25/03/2015

Kantoi! Rafizi Ada Bercakap Dalam Ceramah Tertutup Pasal GST Bagus!



"Kita tak tentang GST" - Rafizi Ramli 

Jeng Jeng Jeng.. Nampaknya Rafizi Rali daj terkantoi. Video dia sendiri yang bercakap pasal GST itu baik untuk dilaksanakan telah pun tersebar. Dia sendiri akui tidak menentang GST.

Habis apa sebenarnya agenda Rafizi? Ya! Yang ditentang adalah UMNO/BN yang ingin membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. Disebabkan perkara itu baik dan Rafizi pun tahu, maka mereka jadikan alasan GST untuk memburukkan keadaan.

Seiring dengan kenaikan harga barang yang tidak masuk akal oleh beberapa pembekal jahat biarpun sebelum GST dilaksanakan, maka peluang ini diambil untuk negatifkan pemikiran rakyat walhal Rafizi tahu kebaikan GST.

"Kita KIV dulu GST" - Rafizi Ramli

Sebab itu ketika Debat GST antara Rafizi dan Lokman Adam, Rafizi hanya bercakap dalam ilusi persepsi semata-mata tanpa fakta berbanding Lokman Adam yang memberi penerangan siap slaid.

Kenapa Rafizi pernah kata KIV GST? Cita-cita mereka untuk laksana GST jika Pakatan menang PRU13 yang lalu, kerana kredit kebaikan GST akan menjadi punca mengukuhkan kedudukan Pakatan. 

Apa yang mengecewakan dirinya, Pihak Kerajaan sendiri telah memulakan langkah tersebut. Sebab itu dari positif, Rafizi berusaha keras untuk menjadikan ianya negatif. Apapun kita tunggu minggu hadapan.

K7L : Rafizi tak nak jawab ka video ini?..

Siri Mengenal Penjenayah Malaysia - Part 1 Botak Chin


Mungkin ada yang berfikir untuk hidup bebas dan lalai. Mungkin ada yang hendak lari dari sistem hidup berTuhan. 

Hasilnya tentulah sulit dalam memilih mana yang sepatutnya kerana nafsu akan mengajak ke arah kejahatan. Apa-apapun eloklah baca paparan berikut. Kisah 10 orang penjenayah dan akibat yang mereka tanggung sepatutnya dapat menginsafkan anak cucu semua agar pandai memilih jalan kehidupan. 


Botak Chin 

Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya. Botak Chin tidaklah berkepala botak sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) Kerja (TAK) CHINA (Chin) atau 'jobless chinese'. 

Pada tahun 1967, Botak Chin mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah seperti merompak dengan menggunakan senjata api yang dirampas oleh kumpulannya atau dibeli di Thailand dengan menggunakan wang hasil dari rompakkannya. 

Pada September 1969, dia mula menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun. November 1974 selepas dibebaskan dari penjara dia memulakan kehidupan baru sebagai sebagai penjual sayur tidak ianya langsung tidak memuaskan hatinya. 

Oleh itu, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Kegiatan rompakan oleh mereka semakin aktif seperti di pusat perjudian haram di Sentul, sebuah bank di Jalan Imbi Kuala Lumpur, kuil Cina di Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur, sebuah bar di Sentul, di Kelab Kereta api Sentul dan juga di Kelab Lumba Kuda sekitar Kuala Lumpur. 

Segala hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Kedudukannya sebagai ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri, Ah Wong, dan Ketua Geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek. Kedua dua mereka ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. 

Orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. 

Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga berjaya merampas senjata api, peluru dan bom. Pada 22 November 1975, kejadian berlaku di malam hari. Sebuah kereta Datsun hijau yang dinaiki oleh Botak Chin dan ahli gengnya yang lain mengekori rapat sebuah kereta yang dinaiki oleh pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam. 

Pegawai berkenaan adalah sasaran mereka. Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ DSP S Kulasingam. 

Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam. 

Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu. Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. 

Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin. 

16 Februari 1976, episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin. 

Sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan. Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. 

Dengan pantas pihak polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang dan berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis, masing masing melepaskan tembakan. Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Manakala pengikut pengikutnya yang lain telah mati ditembak. 

Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu. Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali. Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. 

K7L : Jadikan sempadan bukan idola ye adik-adik...

24/03/2015

Nik Amar Akui PAS Sudah 'Lama' Bersendiri Dalam PAKATAN?


 

Kisah sedih PAS yang diibaratkan keldai yang menjadi tunggangan DAP-PKR tidak ramai yang tahu. Hari ini kem Ulama PAS telah mendedahkan satu persatu. Semua ini berlaku setelah perjuangan lama PAS sudah semakin pudar. 

Sejak Pakatan mula terbentuk apabila Anwar Ibrahim dilepaskan, PAS sudah dipandang rendah. Walhal kekuatan Pakatan sebenarnya terletak pada PAS yang mempunyai ahli berkali ganda berbanding PKR-DAP.

Boleh dikatakan beberapa kawasan Parlimen yang dimenangi oleh DAP-PKR memang dengan bantuan undi ahli PAS. Itupun kalau orang PAS sedarlah. Kalau tidak masakan PKR boleh menang?

Tapi dalam beberapa siri penting Pakatan, PAS seolah disisihkan. Benar kata Nik Amar, mereka jemput PAS bila perlu sahaja. Contoh mereka perlu ketika Demonstrasi sebab PAS paling jumud.

Akibat kebiasaan itu ada beberapa pemimpin kanan Parti PAS telah bersuara untuk kembali berjalan sendiri. Namun masih ada beberapa orang, 7 daripadanya adalah Ahli Parlimen PAS telah dijanjikan bulan dan bintang membuatkan mereka menentang PAS dari dalam.

Apakah nasib PAS selepas ini? Beranikah PAS membuat perjalanan sendiri seperti suatu ketika dahulu? Atau hulurkan semula tangan untuk bersama dengan Barisan Nasional? 

K7L : Siapa tahu?..

Cina Yang Mengaku Melayu Dalam DAP Diarah Burukkan Imej Hadi Awang?


 

Serangan habis-habisan daripada dalam PAS sendiri masih belum cukup untuk menumbangkan Haji Hadi daripada terus kekal sebagai Presiden PAS. Jadi Pakatan yang teringin melihat Hadi jatuh kerana menjadi batu penghalang atas beberapa perkara, menggunakan taktik lain pula.

Selain daripada tekanan dalaman, DAP mengarahkan ahlinya yang bukanlah Melayu tulen tetapi bernama seperti Melayu  untuk menghentam dan memburukkan imej Haji Hadi. DAP yang telah ditanam didalam kepala ahli PAS sebagai 'yang bagus' kemungkinan akan terpengaruh.

Tetapi apa kaitan masa depan Pakatan dengan kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden PAS? Seperti Keris katakan, akar-umbi PAS mudah dipergunakan jadi mereka ingin ganti Presiden PAS kepada orang yang akan sentiasa tunduk kepda PKR-DAP.

Lihat sendiri kedudukan Hadi Awang sememangnya dalam bahaya. Kemungkinan PAS bukan lagi parti Islam tetapi parti sekular yang berfahaman liberal biarpun beragama Islam. Keterbukaan melampau yang akan PAS hadapi telah pun terlihat sedikit demi sedikit.

Apabila wujudnya PasMa, itu petanda PAS sedang menuju kehancuran. Tetapi puak satu lagi telah bersedia untuk 'menghancurkan' PAS kemudian 'membina' semula dengan cepat. Berbeza dengan puak Ulama yang menyokong Hadi Awang.

Apapun kita akan lihat lebih ramai lagi yang 'menyumpit' Hadi Awang supaya beliau tidak bernafas ketika pemilihan PAS kelak. Apa agaknya yang akan berlaku? Pemilihan paling menarik dalam PAS sejak 2002 akan berlaku.

K7L : Guna Melayu untuk bunuh Melayu.. 

Kerajaan Malaysia Berhutang! Malaysia Dalam Bahaya? - Part 1







K7L : ada sambungan lagi..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk