12/03/2015

Azmin Gagal Kata Ongkili - Rakyat Selangor Akan Menderita Lagi?


 

Kementerian Tenaga, Tek­no­logi Hijau dan Air menyi­fat­kan Menteri Besar Sela­ngor, Mohamed Azmin Ali cuba mengelirukan rakyat apabila me­nuduh kononnya Kerajaan Pusat melanggar perjanji­an utama berhubung pro­jek penstrukturan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebaliknya berkata, pe­nangguhan projek tersebut berpunca da­­­ripada kegagalan kerajaan ne­­geri me­laksanakan tiga syarat permulaan (condition precedent) untuk memastikan per­­janjian yang ditandatangani pada 12 September tahun lalu di an­tara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dapat dilaksana­kan.

Beliau berkata, kegagalan pertama adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada PAAB untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM168 bili­on bagi membantu kos pengambilalihan syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Sya­bas), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass).

Katanya, kegagalan kedua adalah Air Selangor masih belum me­­nyelesaikan urusan pindah mi­lik aset air syarikat konsesi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat tersebut oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.

“Yang ketiga, Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada PASSB mengikut Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006).

“Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian ha­nya boleh berlaku apabila perjanjian itu sudah dikuatkuasakan. Memandangkan kerajaan negeri masih memerlukan tempoh panjang bagi selesaikan, pihak-pihak kepada perjanjian utama telah setuju lanjutkan tempoh itu sebanyak tiga kali.

“Isu-isu tersebut se­patutnya diselesaikan se­­belum 11 November 2014 tetapi Selangor masih gagal selesaikan sehingga tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac (semalam). Jadi bola itu berada di gelanggang anda Menteri Besar Se­langor, bukan di gelanggang kami,” katanya ketika menjawab soalan Mohamed Azmin (PKR-Gombak) berhubung komitmen Pusat untuk menyelesaikan masalah air di ketiga-tiga negeri dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Maximus berkata, Kerajaan Pu­­sat bekerja keras memastikan pen­strukturan semula bekalan air dapat dilaksanakan melalui 32 perte­muan dengan kerajaan negeri selain bersetuju menandatangani beberapa perjanjian termasuk melibatkan syarikat konsesi.

Jelasnya, persetujuan juga dibe­rikan untuk kerajaan negeri me­ngambil alih perkhidmatan bekalan air daripada Syabas, PSNB, Abass dan Syarikat Pengeluaran Air Su­ngai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).

“Malah Kerajaan Persekutuan melalui PAAB juga menyediakan peruntukan sejumlah RM2 bilion bagi membantu kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat kon­sesi tersebut,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Maximus berkata, gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sepatutnya pulih pada 2017 dijangka berlarutan berikutan beberapa tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor yang menyebabkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan.

“Saya dimaklumkan bahawa kelewatan ini berlaku kerana ke­rajaan negeri telah mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempat­an menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji tersebut sehingga penstrukturan semula di­muktamad­kan,” tegasnya.

Tambahnya, dari segi ekonomi, gangguan bekalan air yang berterusan menyebabkan proses pengeluaran permit kepada kira-kira 500 syarikat luar negara yang mahu melabur di Selangor terpaksa ditangguhkan. - Utusan



K7L : Kesian rakyat Selangor...

PAS-DAP Bergaduh Lagi - Lim Lip Eng Biadap Kena Sembur Dengan Dr Abu Bakar?


 

Apa lagi masalah puak DAP ni? Kerja asyik nak timbulkan kemarahan orang Islam di Malaysia. Apa sebenarnya yang mereka mahu? Timbul banyak persoalan dalam kepala Keris.

Apa kena mengena Ahli Parlimen Segambut dengan undang-undang dekat Terengganu? Apa yang dia sibuk sangat ek? Keris tengok mamat ni seolah-olah 'diarahkan' untuk menimbulkan ketegangan bab hukum Islam.

Yang dia sibuk sangat kenapa? Bukna orang DAP pun yang kena. Kenapa Kelantan yang dah lama buat dia tak kacau? Apa yang Terengganu buat tu dah betul. Bila kurang orang pakai seksi maka kuranglah maksiat. 

Yang dia sibuk apahal? Yang jadi lagi best. Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu pun dah sound dia. Nasib baik PAS Terengganu ada telur! Mana pergi pemimpin PAS yang lain?

Kata perjuangkan Islam. Ni DAP dok ganggu pasal pelaksanaan undang-undang syariah apa kes? Masih nak mendiamkan diri? Apapun DAP kalau berani sangat pergi maki Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS.

Segambut pun orang tengah cari ahli Parlimen dia. Datang bila nak pilihanraya sahaja. Sekarang kalau cari diam lagi-lagi kalau yang mintak tu daripada orang PAS. Ingat DAP nak tolong ke orang PAS kat Segambut? 

Bodoh kalau ada Melayu bagi undi kat DAP sebab mereka nak hancurkan hak bumiputera. Kalau itupun tak faham tak tahulah.

K7L : Sibuk sangat pasal negeri orang kenapa? 

Apa Masalah FourFourTwo Siar Kenyataan Pasal Non-Malay Malaysia Team? @KhairyKJ




Sumber : 442


Ini yang menjadi masalah. Kenapa tiba-tiba ada orang cuba timbulkan masalah ini. Hallo! Its all about Patriotism and Nationality. Malaysia tak beli pemain luar untuk main bola kat negara sendiri. 


Sudahlah 'diusik' pasal bangsa dalam bolasepak, diusik juga gelaran Harimau Malaya. Apa masalah? Cakap banyak tak guna. Keris tanya salah seorang daripada Ultras Malaya untuk jawab. 

Katanya :

Pendapat aku untuk tukar gelaran Harimau Malaya ke Harimau Malaysia adalah tidak wajar. Kita telah sinonim dengan gelaran Harimau Malaya. dengan gelaran sahaja sudah menjadikan pasukan itu gah dan garang untuk psyko pihak lawan. perkara melibatkan tidak racist nak mengatakan dalam team lebihnya bangsa melayu dari bangsa2 yang lain. 

Dimana situ yang terbaik maka itulah pemain yang dipilih untuk menyarung jersi kebangsaan. dari aspek lain mengatakan dengan gelaran Malaya ini akan menyisih penyokong erti lainnya masyarakat sabah dan sarawak. ianya tidak benar, dalam Ultras Malaya penyokong sabah dan sarawak sentiasa turun ke perlawanan Malaysia bergabung dengan semua negeri menjadi 14 dan satu2nya pemain ke 12 HARIMAU MALAYA. SELAMAYA SELAMANYA HARIMAU MALAYA, TAKKAN ADA TAKKAN ADA, HARIMAU MALAYSIA !

K7L : Jadi apa masalah?..

11/03/2015

Nik Abduh Ejen UMNO Dalam PAS? - Propa PASMA Bunuh Imej Ulama PAS?


 

Belum apa-apa lagi tapi dah nampak kasar pemilihan PAS kali ini. Tiba-tiba Keris teringat kisah seorang calon Ketua Dewan Pemuda PAS yang disamakan dengan Anjing. Gila dan jijik juga puak PAS yang disangka baik ini.

Sanggup berfitnah bagai untuk jawatan. Tak kira lagi yang sogok duit dan perempuan. Jangan lupa ya yang puak Ulama dalam PAS semakin pupus. Dan terbaru satu demi satu dibunuh imej bersih mereka.

Nik Abduh contohnya kini dituduh sebagai Ejen UMNO yang bercakapa seolah-olah berpihak kepada UMNO. Dia dituduh bila difahamkan sudah tidak mahu lagi bersama dengan Pakatan.

Bimbang pengaruh Anak Allayarham Nik Aziz ini memberi kesan, maka mereka bunuh imejnya siap-siap. Ditanam dalam kepada setiap satu Ahli PAS, Nik Anduh ejen UMNO. Semuanya kerana tidak mahukan Nik Abduh menang Naib Presiden PAS yang akan memberi persaingan sengit sekiranya dia bertanding.

Apapun kita tunggu dan lihat. Apakah ahli-ahli PAS sayangkan Haji Hadi atau Mat Sabu. Samada mereka memilih perjalanan orang dulu (ulama) yang menjadi pembangkang check and balance ataupun memilih perjalana profesional PAS yang lebih terarah kepada anarchist dan liberalisme.

K7L : Tak lama dah...

Kota Bharu Sengaja Calonkan Tuan Ibrahim? - Sarkis PAS Sudah Bermula! Yuhuuuu



Keris dapat maklumat dari Pantai Timur. Memang ada pihak yang sengaja minta PAS Kota Bharu calonkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Presiden PAS. Namun semalam Tuan Ibrahim sendiri dah kata dia menolak.


Ironinya, kenapa ada pencalonan dah? Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Ya! Tikam menikam sudahpun bermula. Ada yang sudah berani menunjukkan 'Side' mana yang mereka pilih.

Mereka tiada Team A atau Team B tetapai mereka ada puak mereka tersendiri. Sebenarnya PAS berpecah kepada 6 kumpulan. Siapa yang dapat memegang 4 daripada 6 tersebut akan menguasai PAS.

Apapun sarkis telah pun bermula. Kerana hajat PasMa yang mahukan Haji Hadi dilantik sebagai Mursyidul AM PAS, iaitu kerusi beku bagi ahli PAS (sebab tak boleh bertanding dan lantikan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS setiap lima tahun) ternyata gagal.

Ustaz Harun Din telah dipilih oleh Syura, bermakna Plan A untuk tumbangkan Hadi telah digagalkan. Nampaknya sudah mula panas. Tunggu! Ada lagi kejutan dari puak ulama PAS yang menggigit jari.

K7L : Makan Popcorn!.. mana DAP?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk