04/07/2012

@hairieothman Masuk PAS Nak Jadi Menteri Tapi Dapat Jadi Syiah?



Kasihan sebenarnya dengan Hairie Othman yang kononnya mahu berubah menjadi lebih Islamik namun sejak terlibat dengan PAS makin menjadi-jadi perangai Islamik Syiah PASnya. Mula - mula cerita baik je akhirnya keluar pula statement mengatakan dia memang punya cita-cita mahu menjadi Menteri dan mengugut. Bukankah ini cara syiah? Lihat sendiri statement dia di Twitter yang mempermainkan niat yang sering dibaca oleh orang Islam dalam banyak perkara.


Sedih melihat bagaimana seorang artis khalwat yang mahu berpolitik namun tersesat pula akidahnya sehingga menjadi seorang yang berfahaman syiah hanya untuk memebuhi kehendak parti yang dipilih.


Teringat pula artikel Angin Perubahan tentang ceramah Hairie Othman yang sememangnya ramai dah tak kenal sebab itu dia berada di pentas ceramah PAS. Ini pun Mahfudz nak kata PAS tak guna artis?

“Kenal saya tak? Saya berlakon filem Leftenan Adnan. Kalau tidak pernah tengok, tengok di Youtube. Kalau drama tengok drama waris. Tengok? Kalau tidak tengok, sebab saya jadi hantu” kata Hairie Othman.

“Saya buat keputusan bersama wadah perjuangan lebih kurang sebulan lepas. Saya hendak bersama dengan perjuangan Islam dan bukan dengan perjuangan sekular. Saya teman kawan saya, Leman (Raja Lawak) berceramah di Batu Gajah, tiba tiba dia ajak saya naik pentas berceramah. Itu permulaan saya di atas pentas PAS” kata Hairie Othman.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Haji Hadi, Mat Sabu. Yang penting saya dah bersama wadah perjuangan ini. Saya seru ramai-ramai keluar Barisan, naik roket pergi bulan dan tegakkan keadilan. Takbir!!!” kata Hairie Othman.

Inilah kata-kata yang disebut oleh Hairie Othman ketika berceramah di atas pentas PAS pada 30 Jun 2012 di Bukit Payung, Marang. Nampaknya Hairie sudah terlalu taksub hingga menyeru umat Islam naik roket bersama dengan DAP. Hairie tidak kenal lagi dengan DAP. Elok berjumpa dulu dengan Hasan Ali sebelum bicara soal DAP. - Angin Perubahan

K7L : Pening kepala tengok perangai artis yang masuk PAS..Kak Abby tu dia bukan orang PAS..Keris masih percaya dia tidak mahu bergelumang dengan Ustaz Buatan yang banyak dalam PAS..

[Video] Sunni Ditanam Hidup-Hidup Secara Bogel - Syiah Masih Diterima Dalam PAS?



Video ini merupakan rakaman rahsia yang membongkar kekejaman rejim Syi'ah Nusairi pimpinan Bashar Assad.

Video yang berdasarkan catatan di Youtube ini adalah tahun 2011 yang tidak diketahui di wilayah mana. Video ini menunjukkan sejumlah muslim Syria ditanam hidup-hidup, sambil pakaian mereka telah ditanggalkan oleh rejim tentera Assad di sebuah tempat.

Semoga Allah melaknat orang-orang yang menyiksa dan membunuh kaum Muslimin tanpa hak. Ini adalah sebahagian daripada sejumlah bukti kekejaman rezim Syi'ah Nusairi di Syria.

Inilah mereka puak Syiah yang menghalalkan darah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bayangkan bagaimana mereka dihina dengan dibogelkan serta ditanam secara hidup-hidup kerana mahu menghabiskan keturunan mereka. Inilah sifat puak Syiah yang disokong oleh PAS.





Video diatas pula bukti PAS menerima Syiah asalkan mereka punya kuasa di Malaysia dan akan gembira jika UMNO tumbang. Sama seperti puak syiah yang tidak berhenti mahu menumbangkan puak Sunni. Dah nampak sifat sebenar yang terlindung dalam diri puak PAS? Mereka seperti syiah kerana halal menentang UMNO sehingga Syaitan pun mereka sanggup bekerjasama.[Klik Sini]

K7L : Dah nampak apa akan jadi jika PAS diberi kuasa?..

Bukti Hardcore PAS Dalam Kementerian Pelajaran!



Keris tidak terkejut kerana memang ramai juga penjawat awam menyokong pembangkang kerana kelonggaran yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional yang mahu membina rakyat Malaysia yang produktif serta membina kerajaan yang teguh. Biarpun tiada tapisan tetapi mereka-mereka yang menyokong sekarang ini terlalu terbuka dan melampau,

Contohnya Pn Ainon Mohd yang telah Ahli Majlis Penasihat Akademi Dewan Bahasa Pustaka (DBP). Memakai baju bersih didalam pejabat kerajaan seolah-olah tidak menghormati tempat mereka bekerja dan beri makan kepada anak-anak. Sekiranya manusia sebegini dibiarkan kelak makin ramai yang terhasut dan terus tertipu dengan dakyah pembangkang yang memang ada Master dalam memburukkan kerajaan. Mereka-mereka ini jugalah manusia yang akan bekerja sambil lewa kerana mahu memberi persepsi bahwa kerajaan lemah. Kementerian Pelajaran perlu peka dan sensitif. Eh ini bukan salah Tan Sri Muhyiddin tapi salah pegawai yang bertanggung jawab untuk melantik.

Tengoklah dulu latar belakang siapa yang mahu dilantik lebih-lebih lagi jawatan yang penting. Ataupun memang wujud pegawai tertinggi yang mahu 'planting' pembangkang dalam kerajaan untuk cetuskan huru-hara? Kepada sesiapa yang berkenaan sila jaki semula sebelum nama Timb Perdana Mneteri terus menerus dicalarkan!

Baca juga apa yang Double-Y kata pasal isu ini :


Terlebih dahulu wajarlah kita ucapkan tahniah kepada Puan Ainon Mohammed di atas perlantikkan sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

Akademi ini ditubuhkan bertujuan untuk merangka strategi dan kaedah bagi perlaksanaan program pendidikan sepanjang hayat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, Sastera dan Penerbitan.

Tetapi ada pihak mengirimkan emel kepada saya mempertikaikan perlantikkan Puan Ainon Mohammed sebagai Ahli Majlis Penasihat DBP kerana Puan Ainon sering menggunakan facebook miliknya untuk membuat 'serangan' secara halus kepada kerajaan.

Petikan emel yang dikirimkan :
"Salam tuan,

Saya kakitangan DBP yang sentiasa mendokong aspirasi yang dibawa oleh kerajaan, untuk pengetahuan tuan DBP baru melantik seorang hardcore PAS Ainon Mohd sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP.

Saya bukan mahu mempertikaikan Ketua Pengarah DBP Dr. Awang, saya juga tidak mempertikaikan sumbangan Ainon Mohd dalam memartabatkan Bahasa Melayu, tetapi saya terkilan dengan sikap Ainon Mohd yang menggunakan laman facebooknya untuk menyerang kerajaan.

Tuan boleh rujuk laman facebook miliknya (Ainon Mohd.)

Adakah Pengerusi Lembaga Pengelola tak buat kerja sehingga gagal menasihati Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perkara-perkara dasar?"

Surat Perlantikkan Ainon Mohammed :


Selepas membaca emel yang dikirimkan, saya cuba melawat akaun facebook milik Puan Ainon Mohammed, perkara pertama yang saya terpandang adalah gambar beliau ditemubual oleh TV PAS.

Melihat status yang ditulisnya, maka benarlah dakwaan pengirim emel yang mengatakan Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP yang baru ini merupakan pejuang PAS selain beliau berjuang memartabatkan Bahasa Melayu.

Baca Selanjutnya di blog Double Y [Klik Sini]

K7L : perlu peka..bukan pekak!..

03/07/2012

Panas! Aksi 'Manja' @KhalidIbrahim Tersebar? Kerja @AzminAli Nak Jatuhkan Dia?



Apakah Elizabeth Wong bersama Khalid Ibrahim?

Hari ini satu rakaman CCTV yang dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar Selangor telah dimuat naik di laman youtube oleh Free Malaysia Today, malah pihak penyokong pembangkang mengatakan bahawa selepas ini makin banyak lagi 'aksi' Khalid Ibrahim yang berjaya dirakam akan didedahkan.

Usah khuatir kerana buat masa ini tiada aksi tidak senonoh dirakam dalam video berdurasi selama 15.00 minit itu.

Menurut sumber dalaman PKR orang dari kem Azmin Ali kini giat menyebarkan cerita bahawa banyak lagi rakaman aksi 'manja' Khalid Ibrahim bersama seorang wanita bernama Rahimah Kamaruddin. Menurut orang-orang Azmin Ali wanita yang bernama Rahimah Kamaruddin adalah setiausaha Khalid Ibrahim ketika di Guthrie Berhad.

Penyebaran rakaman CCTV Khalid Ibrahim adalah satu tindak balas dari Azmin Ali yang percaya bahawa dalang di sebalik penyebaran foto aksi beliau di dalam tandas bersama seorang wanita didalangi oleh Khalid Ibrahim.

Melalui penyebaran video ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa kejadian serta pendedahan yang melibatkan salah laku pemimpin pembangkang bukanlah di dalangi oleh UMNO.

Sebaliknya ia adalah tindakan sebotaj di antara mereka untuk menjatuhkan satu sama lain. Menurut sumber dalaman PKR selain Khalid Ibrahim, Azmin Ali turut mendalangi usaha mensebotaj Nurul Izzah bagi meluaskan pengaruhnya dalam PKR.

Rakaman CCTV di bawah adalah salah satu daripada beberapa buah kamera yang dipasang di tingkat 21 bangunan SUK Selangor. Dipercayai banyak lagi rakaman melibatkan Khalid Ibrahim akan disebarkan selepas ini.

Benarkah cakap-cakap orang PKR bahawa usaha sabotaj di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang giat dijalankan dari kedua-dua kem?

Keris cuba hubungi rakan PKR dan difahamkan banyak lagi yang akan didedahkan. Dengar cerita Elizabeth Wong pun ada dengan Khalid Ibrahim itu benar-benar wujud. Keris tak pasti tapi tunggu sahaja.

K7L : Pasni banyak lagi video Azmin akan keluar..

02/07/2012

Mengapa Double-Y Hampir Menangis Ketika Dia Balik Kelantan? @YuseriYusoff @tunfaisal


Semalam Keris terima panggilan daripada blogger Double-Y yang baru sahaja pulang daripada Kelantan untuk ekspidisinya dengan rakan-rakan Kelantan Cyber Warriors (KCW). "Nak menitik air mata kawe tengok! Nik Aziz dok layok jadi MB!",kata beliau. Nak tahu apa jadi sampai dia marah begitu sekali? Keris petik artikel beliau :


Saya cuba berbual bersama seorang wanita bersama anak kecil yang kebetulan berada di hadapan pintu rumah miliknya. Menurut Kak Yam beliau seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak yang berusia 3 dan 15 tahun.



Saya turut meminta izin untuk meninjau keadaan dalaman rumah milik Kak Yam yang menjadi tempat beliau berteduh bersama dua anaknya. Sebaik sahaja memijak kaki di dalam rumah tersebut, saya terkesima dan tertanya-tanya bagaimana beliau boleh hidup dalam rumah yang daif begini?

Malah ianya sama sekali tidak selamat bagi dua orang kanak-kanak. Lebih-lebih lagi ketiadaan pintu tandas rumah tersebut dan membolehkan sesiapa sahaja memasuki rumahnya berkenaan.

Baca selanjutnya tentang rumah belakang kediaman Nik Aziz dan bezakan dengan rumah makcik diatas di blog Double-Y

Nak kata apa lagi ya? Jika tahap kedaifan bukan menjadi perjuangan seorang wakil rakyat malahan kedudukannya sebagai Menteri Besar seolah-olah hanya untuk dirinya sendiri. Jika rakyat masih pilih PAS di Kelantan, kemungkinan lebih banyak lagi orang Islam yang merempat.

K7L : Masalah sosial juga tinggi di sana..Nik Aziz wat gapo?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk