24/03/2015

Nik Amar Akui PAS Sudah 'Lama' Bersendiri Dalam PAKATAN?


 

Kisah sedih PAS yang diibaratkan keldai yang menjadi tunggangan DAP-PKR tidak ramai yang tahu. Hari ini kem Ulama PAS telah mendedahkan satu persatu. Semua ini berlaku setelah perjuangan lama PAS sudah semakin pudar. 

Sejak Pakatan mula terbentuk apabila Anwar Ibrahim dilepaskan, PAS sudah dipandang rendah. Walhal kekuatan Pakatan sebenarnya terletak pada PAS yang mempunyai ahli berkali ganda berbanding PKR-DAP.

Boleh dikatakan beberapa kawasan Parlimen yang dimenangi oleh DAP-PKR memang dengan bantuan undi ahli PAS. Itupun kalau orang PAS sedarlah. Kalau tidak masakan PKR boleh menang?

Tapi dalam beberapa siri penting Pakatan, PAS seolah disisihkan. Benar kata Nik Amar, mereka jemput PAS bila perlu sahaja. Contoh mereka perlu ketika Demonstrasi sebab PAS paling jumud.

Akibat kebiasaan itu ada beberapa pemimpin kanan Parti PAS telah bersuara untuk kembali berjalan sendiri. Namun masih ada beberapa orang, 7 daripadanya adalah Ahli Parlimen PAS telah dijanjikan bulan dan bintang membuatkan mereka menentang PAS dari dalam.

Apakah nasib PAS selepas ini? Beranikah PAS membuat perjalanan sendiri seperti suatu ketika dahulu? Atau hulurkan semula tangan untuk bersama dengan Barisan Nasional? 

K7L : Siapa tahu?..

Cina Yang Mengaku Melayu Dalam DAP Diarah Burukkan Imej Hadi Awang?


 

Serangan habis-habisan daripada dalam PAS sendiri masih belum cukup untuk menumbangkan Haji Hadi daripada terus kekal sebagai Presiden PAS. Jadi Pakatan yang teringin melihat Hadi jatuh kerana menjadi batu penghalang atas beberapa perkara, menggunakan taktik lain pula.

Selain daripada tekanan dalaman, DAP mengarahkan ahlinya yang bukanlah Melayu tulen tetapi bernama seperti Melayu  untuk menghentam dan memburukkan imej Haji Hadi. DAP yang telah ditanam didalam kepala ahli PAS sebagai 'yang bagus' kemungkinan akan terpengaruh.

Tetapi apa kaitan masa depan Pakatan dengan kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden PAS? Seperti Keris katakan, akar-umbi PAS mudah dipergunakan jadi mereka ingin ganti Presiden PAS kepada orang yang akan sentiasa tunduk kepda PKR-DAP.

Lihat sendiri kedudukan Hadi Awang sememangnya dalam bahaya. Kemungkinan PAS bukan lagi parti Islam tetapi parti sekular yang berfahaman liberal biarpun beragama Islam. Keterbukaan melampau yang akan PAS hadapi telah pun terlihat sedikit demi sedikit.

Apabila wujudnya PasMa, itu petanda PAS sedang menuju kehancuran. Tetapi puak satu lagi telah bersedia untuk 'menghancurkan' PAS kemudian 'membina' semula dengan cepat. Berbeza dengan puak Ulama yang menyokong Hadi Awang.

Apapun kita akan lihat lebih ramai lagi yang 'menyumpit' Hadi Awang supaya beliau tidak bernafas ketika pemilihan PAS kelak. Apa agaknya yang akan berlaku? Pemilihan paling menarik dalam PAS sejak 2002 akan berlaku.

K7L : Guna Melayu untuk bunuh Melayu.. 

Kerajaan Malaysia Berhutang! Malaysia Dalam Bahaya? - Part 1







K7L : ada sambungan lagi..

23/03/2015

Kenapa Khalid Samad Nak Sangat Hadi Kalah Dalam Pemilihan PAS?


 

Nampaknya usaha menjatuhkan Hadi daripada terus kekal menjadi Presiden PAS semakin agresif. Ramai 'jurucakap-jurucajap' telah pun mula mempengaruhi ahli-ahli PAS untuk melakukan revolusi baru terhadap PAS.

PAS yag baru tidak sama macam yang dahulu. Impian 'Revolusi PAS' ini bukan baru dirancang hari ini tetapi sejak 2002 lagi ketika Mat Sabu mula tunjuk taringnya dengan anak-anak buah yang bersabar untuk naik.

Kini mereka ingin PAS menjadi satu parti yang berasaskan Islam yang hanya di atas kertas. Sementelahan 'Sami'na Wa ato'na' ahli PAS juga sedang menebal. Apa sahaj pemimpin PAS buat mereka akan turuti.

Tetapi apakah selepas ini mereka akan 'ikut' kehendak puak liberal PAS yang sudah susun chai mereka bagi menghadapi pemilihan kelak. Apapun kita tengok sahajalah sarkis yang telahpun dijangka.

Keris tak pelik pun sebab memang ramai yang bercita-cita besar. Tinggal akar-umbi sahaja untuk pakai otak atau tidak.

K7L : Padan muka PAS?..

MP Kota Melaka Salahkan Pembalakan Nga-Ngeh Di Kelantan Punca Banjir?



Dalam keadaan pemimpin di Kelantan saling menuding jari mengenai isu pembalakan yang menjadi punca banjir 'merah' yang melanda negeri itu, Ngeh dan Nga pula lebih selesa mengunci mulut.

Tidak ramai sedar bahawa Nga dan Ngeh pernah membuat pengakuan terlibat dalam projek pembalakan melibatkan lebih 4,000 hektar di Gua Musang - antara kawasan paling teruk terjejas akibat banjir baru-baru ini. Dua sepupu itu tampil membuat pengakuan selepas mereka diasak bertubi-tubi di media berhubung pemberian tanah di Kelantan yang dikaitkan sebagai kompromi bagi membolehkan pemimpin Pas dilantik sebagai MB Perak ketika PR menang pada PRU12.

Portal The Malaysian Insider kelmarin memetik kenyataan Pakar perhutanan, Lim Teck Wyn yang mendedahkan bahawa kejadian banjir buruk di Kelantan antara lain berpunca daripada pembersihan hutan secara besar-besaran bagi projek tanaman klon balak (LTC).

Tahukan rakyat Kelantan bahawa Pada 2012, Ngeh dan Nga mengaku bahawa syarikat mereka, Upayapadu Sdn. Bhd terlibat dalam projek penanaman klon balak (LTC), tetapi enggan mendedahkan butiran terperinci penglibatan mereka dengan alasan "melindungi anak guam mereka" dipercayai taukeh-taukeh yang turut terlibat dalam projek itu.

Ramai juga tidak sedar bahawa Upayapadu Sdn. Bhd itu adalah syarikat yang juga kroni kepada pemimpin PAS, Husam Musa yang sebelum ini adalah exco paling kanan dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Menariknya, dalam keadaan DAP membisu seribu bahasa, Husam mengambil jalan mudah menyalahkan TNB sebagai punca banjir sebelum dimalukan dengan kenyataan TNB yang mematahkan hujah dangkal dari Husam.

Wajarkah, pemimpin DAP bersama taukeh-taukeh balak dibiar mengaut kekayaan dengan menjarah hutan Kelantan sehingga mengundang bencana dahsyat; dan apabila berlakunya banjir, mereka buat-buat tak tahu dan tidak memberi satu sen pun hasil keuntungan syarikat mereka untuk membantu rakyat Kelantan yang kehilangan harta dan tempat tinggal?

Wajarkah, menyalahkan TNB dan Thailand walaupun sudah lagi bersuluh kegiatan pembalakan yang turut didalangi pemimpin DAP adalah antara punca tragedi banjir yang bukan sahaja meragut nyawa orang Kelantan, malah menyebabkan perkampungan mereka musnah sama sekali?

Sehubungan itu, Rakyat Kelantan mahu tahu:

1) Berapa banyak telah dibayar oleh Nga dan Ngeh untuk membeli Upaya Padu Plantation?

2) Sila sahkan 10,526 ekar tanah yang dianugerahkan kepada syarikat mereka berada di kawasan Gua Musang?

3) Sejak April 2012, adakah syarikat itu terlibat dengan penebangan balak dan pembersihan hutan di kawasan hutan simpan utama?

4) Jika ya, berapa banyak kawasan telah dibalak dan berapa banyak hasil daripada pembalakan ini?

5) Adakah syarikat mereka telah memulakan penanaman semula dengan LTC? Jika ya, di mana kawasan tanah yang ditanam semula setakat ini?

6) Adakah larangan parti DAP terhadap wakil-wakil rakyatnya daripada menjalankan perniagaan masih sah dan mengapa anda berdua dikecualikan daripada peraturan ini?

Ngeh Koo Ham mengaku terlibat projek pembalakan di Kelantan
http://www2.bharian.com.my/…/ProjekpembalakandiKel…/Article/

Aktivis alam sekitar sahkan banjir Kelantan disebabkan projek tanaman klon balak (LTC)
http://www.themalaysianinsider.com/…/adakah-projek-penguran…

Video: Pendedahan kemusnahan hutan akibat penarahan di Kelantan
https://www.facebook.com/rojakmalaya/posts/326600464197087

Tetapi kedua-dua mereka telah menafikan mereka menjadi punca, Tetapi MP Kota Melaka dah mengaku. Apa cerita?

K7L : DAP sesama sendiri pulak killing each other?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk