13/04/2012

#Lynas - Fakta Yang Disembunyikan @fuziah99 - PART II


Klik sini untuk bahagian yang sebelumnya. 


Kenapa Lynas memilih GEBENG dan bukannya Australia?

Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia. Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia. Maka Malaysia menjadi pilihan yang terbaik.




Kenapa tidak di China?

Lynas sebenarnya telah mendapat kelulusan bina kilang di China namun begitu negara China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk "logam nadir". Kerana mereka juga antara pengeluar Rare Earth terbesar di dunia.



Kenapa tidak di Kemaman, Terangganu?

Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman dan sementara menunggu tanah dari kerajaan negeri Terangganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan


Surat kelulusan pembinaan di Terangganu di keluarkan oleh kerajaan Negeri Terangganu

Kenapa Gebeng, Pahang?

  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng
  • Kemudahan Pelabuhan yang berdekatan 
  • Bekalan gas asli yang sedia ada
  • Bekalan bahan Kimia yang sedia ada 
  • Bekalan air yang mencukupi
  • Wujud tenaga kerja mahir
  • Kos operasi yang kompetitif secara global

Surat kelulusan pembinaan di Pahang di keluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang


Pengurusan Bahan sisa

Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sanggat rendah dan tidak merbahayakan pada orang awam,alam sekitar dan pekerja. Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah TERAMAT RENDAH



Walaupun bahan sisa ini tidak merbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama sepertu industri-industri kimia yang lain. Lynas yang melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa dimana Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah yang sama dalam pembinaan jalanraya.

Pengurusan Bahan Sisa- Senario Terburuk

Senario terburuk adalah JIKA bahan sisa ini tidak dapat di guna pakai semula. Ianya boleh di tangani dengan salah satu daripada cara berikut :

  1. Bahan sisa ini akan di cairkan (dilute) dengan bahan lain atau tanah biasa untuk menjadikan bahan bukan radioaktif (takrif antarabangsa kurang dari 1 Bq / g adalah bahan bukan radioaktif).Bahan campuran ini boleh di gunakan untuk apa-apa aplikasi yang berfaedah 
  2. Bahan sisa ini akan di simpan dengan selamat di tempat simpanan sisa kekal yang di rekabentuk mengikut standard antarabangsa setelah mendapat kelulusan AELB dan DOE
Pelepasan Udara

Lynas mempunyai Waste Gas Treatment System yang mempunyai 5 peringkat tapisan untuk memastikan pelepasan udara adalah selamat iaitu :
  • Tahap radioaktifyang di keluarkan adalah amat rendah sehingga sukar di kesan
  • Bahan-bahan yang di proses di Lynas tidak mengandungi Uranium (Tidak Boleh Di Ukur)
  • Ianya mengandungi Thorium yang mempunyai kadar radioaktif yang amat rendah.
  • Di sebabkan kadar radio aktif Thorium yang amat rendah,maka gas Thoron (yang mempunyai jangka separuh hayat hanya 55.6 saat) yang di hasilkan juga amat rendah
  • Pendedahan radiasi di pinggir pagar kilang Lynas adalah 0.002mSv setahun (berbanding menonton TV selama 4 jam sehari selama setahun yang memberi radiasi 10 kali lebih tinggi)
  • Untuk mengesahkan dan memantau kualiti pelepasan udara .Lynas telah memasang Airbornen Monitoring System (AMS) di tapak kilang dan akan memasang satu unit di bandar Kuantan
Pelepasan Air
  • Proses Lynas akan membuatkan Thorium tidak larut dalam air
  • Thorium di dalam bentuk pepejal akan di tapis oleh Filter Press
  • Air yang di asingkan tidak mengandungi Thorium dan Air ini akan di rawat di Waste Water Treatment Plant
  • Air yang telah di rawat tidak mengandungi bahan-bahan radioaktif serta memenuhi 32 parameter yang di tetapkan oleh DOE sebelum di lepaskan ke Sungai Balok
  • Kualiti air yang telah di rawat memenuhi piawaian World Health Organization (WHO)

Selain China, kilang-kilang yang sama seperti Lynas yang sedang beroperasi di negara maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain dengan beberapa cara memproses :


A  Prosesan sepenuh
  • Molycorp di California,Amerika Syarikat
  • Indian Rare Earth di India
  • Solikampsk di Russia & Silmet di Estonia (Eropah)
B Prosesan separa
  • Rhodia di Perancis
  • Shin Etsu di Jepun
  • Nippon Yttrium di Jepun
C Kilang-kilang dalam perancangan 
  • Arafura di Whayalla Australia
  • Great Western Minerals di Steenkampskraal South Afrika
  • Avalon Rare Metal di Thor Lake Canada
  • Alkane di Dubbo New South Wales Australia
Faedah Pembinaan Lynas Di Malaysia


Pelaburan dan kewangan
  • Pelaburan langsung asing (FDI) dengan modal RM2.3 Bilion 
  • Fasa pertama - modal pelaburan sebanyak RM1.318 Bilion.RM618 juta di belanjakan di Malaysia termasuk RM235 juta yang di berikan kepada kontrakor di Kuantan
  • Fasa kedua - Modal pelaburan ialah RM700 juta di mana 50% akan di belanjakan di Malaysia
  • Kos operasi ialah RM400 juta setahun / (RM600 juta mulai dari 2013)
Servis luar 
  • Pengangkutan
  • penyelengaraan
Tenaga kerja diperlukan sekaligus membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang terlibat dalam bidang :
  • keselamatan
  • mekanikal
  • elektrikal
  • sivil
  • gudang dan proses
Maka peluang pekerjaan yang dibuka oleh Lynas dimana Lynas akan mengambil 
  • 350 pekerja terdiri dari 75 Ijazah teknikal, 15 Ijazah bukan teknikal dan 260 tenaga mahir dan separa mahir
  • 250 orang pekerja kontrak yang tetap
  • 100% Kakitangan Lynas Malaysia termasuk pihak pengurusan adalah rakyat Malaysia kecuali 4 pakar Nadir bumi dari Negara China.
  • Industri sokongan akan menjana 1000 peluang pekerjaan tambahan 
  • Lynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia,Perancis yang telah mengendalikan logi nadir bumi semenjak tahun 60an
Fasa pembinaan pembuinaan sahaja lebih 2000 orang di ambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan dimana ia menyediakan peluang perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.


Selain itu aktiviti perintis akan berjalan seperti :
  • Besar kemungkinan,syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia seperti
  • Magnet Rare Earth - Siemens telah menanda tangani kerjasama dengan Lynas untuk mendirikan kilang magnet dengan anggaran pelaburan - RM500 juta
  • Produk Teknologi Hijau
  1. Hybrid vehicle
  2. Catalytic converters
  3. Polising powder
  4. Flat Panel Display
  5. Ceramic capacitors 
  6. Compact fluorescent light 
  7. Fuel cells
  8. NiMH batteries
Lesen Lembaga tenaga Atom Malaysia bagi Lynas Gebeng

K7L : Sebarkan supaya semua yang terpedaya sedar Anti-Lynas hanyalah retorik pembangkang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk