22/09/2011

#BNDekatiRakyat Di Temerloh!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t

Semalam Keris menerima panggilan dari sahabat lama yang sama-sama belajar dahulu, dia ini orang Pahang. Sedang rancak bersembang, Keris mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai kepimpinan UMNO di sana dan beliau memberitahu mengenai pemimpin-pemimpin di kawasannya yang tampak mudah didekati rakyat. Dia ada menceritakan tentang Majlis Jamuan Hari Raya yang dihadirinya di Dataran Dato' Bahaman tempoh hari.

Maka Keris meminta jasa baik dia untuk emel gambar-gambar supaya ia boleh dicoretkan di blog ini. Bukti bahawa #BNDekatiRakyat bukan retorik.


Majlis ini dihadiri oleh masyarakat setempat yang rata-rata penduduknya berbangsa melayu dan cina serta ada juga masyarakat india yang turut memeriahkan majlis tersebut. Seperti yang dimaklumkan, Menteri Besar Pahang hadir memeriahkan suasana dan mengambil peluang mendekati rakyat di kawasan Lanchang, Temerloh.


















Paling Keris 'tabik spring' bagi YB Adun Lanchang ini yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Temerloh adalah kesudian beliau menyanyi bersama Amy Search dengan lagu 'Isabella'. Terbaik YB, barulah kena dengan slogan #BNDekatiRakyat!


Keris difahamkan ramai wakil-wakil rakyat BN serta UMNO yang memang mendekati rakyat secara dekat cuma tidak berkesempatan pula untuk Keris menulis tentang mereka-mereka yang lain. Tahniah kepada semua yang berjaya membawa slogan #BNDekatiRakyat!.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Lagu 'Isabella' beb Dato' Sharkar tarik..nanti boleh lawan Keris karaoke ni..hehe..jangan marah ye YB..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk