12/02/2016

Apa Niat DAP Untuk Jadikan Sarawak 'Autonomi Tulen'?



Nampaknya permainan DAP semakin Kasar dan cuba bermain api dengan rakyat Sarawak. Sentimen yang dimainkan sebenarnya mencabar orang Sarawak. Mungkin PRN ke 11 ini boleh dijadikan medan oleh Rakyat Sarawak untuk buang terus DAP daripada bumi Sarawak.

Mereka kini sangat berani untuk bercakap soal Autonomi setelah sekian lamanya. Apapun mari baca apa Raja Petra Kamarudin tulis : 

Secara asasnya, apa yang DAP mahukan bukan setakat ‘Autonomi Pentadbiran’ tetapi sebuah pemerintahan sendiri; atau apa yang dipanggil sebagai ‘Autonomi Tulen’. DAP kelihatan cuba untuk menampakkan perbezaan antara ‘Autonomi Tulen’ dan ‘Autonomi Pentadbiran’. Dan mereka juga cuba untuk memperlihatkan Ketua Menteri Sarawak tidak mengetahui perbezaan kedua-dua itu – atau mungkin dia tahu tapi pura-pura tidak tahu.

Saya kira, jika anda boleh mempercayai itu, maka anda boleh mempercayai yang merdeka dan bebas adalah dua perkara yang berbeza. Tetapi Pakartun DAP boleh mempercayai apa sahaja asalkan ianya bukan UMNO/ASAL BUKAN UMNO (ABU).

Autonomi biasanya adalah langkah pertama ke arah kemerdekaan. Dan maksud autonomi – sama ada ‘autonomi tulen’ atau ‘autonomi pentadbiran’ – adalah mudah difahami. Autonomi adalah pemerintahan sendiri, kerajaan sendiri atau penentuan nasib sendiri.

Perkataan ‘autonomi’ berasal dari perkataan Greek ‘autonomous’, iaitu gabungan 2 patah perkataan – auto bermaksud ‘sendiri’ dan nomos, bermaksud ‘undang-undang’.

Di dalam kerajaan Amerika Syarikat, autonomi merujuk urus tadbir sendiri. Satu contoh bidang kuasa autonomi di dalam Kerajaan Amerika Syarikat, adalah Kepulauan Filipina: Akta Autonomi Filipina 1916 telah menyediakan kerangka untuk pembentukan kerajaan autonomi yang menyediakan rakyat Filipina autonomi domestik yang lebih luas, walaupun mengekalkan sesetengah kelebihan bagi Amerika untuk melindungi kedaulatan dan kepentingannya.

DAP menuduh Ketua Menteri Sarawak bermain wayang. Sebenarnya, DAP yang bermain wayang apabila ia menuntut ‘Autonomi Tulen’ berbanding ‘Autonomi Pentadbiran’.

Kenapa tidak sebutkan sahaja yang anda mahukan Sarawak supaya bebas dengan tidak rasmi dari Malaysia, berbanding dengan memanggil Sarawak ‘Republik Bebas Sarawak’ atau “Wilayah Autonomi Tulen Sarawak”. Bukankah sama sahaja? Cangkul tetap juga cangkul, bukan?

K7L : Kurang ajar DAP..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk