10/02/2016

Apa Manfaat TPPA Kepada Malaysia?



Berikut adalah antara manfaat yang bakal diperoleh Malaysia hasil daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), perjanjian perdagangan terbesar setakat ini,yang dimeterai Malaysia dan 11 negara lain di Auckland, New Zealand hari ini:

* Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur meningkat sebanyak US$107 bilon kepada US$211 bilion antara 2018-2027, yang akan meningkatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 0.60-1.15 mata peratus pada 2027.

* Pelaburan diunjur meningkat sebanyak US$136 bilion kepada US$239 bilion antara 2018-2027 – sebahagian besarnya hasil daripada pertumbuhan pelaburan yang lebih tinggi dalam industri tekstil, pembinaan dan perdagangan pengedaran.

* Lebih daripada 90 peratus peningkatan ekonomi disumbangkan menerusi langkah bukan tarif yang lebih rendah.

* Peningkatan dalam pertumbuhan eksport diunjur mengatasi peningkatan dalam pertumbuhan import, sekali gus lebihan dagangan dijangkakan berkurangan kepada 4.3 peratus kepada 5.2 peratus KDNK pada 2027.

* Sektor yang menyumbang lebih 20 peratus KDNK Malaysia pada 2014 dijangkakan mencatat pertumbuhan keluaran yang lebih tinggi, terutama subsektor pembuatan.

* Syarikat berorienasikan eksport akan memproleh manfaat daripada akses pasaran yang lebih luas, terutama negara seperi Malaysia yang belum mempunyai pakatan perdagangan seperti dengan Kanada, Mexico, Peru dan Amerika Syarikat.

* Syarikat akan memperoleh manfaat menerusi akses kepada pemerolehan kerajaan, loberalisasi digital yang lebih luas selain penguatkuasaan perlindungan rahsia perdagangan.

* Peningkatan upah untuk pekerja tidak mahir diunjur meningkat sebanyak 0.45-0.91 peratus dan pekerja mahir sebanyak 0.38-0.78 peratus.

* Penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS) mungkin meningkatkan kos kepada kerajaan, namun perlindungan sudah disediakan bagi menangani saman dan melindungi dasar dalam penetapan keputusan ke atas kesihatan, keselamatan dan alam sekitar. Ia juga meningkatkan perlindungan ke atas syarikat Malaysia yang melabur di luar negara.

* Dasar Bumiputera dan PKS kekal pada status quo sedia ada.

K7L : Kita fikir mana yang baik...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk