil masa selama tiga minggu. Malah, sistem pembaharuan pasport atas talian sedang melalui tempoh ujian. Inilah yang dinamakan inovasi dalam mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Dari aspek perkhidmatan kesihatan pula, hanya Malaysia sebuah negara yang berupaya menyediakan perkhidmatan dengan bayaran cuma satu ringgit, khususnya melalui Klinik 1Malaysia.

Di samping itu, melalui Projek Infra Rakyat MRT Laluan Sungai Buloh–Kajang, yang telah dapat disiapkan menepati jadual, telah dapat menjimatkan sebanyak RM2 bilion daripada kos asal pembinaan.

Ini merupakan “success story” bagi projek yang dibiayai secara langsung oleh Kerajaan. Struktur yang baik dari segi tadbir urus, pembiayaan, mahupun implementasi, ternyata menjadi critical success factors kepada projek MRT ini.

Manakala, terhadap Kerajaan pula, secara langsung, pihak tidak bertanggungjawab, khususnya pembangkang, tidak habis-habis menabur fitnah, menghasut dan memesongkan pemikiran dengan membuat tuduhan demi tuduhan yang tidak berasas, dengan niat yang jahat untuk menjatuhkan Kerajaan yang ada secara tidak demokratik.

Mereka juga menuduh kononnya, Malaysia adalah ‘A failed State’, yakni negara yang gagal dan bakal menjadi bankrap serta kedaulatan negara sedang dijual kepada beberapa kuasa besar asing seperti China, India dan Arab Saudi.

Terbaru, dituduh pula kita hendak menggadaikan negara kepada Amerika Syarikat, apabila kita menjalinkan hubungan baik dan perdagangan dengan negara berkenaan.

Jika benarlah Malaysia negara gagal seperti ditohmah, mengapa fakta menunjukkan sebaliknya yakni, KDNK negara berkembang pada kadar 5.8 peratus di suku kedua 2017 iaitu antara yang tertinggi di dunia?

Seterusnya, bagaimana pula dengan majalah antarabangsa Forbes telah meletakkan Malaysia pada kedudukan paling atas di antara semua negara Asia untuk pelaburan asing?

Waima, agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings juga mengekalkan penarafan kredit Malaysia dengan unjuran stabil pada skor A-?

Bahkan, kalau betul dakwaan pembangkang itu berasas, kenapa pula kedudukan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia kini bertambah mantap lagi kukuh kepada RM431.7 bilion berbanding hanya lebih kurang RM60 bilion sewaktu krisis kewangan Asia Tahun 1997/1998?

Jika Malaysia bukan negara berjaya, mana mungkin pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar atau UTC, menyediakan Pusat Khidmat Sehenti yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam, 7 hari seminggu, tiada lain seumpamanya di dunia?

Andainya lagi Malaysia sebuah negara gagal, bolehkah Majalah International Living memilih negara ini sebagai destinasi persaraan terbaik di dunia bagi tahun 2017?

K7L : Sambung nanti..

06/10/2017

1997 Anwar Tak Boleh! - 2017 Anwar Perlu Dibebaskan!


 

Keris tak mahu cerita banyak sangat. Tengok video di bawah : 


Sekarang dia siap pergi majlis solat hajat untuk bebaskan Anwar Ibrahim? Siapa yang main wayang ini? Siapa yang ditipu dan tertipu? Mahathir manusia yang buat apa sahaj untuk kuasa.

Sepanjang 22 Tahun dia menjadi Presiden UMNO, berapa ramai musuh dalaman yang dia 'create'? Berapa ramai Timbalan Presiden UMNO Bbertukar dek kerana dia?

K7L : Wayang apa ini?

Pembangkang Mahu Buang 700,000 Penjawat Awam Untuk Tampung GST?



Pada 3 Oktober 2017, Datuk Seri Najib telah mengumumkan beberapa berita baik akan diterima oleh penjawat awam untuk seluruh 1.6 juta penjawat awam dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.

Datuk Seri Najib juga menyatakan pembangkang di Malaysia menuduh penjawat awam di negara ini sebagai “bloated civil service’ atau terlebih bilangannya berbanding negara lain.

Pada 24 Oktober 2016, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara menyarankan agar kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bagi mengurangkan masalah lambakan penjawat awam.

Tony Pua menyifatkan jumlah penjawat awam di Malaysia adalah terlebih berbanding negara lain. Ahli Parlimen DAP itu bercakap demikian dalam satu forum berbahasa Mandarin bertajuk ‘Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Kalau penjawat awam yang sedia ada mahu disuruh duduk dirumah, siapa yang akan jadi penjawat awam kalau Pakatan Harapan berkuasa? Sudah pasti salah seorang yang akan masuk adalah Ustaz Wan Ji yang baru berkhidmat dengan Guan Eng di Pulau Pinang.

Inilah cadangan yang dibuat oleh DAP. Anggap penjawat awam di Malaysia yang jumlahnya 1.6 juta sebagai membebankan. Anggap peruntukan RM76 billion setiap tahun bagi gaji dan elaun kakitangan awam sebagai membebankan.

Malah Penang Institute yang dibiayai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pernah mencadangkan agar penjawat awam dibuang sejumlah 1.2 juta orang. Pada 22 Oktober 2016, ketika menganalisis “Bajet 2017”, Penang Institute menyatakan terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” kata Penang Institute.

Bermakna jika mahu kekalkan hanya 430,000 sahaja, maka sejumlah 1.2 juta orang penjawat awam akan kena buang kalau Pakatan Harapan berjaya masuk ke Putrajaya.

Antara perjuangan retorik dan 'umpan' undi dari Pakatan Harapan adalah mahu menggantikan 6 peratus kadar GST. Namun mereka tidak berani untuk hapuskan keseluruhan sistem cukai itu kerana mereka tiada plan kontigensi yang lebih baik.

Bila ditanya bagaimana hendak menggantikan hasil GST sejumlah RM41.2 bilion yang dikutip pada tahun 2016 kalau Pakatan Harapan memerintah, pembangkang gagal untuk memberikan sebarang alternatif.

Kalau dilihat dalam Bajet Alternatif yang dibentang pembangkang pada tahun lepas, semuanya ditulis “tiru” bajet yang dibuat oleh Barisan Nasional. Lihat pautan ini, bagaimana pembangkang membuat bajet yang fantasi dan menipu rakyat semata mata ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2016/10/bajet-beza-fantasi-pembangkang-dengan.html#.WdXgC8Zx3IU

Menurut sebuah laman blog pro pembangkang Suara Pakatan Harapan, setiap tahun kerajaan membayar sehingga RM72 bilion untuk gaji dan pencen seramai 1.7 juta orang. Jika 700,000 penjawat awam dipecat serta merta, kiraan kasar menunjukkan sejumlah RM36 Bilion boleh dijimatkan.

Mungkin inilah alternatif pembangkang mahu menampung hasil pendapatan negara melalui GST dengan mengorbankan hampir separuh penjawat awam yang ada pada hari ini. Dalam kiraan ini, tidak mustahil beberapa agensi yang sudah 'dalam senarai' pembangkang mungkin akan terus dibubarkan.

Agensi yang membuatkan Pakatan 'panas' adalah seperti JASA, JPAM, BTN, MARA, KEMAS, JAKIM, RELA dan beberapa lagi agensi akan dibubarkan untuk tampung kekurangan hasil GST. Jabatan Penerangan mungkin tidak akan dihapus kerana Ustaz Wan Ji akan duduk disitu menjadi Ketua Pengarahnya.

“Kakitangan awam tertinggi di dunia” kata Lim Kit Siang pada 24 Oktober 2013. Dalam Sinchew Daily News pada 1 November 2011, Tony Pua pernah berkata jika pembangkang dapat perintah kerajaan pusat, maka satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dilaksanakan bagi mengurangkan kakitatangan awam pada setiap tahun.

Betapa bencinya DAP terhadap kakitangan awam yang berada di Malaysia. Benarlah apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib, “Bayangkanlah apa akan terjadi kepada untung nasib sebahagian besar penjawat awam, jika pembangkang dibiarkan memerintah negara?”

“Sanggupkah anda mempertaruhkan masa depan sekalian dan anak cucu keturunan kita kepada pihak sedemikian” kata Datuk Seri Najib. Sudah pasti rakyat Malaysia tidak sanggup melihat kegilaan DAP untuk membuang penjawat amam ini menjadi kenyataan.

Ada yang cadang buang sampai 1.2 juta, ada yang cadang buang 700,000 orang dan ada yang kata suruh penjawat awam duduk rumah sahaja dan kemudian buang mereka. Hanya semata mata hendak tampung kekurangan hasil GST, maka penjawat awam kena buang oleh pembangkang. Jangan biar hasrat DAP ini tercapai.

Sumber : Beruang Biru

Azmin Ali Sah Bagi Approval Untuk Pesta Arak?


 

Penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang minggu depan boleh dibenarkan asalkan telah menepati syarat dan peraturan yang ditetapkan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sebelum ini pihaknya membenarkan program yang sama dijalankan kerana penganjur telah memenuhi syarat dan peraturan ditetapkan termasuk yang digariskan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Kita dah bagi approval awal lagi, bukan sahaja tahun ini tetapi tahun-tahun sebelumnya juga. Namun, approval itu diberi apabila penganjur mematuhi semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Wanita Berdaya Saing (IWB) dan Dasar Wanita Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai penganjuran pesta yang dinamakan 'Centro German F&B Party', yang turut menyediakan minuman keras atau arak, dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Okt ini. - Bernama


Nampaknya Azmin sudah check mate dalam hal ini. Sememangnya nada yang dikeluarkan menyokong pesta arak ini dilakukan. Orang-orang PAS yang selama ini mengangkat tinggi Azmin Ali sehingga mencadangkan beliau sebagai MB suatu ketika dahulu memakan diri.

Sebab itu bab pangkah dalam cerita P Ramlee dah cerita. Salah pangkah tahi yang kau dapat. Nampak semua indah belaka. Kini Azmin setuju pesta arak. Mahathir pun senyap. Muhyiddin dah macam tak ada dalam PPBM. Sekarang kita nak tengok pendirian PAS tegas atau tidak?

K7L : Yunus Hari senyap je?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk