23/09/2011

Apabila KP Imigresen Mula Bersuara!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Baru-baru ini kita dihidangkan dengan tohmahan mengenai pembohong tegar Milo Sohai dan Naib Presiden PKR yang tak berapa nak cerdik Fuziah Salleh ( Klik Sini dan Sini). Keris pada mulanya malas ambil berat hal ini kerana ia melibatkan Fuziah Salleh yang Keris lihat sebagai orang yang kurang cerdik dan hanya mahu publisiti, memandang ada yang bertanya serta Keris pun tidak berapa faham pembohongan dia maka Keris merujuk kepada yang lebih otai dan pakar. 

Hasilnya, Keris diberi sedikit maklumat mengenai isu itu dengan penerangan keterangan media oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia berkenaan isu pemegang permit masuk yang kononnya jadi pengundi. Mari kita sama-sama baca dan faham.

DATO’ ALIAS AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen Negara
PEMEGANG PERMIT MASUK (PR) TIDAK LAYAK JADI PENGUNDI
Khamis, 22 September 2011

1. Jabatan Imigresen Negara ingin memaklumkan bahawa kerajaan tidak sewenang-wenangnya meluluskan permohonan Permit Masuk atau Taraf Penduduk Tetap (PR) kepada warga asing.

2. Peraturan Imigresen sedia ada juga tidak membenarkan pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) memohon permit masuk atau PR di negara ini.

3. Dalam hal ini, warga asing yang memegang Permit Masuk atau PR adalah tidak layak untuk mendaftar sebagai pengundi di negara ini. Mereka juga tidak secara automatik menjadi warganegara selagi tidak memenuhi peraturan ditetapkan.

4. Ini sekali gus menafikan laporan laman web Malaysian Chronicle pada 17 September lalu yang kemudiannya turut dipetik oleh Malaysia Insider dengan dakwaan wujud tawaran daripada pihak Imigresen kepada pekerja warga Bangladesh di negara ini untuk status penduduk tetap bagi tujuan berdaftar sebagai pemilih dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

5. Sebelum ini, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh turut menafikan laporan Malaysian Chronicle dengan menyifatkannya sebagai palsu, tidak berasas dan direka.

6. Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia beserta anak-anak berusia bawah enam (6) tahun dan telah menetap lima (5) tahun di negara ini secara berterusan bermula tarikh kelulusan Pas Lawatan (Sosial) layak memohon taraf penduduk tetap atau diistilahkan Permit Masuk mengikut Akta Imigresen.

7. Selain kumpulan tersebut, permohonan Permit Masuk ini turut dibuka untuk dipertimbangkan dua kategori lain iaitu kumpulan pelabur (high net worth individual) dan kumpulan pakar serta profesional.

8. Bagi kategori pelabur, pemohon perlu mempunyai pelaburan dalam bentuk simpanan tetap bernilai lebih USD2 juta (RM6.2 juta) di bank-bank tempatan dan syarat menetapkan bahawa ia tidak boleh dikeluarkan untuk tempoh lima (5) tahun.

9. Bagaimanapun, pemohon yang mempunyai nilai pelaburan bernilai sekurang-kurang RM15 juta dalam bentuk aset harta di negara ini juga boleh dipertimbangkan di bawah kategori sama.

10. Bagi kategori pakar dan golongan profesional, permohonan dipecahkan kepada A1 dan A2. Di bawah A1, pemohon perlu memiliki kepakaran teknikal yang mencapai taraf piawaian antarabangsa dan diiktiraf badan khas di peringkat dunia, manakala di bawah A2, pemohon perlu memiliki kemahiran dalam bidang kritikal yang diperakukan Agensi Kawal Selia yang berkaitan di negara ini. Selain itu, pemohon di bawah kategori A2 ini juga ditetapkan telah bekerja dengan mana-mana agensi Kerajaan atau swasta di negara ini bagi tempoh melebihi tiga (3) tahun, dengan menyandang jawatan yang disahkan Agensi Kawal Selia yang berkaitan di negara ini.

11. Selari permohonan di bawah dua kategori tambahan ini, suami atau isteri pemohon beserta anak-anak berusia di bawah 18 tahun juga layak memohon untuk pertimbangan Permit Masuk, dengan syarat telah menetap sekurang-kurangnya lima tahun secara berterusan di negara ini.

12. Sementara itu, anak-anak pemegang Permit Masuk yang lahir di Malaysia juga boleh memohon, manakala untuk wanita warga asing yang berkahwin dengan rakyat negara ini, permohonan status warganegara Malaysia boleh dikemukakan menerusi Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan – tertakluk bahawa mereka telah memiliki Permit Masuk dan menepati syarat tinggal menetap di negara ini sekurang-kurangnya dua tahun secara terus menerus.

13. Penjelasan ini adalah susulan kekeliruan beberapa pihak yang beranggapan bahawa Permit Masuk dan status warganegara di Malaysia boleh diperolehi secara mudah melalui proses-proses yang longgar, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

14. Selain itu, Kerajaan juga boleh membatalkan Permit Masuk yang diberi sekiranya pemegang didapati melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan Akta Imigresen.

Maklumat ini boleh dikongsi untuk tujuan penerangan buat rakyat Malaysia yang mungkin keliru dan tidak jelas mengena isu tersebut. 

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Malas nak ikut cerita Fuziah lah..dia ni bohong je lebih!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk