18/09/2011

Nak Laksanakan Hudud? Nik Aziz Dah Sedia?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Sinar Harian KOTA BHARU – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Menteri Besar itu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika Pas Kelantan melaksanakannya.

“Kerajaan Negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya,
rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, Pas Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, Pas atau Umno sokong 100 peratus.

“Selepas hudud diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), Perdana Menteri datang Kelantan dan cakap kalau Kelantan laksana hudud kami akan bertindak.

Jadi Pas Kelantan hentikan hudud walaupun semua dah siap. Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir. Insya-Allah harap terbuka pintu hati Najib untuk laksanakan hudud,” katanya.

Kenyataan Nik Aziz itu sebagai mengulas laporan Yayasan Aids Malaysia yang merumuskan Kelantan mencatatkan angka tertinggi penghidap HIV, tahun lalu, selepas Pahang, Wilayah Persekutuan dan Johor.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) diluluskan Dun Kelantan pada 1993, berikutan janji Pas dalam manifestonya akan melaksanakan hukum hudud pada Pilihan Raya Umum 1990.

Jangan jadikan tuntutan itu hanya satu retorik. Keris cabar supaya pihak Nik Aziz dan PAS menghantar draf undang-undang kepada Perdana Menteri dengan syarat hukum hudud harus DILAKSANAKAN di tiga negeri naungan PR yang Menteri Besarnya beragama Islam iaitu Selangor, Kelantan dan Kedah melalui satu perjanjian.

InsyaAllah Perdana Menteri sekarang adalah seorang yang bijak dan berani dalam tranformasi mengikut kehendak semasa rakyat. Keris yakin PM akan pertimbangkan draf undang-undang tersebut.



Yang pentingnya, jika diluluskan Nik Aziz perlu mengikut syarat-syarat perjanjian dan tidak boleh melanggar janji. Nik Aziz orang baik kan?. Pegang pada janji jika diluluskan tahu?. Jika tidak laksanakan kerana takut kepada DAP maka umat Islam di Malaysia harus fikir siapakah Nik Aziz dan apa perjuangan sebenar PAS. Masih ISLAM lagikah PAS?




Tunggu esok pagi apa itu 919..

1 DAY TO GO : 919

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Suruh dia pilih nak undi cina ke undi melayu..

2 ulasan:

  1. Rupanya Nik Aziz takut pada manusia bernama Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Allah s.w.t???? Kata Ulamak tersohor tapi takut pada manusia?? Apa barang ni Nik Aziz???
    Sekarang zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dah berlalu, jadi tak perlu takut-takut lagi untuk laksanakan hukum hudud. PM Najib memang berhati mulia. ISA pun dia berani mansuhkan apa tah lagi untuk laksanakan hukum hudud lagilah dia bagi sebab itu sebahagian hukum Allah s.w.t.
    Ada berani ke Ular..mak PAS???????????

    ReplyDelete
  2. ni semua gimik politik pas je. kalau betul nak tegakkan hukum Islam, kenapa negara Islam dihapuskan dgn hujah: dlm al-Quran rupa2nya xde sebut pasal negara Islam!!!!!!
    Astaghfirullah al-Azim.. semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita semua.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk