13/04/2012

Ku Li Hanya Perlu Duduk Diam-Diam Atas Kerusi Emas Kat Rumah!


Ahli Parlimen Jurassic

KOTA BHARU - Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah secara terbuka menyokong tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Susulan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pilihan raya, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat awal minggu lalu, Bersih 2.0 yang tidak berpuas hati dengan laporan panel itu, mengumumkan akan mengadakan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka akhir bulan ini.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan PSC Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya berikutan perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.

“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan.

"Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas,” kata beliau.

Ahli Parlimen Gua Musang ini berkata demikian ketika menjawab soalan penonton pada Bicara Perjuangan dan Pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Kelantan Trade Centre semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas pemimpin Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh.

Ketika ditanya sama ada Amanah menyokong dan akan menyertai himpunan Bersih 3.0, Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, jawatankuasa itu belum bermesyuarat untuk menentukan perkara tersebut.

“Terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan, jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah sama ada hadir atau tidak pada perhimpunan tersebut,” katanya. - Sinar Harian

Atok Ku Li

Subhanallah! Dah kenapa dengan Ku Li ini? Apa masalah dia sampai nak sokong perhimpunan Bersih yang secara terang-terangan membawa ideologi politik pembangkang dimana Bersih yang kononnya memperjuangkan pilihanraya secara adil dan telus. Sebelum nak beri pesanan kepada Atok Ku Li, Keris mahu beritahu kepada pembaca bahawa Bersih hanyalah satu retorikal pembangkang untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan luar negara bahawa kerajaan sedia ada tidak telus. Pada Keris mudah sahaja, sekiranya mereka merasakan pilihanraya yang lepas tidak adil maka mereka menang di Selangor, Penang dan Kedah secara tidak adil jugalah. Berkenaan dengan Bersih, Keris ada menulis tentang tuntutan mereka di [SINI]

Berbalik kepada isu Atok Ku Li, kebanyakan orang muda sudah tidak mahu lagi bermain mainan politik orang yang sepatutnya melepaskan jawatan ahli parlimen dahulu lagi. Atok Ku Li mungkin sedar dirinya kini tidak mendapat sokongan orang muda maka dia cuba untuk bermain isu Bersih dalam menaikkan publisiti. Ah! Kami sudah bosan dengan orang lama yang sangat bercita-cita menjawat jawatan Presiden UMNO yang hanya akan mengeluarkan kenyataan yang tidak ubah seperti pembangkang. Eh! Ku Li ini layaknya berada di muzium UMNO dan bukan lagi berbaris dalam kepimpinan UMNO!. 

Bukan Keris menolak orang lama kerana tiada dahulu tiadalah sekarang namun ada juga orang lama yang boleh membantu dan bersedia memberi ruang kepada muka baru tapi Atok Ku Li ini tergolong dalam golongan mereka yang nak lekatkan gam gajah pada kerusi Parlimen dan punya agenda yang tidak menguntungkan parti dan bangsa! Daripada terus menyusahkan orang dan bertindak mencelarukan UMNO. Lebih baik duduk diam-diam atas kerusi emas kat rumah!

K7L : Ini jurassic punya Ahli Parlimen!..sama macam kadiaq!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk