08/10/2014

Setuju Dengan Ustaz Kazim Elias Pasal Punahsihat! #20Sen


 

Berbalik kepada isu minya. Begitu ramai yang mempersoalkan keberkesanan pihak Penasihat PM. Apakah mereka sebenarnya yang perlu dirasionalisasikan. Mungkin sudah masa untuk kuatkan penasihat dan kabinet wahai Perdana Menteri?

K7L : Jangan sampai rakyat muak kita jadi semak..

05/10/2014

SJKC Mesti Dihapuskan? Setuju Dan Sila Laksana #SekolahSatuAliran @NajibRazak



Sebelum ini Keris pernah menulis perihal sekolah satu aliran yang diperlukan pada masa kini memandangkan kita ada masalah 'bahasa' dan tidak sepakat dalam banyak benda. Yang tua ganyut macam Lim Kit Siang tu dah tak boleh nak ajar lagi.

Jadi kita ajar generasi yang baru. Soalannya, siapa yang akan membahas isu ini? Apapun pada sesiapa yang akan menjadi pembahas bagi pemansuhan SJKC ini, jangan risau pasal MCA atau Gerakan. Mereka boleh cadang macam-macam untuk UMNO, maka dah tiba masa mereka dengar cakap kita juga.


K7L : Jangan ada yang minta maaf..tolonglah...

03/10/2014

@Tantawi100 Konsisten Hentam DAP - PAS Tak Mahu Pecat?




Sekarang ini AJK PAS Pusat yang juga bekan Ketua DPP PAS secara konsisten menghentam DAP. Bukankah ini melanggar etika Pakatan Rebah yang mana DAP mesti diletakkan di tempat yang tinggi dan tidak boleh dilanggar?

Apakah Nasruddin wajar dipecat?

K7L : Pecatlah kami nak tengok...

02/10/2014

Exco Kerajaan Negeri Kedah Bela Biawak Hidup? #SilaBukaMata



Baca tajuk pun tau memang panas dah. Mau tak panas, sebab bewak tu punya pasai, ramai yang panas hati. Nak kata salah exco pun tak, sebab PA yang diberikan padanya pun..hasil pemilihan SPA.

Exco ni buat kerja baguih, program banyak, setia pada pemimpin..senang cerita kalau nak story pasal exco ni, takdak benda yang dia buat silap kecuali dok bela sekoq bewak yang menjatuhkan imej dia sebagai salah seorang Exco Kedah dan pemimpin politik bahagian.

Aku bukan nak buka aib orang, tapi nak cerita benda betui supaya orang lain turut buka mata sama.

PA Exco ni namanya Rohani, buat kerja ok la.. nampak baik, pakai tudung labuh..tapi perangai sebenar, hanya tuhan saja yang tau. Bila exco takdak kat ofis dja ingat dia la paling berkuasa, paling hebat sampaikan kalau ada ketua cawangan mai ofis nak jumpa exco tu pun dia dia tak layan. kadang kala dia halau balik lagu tu saja.

Dia lupa ka bos tempat dia kerja tu naik sebab politik? Kalau dia dok halau balik ketua cawangan dan orang tempatan yang nak mai mengadu masalah, orang akan kata Exco tu punya salah dan tak reti jaga pekerja. Lama-lama nama exco tu sendiri jadi buruk.

Kalau di tengok track record PA ni memang dia geng parti bulan berdengung. Dulu dia pernah jadi PA pada Phahrolrazi selama 4 tahun, malah family dan suami dia sendiri pun orang kuat parti bulan dikawasan dia tu. Apakah dengan tindakan buruk yang dia buat pada exco tu merupakan tindakan yang sengaja supaya nama Exco tu tercemar?

Kalau dok simpan dan biar lagi, lama-lama boleh tercemar nama exco tu. Bangkai bewak busuk mana boleh disimpan lama-lama.. nanti berulat, bau dah boleh cemar satu dunia.

Kita harap Exco berkenaan ambil berat tentang perkara ni.. kalau dak nama dia sendiri yang buruk. Tak guna dok buat kerja baguih tapi bewak dalam ofis dia sendiri dok perjatuh dia. Mana dia nak letak muka kalau macam tu?

Ni cuma nasihat pada exco berkenaan, nasihat sebab sayang.. kalau tak sayang dah lama dah kena maki!!

K7L : Keris nak cakap apa ya..tahukah anda ramai yang buat keputusan bodoh sebab punahsihat?.. #DuaPuluhSen

Dua Dosa Oleh Dua MB Selangor Kepada Rakyat Selangor! @Khalid_Ibrahim @AzminAli



Sudah dua orang daripada PKR menjadi MB Selangor. Mereka berdua yang bermusuhan ini nampaknya masih belum selesai pertarunga peribadi di antara mereka berdua. Azmin yang disifatkan lebih 'kejam' dalam membalas dendam kini buat apa sahaja untuk jatuhkan Khalid Ibrahim.

Apa yang dia mahu adalah Khalid Ibrahim tidak lagi berada didalam arena politik. Memang nak benam sungguh-sungguh lah orang tua cakap. Jadi dia pun dah buat satu dosa yang mana dosa itu juga milik Khalid Ibrahim.

Dosa Khalid Ibrahim :

1. Membuat Skim Mesra Usia Emas hanya untuk Dun Pelabuhan Klang dan Parlime Bandar Tun Razak sahaja.

2. Menggunakan wang negeri untuk kepentingan peribadi.

3. Mengapa tidak pastikan seluruh Selangor dapat skim tersebut?

4. Menggunakan wang rakyat Selangor untuk Parlimen Bandar Tun Razak yang berada dibawah Wilayah Persekutuan.

Dosa Azmin Ali

1. Menutup terus akaun SMUE

2. Apa agaknya nasib mereka yang menerima skim tersebut?

Apapun kini rakyat lihat sendiri. Perselisihan faham antara mereka masih belum habis. Layakkah mereka terus memegang tampuk pemerintahan menjelang PRU14 kelak?

K7L : Anda undi anda rasa bro....

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk