06/06/2014

Tabung Haji Debit-i Mastercard - Memudahkan Para Pengguna Akaun Tabung Haji @matkilaupenang @azeezputera


Nampaknya Tabung Haji telah mula melangkah setapak maju kehadapan. Memudahkan para pengguna akaun lebih-lebih lagi mereka yang ingin menunaikan rukun Islam yang kelima. Semoga usaha sebegini dapat membantu para jemaah Tabung Haji kelak.


6 Kelebihan Kad I-Debit ini :

1. KEMUDAHAN AKSES KEPADA AKAUN SIMPANAN TABUNG HAJI

2. RANGKAIAN TERIMAAN KAD YANG LUAS di lebih 38 juta lokasi premis perniagaan yang menerima MasterCard di seluruh dunia

3. KEMUDAHAN PEMBAYARAN DEBIT TERUS daripada Akaun Simpanan Tabung Haji

4. KEMUDAHAN PENGELUARAN TUNAI di lebih 2.5 juta ATM di seluruh dunia

5. KEMUDAHAN TRANSAKSI PEMBELIAN DAN PENGELUARAN TUNAI ketika Haji dan Umrah

6. CIRI KESELAMATAN DENGAN "CIP KESELAMATAN PINTAR"


Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon Tabung Haji Debit-i Mastercard:

1. Individu berumur 18 tahun ke atas.
2. Mempunyai akaun simpanan dengan TH.
3. Tiada keperluan pendapatan minima.
4. Deposit minima sebanyak RM205 di dalam akaun simpanan semasa permohonan Tabung Haji Debit-i Mastercard

Selanjutnya boleh baca di Tabung Haji

Tahniah sekali lagi kerana usaha untuk penambahan kuota haji.



K7L : Debit bukan kad kredit ya..

05/06/2014

Ahli UMNO Punca Menteri Ditukar? Syabas @NajibRazak Dengar Suara Akar Umbi



Topik panas yang menarik, malah kenyataan ini akan membuat beberapa menteri tak boleh tidur malam. Dah tentulah menteri yang prestasinya tak menentu, akan dikeluarkan dari kerajaan Malaysia. Betul tak?

Baca dulu berita dibawah :

Rombakan Kabinet yang dinanti-nantikan, akan dilakukan sebelum bermulanya bulan puasa, dijangka akan melihat dua menteri baharu dan memberi kesan kepada sehingga tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini. 

Sumber Putrajaya berkata, Perdana Menteri yang kembali semula selepas kejayaan lawatan beliau ke China, sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan. 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet. 

Dengan sambutan yang begitu baik diterima beliau sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China juga ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet. 

Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan timbalan menteri ‘yang masih kosong’ sejak pilihan raya umum lalu. 

Jawatan berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri. 

Menurut sumber Putrajaya yang sama mencadangkan bahawa seramai tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu. 

Menteri-menteri tersebut dari Umno tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota Umno dalam Kabinet. 

“Ia amat sukar untuk meramalkan PM. Beliau begitu membisu tetapi beliau mungkin ada untuk bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati di kalangan ahli Umno mengenai beberapa menteri ini,” kata sumber itu. 

Najib tidak mungkin akan mengembangkan lagi jumlah kerusi Kabinet untuk menampung permintaan bagi jawatan-jawatan itu. Kabinet sekarang ini sudah mencukupi dengan 32 menteri dan 26 timbalan menteri. 

Sementara itu, media akan memantau rapi apabila Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan Baginda sebelum beliau meneruskan dengan rombakan Kabinet. 

Sumber Putrajaya percaya bahawa rombakan itu akan dibuat pada bulan ini untuk memberi masa kepada menteri-menteri baharu masa untuk mempelajari dan memahami tugasnya, yang biasanya selama enam bulan sebagai tempoh dijadikan penanda aras. 

“Pada masa mereka memahami perkara dan perjalanan kementerian, ia sudah akan menjelang akhir tahun ini. 

“Adalah lebih baik pelantikan dibuat tidak lama lagi supaya Kabinet boleh diwakili kaum Cina dan semua orang boleh bergerak ke hadapan,” kata seorang pemerhati.

Beberapa menteri berkata, di sebalik spekulasi satu rombakan akan berlaku, Perdana Menteri tidak bercakap mengenainya semasa mesyuarat mingguan diadakan. 

“Kami juga ingin tahu sama ada kita akan berada di dalam kementerian kami atau sekiranya kami akan diberikan portfolio baharu atau digugurkan,” kata seorang menteri yang tidak mahu dikenali. -mStar

Jangan PM termakan bodek pulak. Ramai dah boleh tukar. Dipersilakan. 

K7L : Yang dah tua sangat tu boleh angkat kaki dah..yang lama sangat pun sama..

@AzminAli Akan Dipecat? - Johari Abdul Bias Pasal Pemilihan Cabang PKR Sg Petani?

 
 

Azmin Ali yang bertanding Timbalan Presiden PKR nampaknya sudah tidak senang duduk. Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh ahli PKR sendiri berkenaan cubaan rasuah dan penyelewengan undi.

Seorang lagi yang dikatakan terlibat adalah Xavier Jeyakumar yang dikenali sebagai Exco Selangor paling tak guna selepas Ronnie Liu pada penggal yang lepas. Nampaknya permintaan untuk menggantung keahlian mereka buatkan JPP lebih terdesak.


Manakala JPP nampa bias dalam membuat keputusan perihal bantahan ahli PKR Cabang Sungai Petani yang mana penyelewengan dikatakan berlaku. Pengerusi JPP nampaknya berlaku tidak adil di cabangnya sendiri.

Buat pertama kali dalam Malaysia, ada parti yang bermasalah dari mula tubuh sampai sekarang. Jadi rakyat kena lihat mereka dari dalam parti sebelum undi mereka untuk terajui negara. Kalau parti sendiri hancur macamana nak jaga Malaysia?

K7L : Dengar ada yang menangis bagai masa pemilihan..

Syarikat Cina 'Rasis'? Ini Ajaran DAP Cauvinis Dan Melayu Jangan Jadi Malas!




Cucu Tok Selampit ada mendedahkan tentang kajian DAP yang rasis dalam memilih pekerja. Kita baca dan fahami sama-sama :

1. Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.

2. Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.

3. Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

4. Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi dipegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.

5. Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.

6. Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.

7. Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan Cina.

8. Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

9. Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.

10. Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.


11. Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.

12. Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

13. Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat Cina dan calon Cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum Cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum Cina.

14. Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

K7L : Melayu masih rasa senang?..

04/06/2014

Bukti #Dyana Bersekedudukan Dengan Lelaki Nama Ooi?



Rumah di atas adalah rumah yang diduduki Dyana di Johor Baru beralamat di No. 98,Jln Jasa 41, Tmn Rini Hill Mutiara Rini.

Oleh kerana Yammy tahu serba serbi mengenai anaknya, bolehkah Yammy beritahu siapa lelaki yang bernama Ooi yang duduk bersama Dyana berdua-duaan tanpa orang lain dalam rumah sebesar itu?

Sumber beritahu lelaki itu juga pembantu khas Lim Kit Siang. Pembantu atau penyedap?

Hai Melayu .... bila lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam satu rumah, orang ke 3 adalah setan yang menggoda. Bukankah ini kerja haram?

Padanlah Dyana takut pada hudud. Kalau tak percaya, hp Ooi itu adalah 012 xxx9775...betul ke tidak?

Hanya nak beritahu Yammy dan RBA,

Kalau nak main peribadi, kami boleh tapi tak main. Oleh sebab butiran ini dikeluarkan lepas PRK, hanya menunjukkan kami tak main kotor macam RBA
.


Betul atau tidak hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu. Hari ini sikap liberal Yammy menjadikan anaknya sebagai mangsa keadaan. Kerana Yammy anaknya dipersalahkan oleh DAP Perak.

Sekarang nak kena pecat, Yammy dah habis cita-cita politiknya.

K7L : Yag dikejar tak dapat..yang dikendong berciciran..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk