02/10/2014

Boleh Tak Pegang Passport Mereka Yang Sedang Disiasat? @PDRMsia



Kenapa mereka yang ada kes mahkamah boleh terlepas ke luar negara? Itu soalan yang keluar daripada ramai orang termasuk Keris sendiri. Hairan juga mengapa mereka boleh keluar negara?

Keris yakin lepas ini akan ramai lagi puak sama macam Alvin Babi ni buat hal selepas itu terus keluar negara. Kemudian cabar tak habis-habis. Walaupun kini satu dunia tahu Alivin memalukan bangsanya sendiri apabila berlagak bacul.

Cabaran untuk maki secara berhadapan tidak pula dia terima. Takut ke bang? Berbalik pada isu yang ingin dibawa. Dicadangkan untuk mewujudkan satu akta ataupun syarat siasatan bagi memastikan mana-mana individu yang masih disiasat untuk tidak dibenarkan keluar daripada Malaysia dengan 'memegang' passport mereka.

Diharap cadangan daripada ramai orang ini dapat dipertimbangkan.

K7L : Kalau aku jumpa Alvin ni..lu memang kena bro..

Mujahid Yusof Rawa Disarankan Untuk Keluar Dari PAS Dengan Segera? #PASesat




Seorang peserta forum mencadangkan agar Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa supaya meninggalkan PAS dan menyertai pari yang bukan berasaskan agama.

Peserta forum membuat cadangan itu selepas mendengar ceramah Mujahid dalam forum bertajuk ‘Malaysia ke arah anti-diskriminasi” yang dianjurkan oleh Pusat KOMAS (Pusat Komunikasi Masyarakat), semalam.

“Jika anda (Mujahid) kata agama penting untuk kehidupan, saya tidak bersetuju dengan anda.

“Terdapat ramai manusia yang yang tidak mempercayai apa-apa agama, tetapi mereka mempunyai kehidupan yang sangat baik.

“Sebenarnya agama mesti dipisahkan daripada politik. Jadi kita boleh maju. Selagi Malaysia mencampuradukkan agama dengan politik, kita akan selama-lamanya berada dalam dilema.


“Untuk YB Mujahid, tolong tinggalkan PAS, dan pergi kepada parti yang tidak berasaskan agama,” sarannya sambil disambut gelak ketawa.

Sebelum ini Mujahid dalam ceramahnya berkata beliau sudah menjangkakan ada yang bakal bertanya tentang PAS.

“Saya telah tulis dua buku mengenai perkara ini. “PAS baru” dan “Rejuvenasi PAS.” Saya tidak popular kerana menulis buku-buku itu.

“Tetapi, saya cuba yakinkan parti politik (PAS) mesti direform,”kata Mujahid.


K7L : Hahaha!..kena teruk juga..

01/10/2014

Sila Siasat Dan Pastikan Tiada Yang Terlepas Bab Kebersihan Pusat Asuhan Di Putrajaya @TengkuAdnanREAL


PUTRAJAYA - Seorang bayi berusia tiga bulan dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat asuhan di Presint 11 selepas ibunya, Nafisah Ahmad datang untuk menjemput anak keduanya itu.

Namun, tubuh mangsa, Nur Imna Khalisa dikatakan telah menjadi biru dan sejuk SERTA dikerumuni semut ketika ditemui pada kira-kira jam 5.45 petang itu.

Bapa mangsa, Muhamad Zamri Anuar yang menanti di dalam kereta bersama anak sulung mereka bergegas menuju ke pusat asuhan tersebut sebaik dimaklumkan isterinya keadaan anak mereka itu.

“Bibir dan muka anak saya biru...pucat. badannya sejuk dan saya nampak banyak semut di sekeliling badan.

“Saya tanya pengasuh mengenai apa yang berlaku tapi tiada jawapan. Mereka pun terkejut dengan kejadian itu,” katanya lapor portal, hari ini.

Zamri kemudiannya segera merujuk mangsa ke unit Kecemasan Hospital Putrajaya namun bayi tersebut disahkan telah meninggal dunia.

Mangsa dikatakan berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke pusat asuhan berkenaan. - Utara News



Selama ini cerita hanyalah cerita. Kita dengar dan mereka kata khabar angin sahaja. Kini sudah berlaku bencana. Maka apa tindakan seterusnya?

Keris cadangkan ditubukan satu badan khas yang tidak berkepentingan untuk melakukan pemeriksaan secara rahsia kepada mana-mana Pusat Asuhan bukan sahaja di Putrajaya. Isu kebersihan ini bukan isu baru sebenarnya. 

Jangan ambil enteng kelak padah kita terima.

K7L : Siapa punya Pusat Asuhan tu ya?..hmmmmm

Pas Yang Sesat, UMNO Juga Disalahkan? @razlanrafii



Akibat ketamakan kuasa dan rela diperkudakan oleh ‘teman sebantal’, pemimpin PAS terus akur walaupun masyarakat melihat parti itu terus dibuli dan dicabuli hak tertentu mereka dalam Pakatan.

Baru-baru ini Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan UMNO adalah parti yang membuli PAS paling lama sebenarnya dan bukan rakan mereka dalam Pakatan. Kenyataan tersebut boleh diibaratkan seumpama kurang akal atau mungkin hanya kenyataan daripada budak hingusan yang suka-suka meletakkan kesalahan kepada UMNO akibat daripada kealpaan dan kesilapan pemimpin mereka. Ayat tersebut terlalu klise kerana Nik Abduh masih lagi mahu menjaga hati PKR dan DAP yang digeruni selama ini.

UMNO bukanlah pembuli PAS sebaliknya PAS sudah memusuhi UMNO sekian lama dalam arena politik tanah air. Pastinya di setiap kerusi yang ditandingi PAS, UMNO akan turun bertanding menentang. Maka istilah pembuli tidak pernah wujud dalam sejarah politik negara antara UMNO dan PAS.

“Tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain”.

Itu satu ungkapan yang selalu kita baca, dengar selama ini dan sering kali dilontarkan kepada Pakatan Pembangkang bukanlah satu omong kosong. Ianya adalah perkara yang jelas kelihatan walhal dalam perjuangan mereka pun sudah terdapat tanda-tanda mereka telah gagal membentuk dasar yang mereka bakal laksanakan.

DAP membuli PAS di Pulau Pinang semenjak mendapat kuasa di sana bukan perkara baru dan realitinya sudah lama orang Melayu sedar akan perkara ini namun kepimpinan PAS Pusat mahupun negeri sanggup pekakkan telinga, butakan hati dan menyalahkan UMNO atas kegagalan mereka mendapat tempat di sana.

Banyak orang bercakap pemimpin PAS tidak akan sesekali berpaling daripada parti ‘Islam’ tersebut namun hari ini ada pemimpin mereka sudah berani mengumumkan tidak akan teragak-agak bertanding atas tiket DAP jika kepimpinan parti mengambil tindakan menggantung keahlian beliau. Sejarah silam dan perjuangan parti komunis DAP yang mengamalkan sekular sudah jelas tersimpang jauh daripada landasan perjuangan Islam.

Pemimpin PAS mudah lupa.

Begitu hebatnya rasa kebencian yang ditanam PAS sebelum ini kepada ahlinya sehingga mereka bertindak melawan kepimpinan PAS sedia ada kerana bernafsukan kepada pangkat dan jawatan. Kegagalan PAS mengawal ahli-ahli mereka terutama berhaluan Anwarinas adalah sesuatu perkara perkara yang amat mendukacitakan dan ini adalah tanda-tanda PAS semakin tiba di penghujung perjuangannya.

PAS kena ingat bahawa DAP bukannya membuli PAS sebaliknya mereka mempunyai ketetapan mempertahankan Perlembagaan parti mereka dan tidak akan berganjak walau seinci pun dalam menentukan hala tuju parti mereka.

Lihat contoh kes Kalimah Allah. Dasar Perlembagaan DAP, mereka memperjuangkan hak kebebasan secara total. Apa saja yang menghalang, pasti DAP akan tetap teruskan juga waima dengan cara apa sekali pun sehingga memperkudakan NGO-NGO dan pemimpin mereka bagi mendesak kerajaan.

Begitu juga dengan isu Pusat Penyembelihan Babi di Kedah ketika PAS memegang tampuk kepimpinan negeri tersebut di mana DAP mengumumkan keluar daripada Pakatan hanya kerana Allahyarham Ustaz Azizan (Menteri Besar) bertegas menutup pusat tersebut walaupun tapak baru telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Isu DYMM Sultan Selangor juga mereka (DAP) tidak lari dari Perlembagaan parti apabila mereka terus kekal mempertahankan perkara 1 (satu) sistem parlimen berperlembagaan dan bukan Raja berpelembagaan. Dari isu sekecil-kecil zarah sehingga sebesar gunung, DAP tidak pernah lari dari perjuangan mereka walhal PAS yang mempergunakan Agama lari lintang pukang kerana mahu memikat hati kekasih hati mereka, walaupun kekadang tingkah laku PAS seolah-olah sudah terkeluar dari Islam.

Kepada pemimpin PAS, sedar dan peganglah pada pendirian parti bukannya rakan dalam Pakatan. Bukan kami hendak mengajar tetapi sekadar ingatan jangan pandai menyalahkan UMNO jika kesilapan tersebut datang daripada sendiri. PAS jangan mengaku berjuang berlandaskan Agama jika Iman dalam jiwa tiada rasa kasih kepada Islam.

Kejayaan UMNO hari ini mempertahankan majoriti kerusi kawasan orang Melayu sudah jelas menunjukkan parti keramat ini tidak pernah lari daripada mempertahankan dasar Parti yang memperjuangkan kepentingan Agama, Bangsa & Tanah Air.

Namun kejayaan PAS hari ini adalah membantu kempen DAP dan PKR bagi memberi kuasa rakan dalam Pakatan menambah buli & derita kepada PAS.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
1 Oktober 2014


Cadangan @guzzu Pada JAKIM & @MPKotaBelud Yang Bagus!



Cadnagan tersebut sangatlah baik dan bagus. Keris teringat suatu ketika di Alamanda ada masalah surau. Kecil dan sempit. Namun tidak lama kemudian pihak Alamanda membuat renovasi.

Surau yang ada sekarang amat selesa dan berada di tempat yang tinggi. Mungkin mana-mana pihak pengurusan boleh belajar dengan pihak Alamanda?

K7L : Ini bukan promosi Alamanda ya. haha..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk