06/10/2017

PPBM Dibubarkan Sebab Mahathir Nak Masuk DAP?


 

Selama Keris membesar di zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Tak pernah sedikit pun Keris mendengar dia memuji DAP dan Lim Kit Siang. Dari dulu tak pernah dengar dia puji.

Tapi dek kerana nak Melawan DS Najib Razak yang tidak memenuhi permintaannya, dia sanggup jilat kembali air liur yang telah diludahkan kepada DAP selama puluhan tahun. Apa punya dendam manusia bernama Mahathir ni.

Hari ini dia kata persepsi dia selama ini salah. Sama jugak dia kata Mat Sabu pun dia nilai dengan salah. Bodoh kalau siapa yang percaya. Sebab 22 Tahun benci dan suruh rakyat benci tiba-tiba kata selama ini salah?

Jadi perjuangan puluh tahun dalam UMNO salah? Hanya kerana benci dengan DS Najib Razak terus sayang DAP? Kalau betul persepsi itu salah. Kenapa tidak bubarkan sahaja PPBM dan sertai DAP?
K7L : Nyanyuk orang tua ni...

05/10/2017

PH Takut Nak Hantar Nama Calon Ke SPRM?


 

Pakatan pembangkang mengakui tidak menghantar senarai nama cadangan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mempertikaikan kewajaran untuk menghantar nama berkenaan kepada SPRM, berkata pakatan pembangkang mempunyai cara sendiri untuk menyaring calon parti masing-masing
.

Ini bermakna mereka seolah-olah tidak percaya dengan SPRM. Dan mengikut kata pihak SPRM, tiada paksaan tetapi sekurang-kurang BN berani hantar nama untuk disaring dan memastikan calon bebas rasuah.

Kita bukan cakap berdegar-degar mahu menentang rasuah tapi SPRM pun tak dipercayai. Ini soal ketelusan dan Keris yakin PH sendiri takut dengan bayang-bayang sendiri dalam isu saringan calon ini. 

Kalau tak ada buat salah buat apa nak takut? Ke takut kalau Azmin atau Lim Guan Eng tak dapat jadi calon sebab ada kes salahlaku rasuah di negeri mereka?

K7L : Takut mesti ada buat salah..

DAP Sifar Sultan Oleh Wan JI? - Apa Kata Orang Melayu?



DAP hari ini sedang menyusun orang-orang Melayu yang bersedia untuk di'anjing'kan untuk skrew orang Melayu. Sebab itu siapa yang dilihat sekufu dan sealiran dengannya mereka lantik.

Ana punya cita-cita, sekarang ni 2013 … (pada) 2030, “map” ana, Sultan tak ada, Sultan dah habis, Malaysia ni dah jadi Negara Republik. Sistem Presiden dah.

Itulah petikan dari satu rakaman video kata-kata Wan Ji yang merancang bahawa pada tahun 2030 nanti sistem Raja akan dihapuskan dan digantikan dengan sistem Republik.

Sekarang Wan Ji dilantik sebagai pegawai penerangan agama Kerajaan Pulau Pinang.

Tanggapan bahawa DAP memang mempunyai perancangan untuk menukar Malaysia menjadi sebuah Negara Republik telah lama wujud dan perlantikan ini membuat tanggapan itu semakin sukar untuk dinafikan.

 

K7L : Hilang akal budak Wang Jing ni..

DAP Tak Pernah Minta Maaf Pada Mahathir - Bersatu Demi Kuasa?



Tidak ada orang bolegh lupa yang Kit Siang pernah panggil Tun Mahathir sebagai orang nombor 1 paling rasis di Malaysia. Ada yang lupa?

“Our beloved former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said that in the next general election, the Malays would lose power if the PR forms the government.

“Imagine, a former Prime Minister, who ruled us for 22 long years, returning to politics as the number one racist in Malaysia,” kata Kit Siang pada September 2010 dalam satu ceramah kumpulkan dana kempen DAP di Bandar Menjalara di hadapan 1000 orang
(baca sini).

Dan Tun Mahathir juga berkali kali panggil Kit Siang dengan gelaran yang sama. Rasis. Mahathir juga ikrar tidak akan tarik balik kenyataan rasis itu dalam ceramah di Shah Alam pada 2013 (baca sini).

Tetapi itu semua hanya wayang. Pada 2 Oktober 2017, Tun Mahathir sudah pecah rekod peribadinya. Jejak kaki buat pertama kali ke pejabat DAP. Pejabat yang dikatanya dihuni oleh orang orang yang rasis yang dia sebut sejak dahulu lagi.

Menariknya, DAP tidak pernah tarik balik dan minta maaf kepada Mahathir mengenai kenyataan rasis dan sebagainya. Mahathir yang terpaksa menyerah diri kepada DAP. Dalam situasi ini, nampak tidak siapa yang peralatkan siapa?

K7L : Ini semua dinasor politik!

03/10/2017

Datuk Rizal Mansor Terus Sindir Rafizi - Bila Rafizi Nak Saman DRM?




Walaupun diugut untuk disaman oleh Rafizi Ramli, namun Datuk Rizal Mansor terus menyindir Naib Presiden PKR itu. Kali ini Pegawai Khas Perdana Menteri itu mempersoal dokumen aliran bayaran gaji kakitangan Invoke yang tidak masuk akal.

Katanya, adalah memalukan apabila mendedahkan kebodohan sendiri tentang gaji kakitangan Invoke yang tidak masuk akal dimana bayaran gaji bulan Oktober telahpun dibuat pada 11 September.

Sumber daripada 
watan-online : 

“Rafizi ada buat sidang media dan menujukkan segala dokumen-dokumen (aliran kewangan Invoke yang dibayar melalui syarikat KEIP Resources Sdn Bhd), satu dokumen yang ditunjukkan dimana tarikh invoice pada 22 Oktober, malah semalam baru 28 September dan bayaran gaji bulan Oktober dibuat pada 11 September sangat tidak masuk akal biasanya gaji dibayar pada bulan yang sama ini bulan baru masuk belum masuk lagi tapi gaji dah siap bayar memang hebat Rafizi ini.

“Hebatkan Rafizi ini baharu 11 september dah bayar gaji Oktober, dahsyat tak kerja seorang akauntan bertauliah, yang buat vaucher Rafizi, disemak Rafizi dan disahkan akauntan yang juga nama Rafizi dan diaudit oleh YB Rafizi Ramli.

“Bagi saya orang ini kalau dia nak menipu dia akan makan diri, menerusi dokumen yang ditunjukkan Rafizi semalam Rafizi mengesahkan dia seorang penipu,” sindir Rizal dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.


Menerusi sidang media semalam Rafizi menafikan tuduhan kononnya beliau tidak jujur dan mencuri wang rakyat melalui badan kaji selidik Invoke. Dan hanya perkataan bodoh paling banyak disebut oelh Rafizi sepanjang sidang media itu berlangsung.

Datuk Rizal berkata beliau terbuka dan menghormati hak Rafizi dan sedia berdepan tindakan saman. Jadi adakah Rafizi berani untuk saman Datuk Rizal Mansor?

K7L : Takut kantoi?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk