25/02/2016

Guan Eng Buang Orang PKR Kat Penang - PKR Masih Jadi Pak Turut?



Dua daripada lima wakil rakyat PKR yang tidak mengundi dalam usul tambakan laut pada sidang Dun Pulau Pinang tahun lalu ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) negeri itu.

Memetik laporan sebuah portal, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pihaknya sudah tidak mempunyai keyakinan dua Adun tersebut dapat berfungsi secara profesional dan berkesan.

“Apabila anda hilang keyakinan terhadap seseorang yang bersetuju dengan anda dan kemudian memungkiri janji mereka, bagaimana mereka boleh berfungsi dengan berkesan dan secara profesional, terutamanya apabila saya jadi pengerusi,” katanya.

Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen, telah ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Sementara Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Namun menurut Guan Eng, tiga lagi Adun PKR, Lee Khai Loon (Machang Bubok), T Jayabalan (Batu Uban) dan Norlela Ariffin (Penanti) yang juga berkecuali daripada mengundi menentang usul Umno itu tidak terjejas.

Chin Wen mengesahkan menerima surat penamatan khidmatnya itu tetapi enggan mengulas lanjut sementara Kah Peng masih belum mengulas mengenai perkara itu.
Guan Eng menjelaskan bahawa kedua-duanya menimbulkan kemarahan rakan-rakan mereka dalam kerajaan negeri apabila mereka sebelum ini telah bersetuju untuk tidak menyokong usul Umno, yang dibentangkan oleh Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad November tahun lepas.

“Mereka kemudiannya menikam kami dari belakang apabila mereka berkecuali daripada mengundi menentang usul itu.

“Sekarang, kita tidak yakin mereka akan dapat berfungsi secara profesional dan berkesan dan jika saya, sebagai seorang pengerusi, tidak mempunyai keyakinan terhadap anda, maka anda perlu tahulah apa yang patut dibuat,” katanya.

Sebelum ini, Chin Wen yang juga Whip PKR di Dewan Undangan Negeri berkata mereka mengundi berdasarkan suara hati, manakala Kah Peng ketika berucap di konvensyen PKR di Selangor berkata wakil PKR akan terus mempertahankan kepentingan awam.

Memetik laporan sama, Guan Eng berkata kedua-duanya telah dimaklumkan mengenai keputusan itu pada bulan Januari dan ia juga telah dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Wah! Hanya sebab tak sokong terus 'buang' dari kesenangan. DAP kini sudah tidak lihat bangsa tetapi hanya lihat Ahli DAP sahaja. Selama ini mereka berjuang untuk DAP semata-mata, bukan untuk bangsa cina apatah lagi bangsa lain.

K7L : Jahat kan? Kenapa sokong DAP?..

3 ulasan:

  1. PKR memperhambakan diri untuk kepentingan parti dan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
      Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
      KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

      *angka ritual gaib singapura

      *angka ritual gaib hongkong

      *angka ritual gaib malyaisia

      *angka ritual gaib sidney

      *angka ritual gaib kuda lari.

      Delete
    2. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk