29/02/2016

PRN Sarawak - Pembangkang Sedia Lawan Sesama Sendiri?



Pakatan Harapan masih buntu dalam rancangan mengelak pertembungan tiga penjuru sesama parti pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak.

Ini kerana PAS terus bertegas mahu bertanding 11 kerusi yang ada antaranya turut jadi pilihan PKR, DAP dan AMANAH.

Sehingga kini pertindihan kerusi dalam Pakatan Harapan masih berlaku bagaimanapun ia akan diselesaikan sebelum pilihan raya berlangsung.

Bagi mengelak perkara ini berterusan dan menjejaskan persiapan kempen pilihan raya yang dijangka April depan, Pakatan Harapan bersetuju untuk tidak bertanding di semua 82 kerusi negeri.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata mesyuarat yang dihadiri oleh PKR, DAP dan AMANAH bersetuju berbuat demikian bagi memberi laluan kepada PAS untuk bertanding sama.

Bagaimanapun, katanya perbincangan antara PAS dan Pakatan Harapan masih berlangsung dan mereka masih belum dapat memutuskan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan oleh setiap parti.

Kah Kah Kah! Nampaknya PKR cuba jadi hero walhal Wan Azizah sendiri kelam kabut orangnya. Kita akan lihat juga PAS melawan DAP. Mungkinkah kali ini DAP akan tergugat dengan calon PAS?

K7L : PAS dengarnya akan lawan mana sahaja Amanah dan DAP lawan..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk