04/03/2015

DAP-PAS Terus Bertegang Leher Pasal Hudud - Rakyat Kelantan Nak Cakap Apa?

.
Sampai bila agaknya PAS hanya ingin menikus dalam isu hudud di Kelantan. Dulu kata UMNO tak setuju, sekarag UMNO Kelantan setuju malah menyokong hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.

Apa lagi PAS mahu. Kalau ikut syarat buat sahajalah. Kenapa Keris nampak masih ada orang dalam PAS pula yang 'memberontak' dalam isu hudud? Kelihatan juga DAP memberi tekanan supaya PAS jangan buat.

Kata DAP ia tidak masuk dlam perjanjian bersama. Habis kenapa PAS asyik main isu hudud sejak dulu? Apakah dibuat semata-mata untuk dapat undi sahaja? Kata PAS nak bawa ke Parlimen. Tapi Keris rasa lebih baik bawa ke Sidang DUN Kelantan sahaja.

Laksana dan jadilah negeri contoh. Apa sebenarnya yang susah sangat? DAP dominasi sidang DUN Negeri Kelantan ke apa sekarang ni? Ke sibuk fikir pasal Dasar Bersama dalam Pakatan?

'Dasar Bersama' ini sebenarnya hanya merupakan satu pembohongan yang cuba memperbodohkan rakyat. Realitinya, dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan :



Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik
dan

Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'


Bukankah terdapat beberapa Perkara termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang dipertikai oleh dasar parti DAP dan sekaligus membuktikan pembohongan 'Dasar Bersama' Pakatan Pembangkang?

Perkara 89 

Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang menjadi tanah rezab orang melayu sebelum sahaja hari merdeka mengikut undang-un dang yang ada maka tanah itu boleh terus menerus menjadi tanah rezab orang melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya di peruntukkan oleh badan perundangan negeri itu dengan suatu Enakmen 

Perkara 90 

Peruntukan khas mengenai tanah adat di negeri Sembilan dan Melaka dan tanah pegangan orang Melayu di Terengganu. 

Jadi selama ini PAS kena tipu atau kena tunduk dengan dasar bersama? Kenapa tidak berterus terang dengan rakyat Kelantan khususnya akan perkara ini? Apapun Keris memang nak sangat lihat Kelantan amalkan hudud.

Kalau dekat negeri yang diperintah PAS sendiri pun DAP yang 'kawal'. Agak-agak tempat lain PAS jadi apa? Sampah?

K7L : Semoga Kelantan berjaya lepasi halangan DAP..

PKR Permatang Pauh Tutup Tulisan Jawi Untuk Ampu Guan Eng?



Benda ini berlaku pada hari raya cina yang lepas. Tindakan kurang ajar PKR Pulau Pinang kerana sanggup menutupi 'board' milik Islam yang penuh dengan kesenian khat hanya semata-mata mahu mengampu kerajaan DAP negeri, mendapat kecaman penduduk setempat.

Walaupun masih ada ruang lain untuk 'billboard' tersebut diletakkan, penyokong PKR tetap juga mahu meletakkan banner mereka di situ tanpa memperdulikan tulisan jawi dibelakangnya.

Mengapa perlu melindungi kesenian Islam tersebut? Adakah tulisan selamat tahun baru Cina dalam tulisan Cina ini lebih keseniannya dari tulisan khat? Bukahkah ini satu tindakan yang kurang ajar?

Kalau mahu membuat 'billboard' mengucap selamat tahun baru Cina sebesar Bukit Bendera pun tiada masalah. Biasalah, makin besar 'banner' ucapan tu, makin jelas nak bodek kerajaan DAP.

Menjadi masalah disini ialah tindakan menaikkan 'billboard' mengucapkan tahun baru Cina dari parti pembangkang ini telah menutup sebahagian board milik Islam iaitu Yayasan An Nadhoh yang ditulis dalam tulisan khat.

Jangan semata-mata mahu mengikut telunjuk DAP, mereka ini sanggup menggadai Kesenian Islam. Sedarlah umat Melayu. Kita ramai tapi tak bersatu. Itu sebab DAP suka pada PKR dan PAS yang dipecahkan kepada dua. Supaya Melayu tak kuat. 


K7L : Ingat tu..

27/02/2015

Sikap Terdesak Pencari Downline MLM - Jangan Terperangkap Dan Jadi Jahil Macam Ini!


Sila klik untuk besarkan

Hari ini Keris agak tertarik dengan satu posting di FB Sukan Star. Apa yang membuatkan Keris rasa nak kongsi adalah kisah zaman student dulu. Memang ramai kawan Keris yang hanyut dan sebijik macam mamat dalam Wassap tu.

Ada tu sanggup nak pukul Keris sebab tak bagi masuk rumah nak cerita pasal peluang haha! Macam-macam cara. Ada tu yang dah lama tak jumpa tetiba mesej kata rindu nak jumpa.

Bila jumpa tu dia ada drama terserempak pulak. Lepastu dok cerita pasal duit banyak. Yang kelakar siap paksa untuk pergi ofis. Sampai ofis tu kebetulan semua orang dalam ofis tu tahu nama Keris. Hebatkan?

Dahlah banyak duit lepastu kasyaf! Hahah! Semua itu untuk pujuk Keris masuk jugak dan isi borang serta pembayaran sebelum keluar. Sampailah Keris ugut nak bakar ofis tu baru mereka buka pintu. Haih! Apapun jangan percaya lah..

 

Bukan apa. Bimbang jadi desperado macam mamat ni. Siap pertikai kalau mengaji bukannya turun duit dari langit. Dia lupa rezeki tu datang dari mana agaknya. Siap boleh cakap tak lari Allah dikejar. Jahil sangat tuh!

Mengaji boleh bila-bila, tapi nak jumpa boss tu susah? Kalau Allah tak izin jumpa, tetap tak jumpa bang. Lawak betul. Bawa mengucap kepada empunya mesej itu. Ingat mati sikit dalam nak cari duit.

K7L : Sentap? ... sakitnya tuh disini!!!!!

Sejarah Mungkin Berulang? - PasMa Upahan DAP Untuk Leburkan Islam Dalam PAS?





SEJARAH MUNGKIN BERULANG?

Secara tradisinya, jawatan presiden disandang oleh pemimpin di kalangan ulama. Namun, senario semasa dalaman PAS kini seolah-olah menggambarkan bahawa jawatan itu bakal digugat oleh kumpulan bukan ulama sehingga menyebabkan kumpulan ulama mulai bersuara.

Penganalisis politik berpendapat suara tegas kumpulan ulama yang mahu dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden PAS dikenakan tindakan selain mencabar PasMa menubuhkan parti sendiri, dilihat sebagai suatu usaha ‘pembersihan’ parti selain sebagai isyarat supaya parti itu terus kekal dipimpin oleh kumpulan ulama.

Melihat kembali sejarah pemilihan parti pada 2011, kumpulan ulama pernah ‘disisihkan’ sehingga menyaksikan dua wakil kumpulan ulama iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (sekarang Naib Presiden) dan Nasharuddin Mat Isa (bekas timbalan presiden) gagal meraih sokongan perwakilan untuk jawatan nombor dua parti.

Nasib yang sama juga menimpa semasa pemilihan parti 2013 apabila kumpulan ulama semakin hilang pengaruhnya dalam parti apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah daripada kumpulan itu tewas kepada Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti.

Bagi jawatan naib presiden, Tuan Ibrahim yang mewakili kumpulan ulama berjaya meraih tempat pada pemilihan 2013 berbanding pemilihan 2011, tiada seorang pun wakil kumpulan ulama dipilih bagi jawatan itu.

Adakah nasib yang sama akan menimpa kumpulan ulama pada pemilihan parti kali ini?


Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) yakin dengan senario semasa dan ditambah ketiadaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan ekoran kes liwat bekas pembantunya akan menyaksikan kumpulan ulama PAS akan diberikan tempat semula dalam hirarki parti. Pada 10 Feb, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.


Mohd Izani berhujah senario pemilihan PAS pada 2011 selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008, yang menyaksikan pakatan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN), banyak dipengaruhi sentimen ‘menawan Putrajaya’ dan keghairahan meraih seberapa banyak sokongan pengundi khususnya bukan Melayu melalui kerjasama politik PAS, DAP dan PKR.


“Sebab itu kita lihat, orang yang mampu menjalinkan hubungan antara orang Melayu dan bukan Melayu di kalangan pemimpin PAS adalah Mohamad Sabu. Beliau merupakan individu terbaik ketika itu untuk memainkan peranan mewakili PAS bagi meraih sokongan.
“Selain itu, sokongan bukan Melayu kepada PAS pula bertambah sehingga parti itu menaik taraf kelab penyokong PAS kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada 2010,” katanya kepada Bernama di sini.


Berbeza dengan pilihan raya umum ke-13, Mohd Izani berkata PAS mula merasai bahawa kerjasama politik bersama PKR dan DAP banyak merugikan parti dan mengubah hala tuju parti daripada matlamat asal perjuangan sehingga memaksa beberapa pemimpin kanan PAS mendesak supaya tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama rakan sekutunya dikaji semula.


“Saya berpandangan dengan apa yang dilalui PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, pemilihan parti kali ini akan memberikan semula mandat kepada kepimpinan ulama untuk memperbetulkan hala tuju parti,” katanya.


PENUBUHAN PasMa


Satu perkara menarik dalam senario PAS hari ini ialah wujudnya PasMa.


PasMa yang dipimpin oleh bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan 11 Ogos tahun lalu sebagai NGO yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.


Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yakob dalam ucaptama di multaqa itu dilapor sebagai berkata penubuhan PasMa adalah satu usaha untuk merosakkan dan menghancurkan PAS serta memecah-belahkan parti.


Bagi memastikan anasir perosak ini tidak lagi mengambil kesempatan daripada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, Ahmad menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melalui Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan anggota PAS yang terlibat dengan PasMa.


IMPLIKASI POLITIK


Sehingga kini PasMa bergerak aktif. Kenapa tiada tindakan diambil terhadap anggota PasMa?


Mengulas persoalan itu, pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berkata anggota PAS yang menyertai PasMa tidak mungkin dipecat memandangkan ia boleh menimbulkan implikasi politik yang lebih buruk kepada PAS.


Mengambil contoh kes Nasharuddin yang dikecam teruk oleh parti kerana menjalin hubungan dengan UMNO, tindakan terhadap PasMa akan dilihat sebagai ‘pilih kasih’ jika ada anggota NGO itu dipecat daripada PAS.


“Nasharuddin masih lagi ahli PAS dan beliau tidak dipecat. Jika ini (pemecatan) berlaku kepada ahli PasMa, anggota PAS akan berasa tidak berpuas hati dan mempersoalkan keputusan yang diambil parti terhadap Nasharuddin (yang tidak dipecat).


“Pada saya, ini lebih kepada soal kegagalan PAS menguruskan perbezaan pandangan dan kesempitan ruang bersuara di kalangan anggota. Kewujudan PasMa dilihat menjadi platform untuk anggota menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan parti dan sebagainya,” katanya .


Implikasi Mesyuarat Rahsia PASMA-DAP


Kesimpulannya, PASMA tidak diperlukan oleh PAS. Dengan berlangsungnya Mesyuarat Rahsia PASMA dengan DAP beberapa hari lalu di mana DAP berjanji memberi dana sekurang-kurangnya RM3Juta sebulan untuk menjatuhkan Presiden Hj Hadi dan mengukuhkan pakatan bersama DAP, maka PASMA sudah boleh bergerak sendiri tanpa memperdulikan PAS lagi.


K7L : Apa nak jadi?..

Penulis Buku SHIT! Dah Bagitahu DAP-PAS Salah Dari Dulu Lagi!



Multaqa Ulama SeMalaysia II yang diadakan Ahad lepas dilihat menjadi medan kumpulan ulama PAS memperkukuhkan iltizam dan mengumpul sokongan padu anggota terhadap kepimpinan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menjelang pemilihan parti pada Jun ini, kumpulan ulama yang menjadi tunjang kepimpinan PAS mahu para anggota setia kepada pemimpin parti dan dasar parti, serta patuh arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan Presiden.


Tanpa berselindung, mereka mengakui bahawa wujud perpecahan ketara di dalam PAS pada masa ini sehingga ada cubaan menjatuhkan kepimpinan Abdul Hadi oleh kalangan anggota parti.

Mereka menghentam penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), satu badan bukan kerajaan (NGO) dalam PAS, dan diibaratkan seperti duri dalam daging yang hanya memporak-perandakan parti.

Jadi benarlah apa yang Shahnon Ahmad pesan dulu. Katanya jangan bergabung tapi mereka degil. Kerana tamakkan kuasa. Sampai hari ini pun masih Kelantan sahaja milik PAS. Sekarang sendiri makan senjata buatan?

K7L : Bunuh membunuh dalam Pakatan...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk