24/02/2018

Ada Pemimpin PKR Akui PH Takkan Menang PRU14?



Sembang punya sembang, belum PRU sendiri dah mengaku kalah. PKR sendiri ‘yakin PH tidak akan menang’. Kalau yakin tak akan menang, maksudnya mengaku kalah la kan.

Statement tu dari mulut Ahli Majlis Pimpinan PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar. Bukannya orang luar. Sebab takut kalau ada pertembungan tiga penjuru, awal-awal lagi dah angkat bendera putih.

Lepas ni macai leh la tuduh ‘dedak sistematik’ dah merebak ke pucuk pimpinan PKR. Ke macai dah penat melalak.

Lately nampak senyap je. GST Singapura naik 9% tak bising. Ada cakap bilionair ‘derma’ kat tabung PPBM pun tak bising. Sekarang minyak turun lagi. Turun 6 sen. Macai dan kiasu senyap je. Ke modal dah habis?

K7L : Kalau tahu kalah bagus...

23/02/2018

Indeks Persepsi Rasuah Malaysia Merosot Selepas Pemimpin Pakatan Ditangkap?



Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar yang mengatakan bahawa Indeks Rasuah Malaysia merosot konon-nya kerana isu 1MDB, Felda dan penangkapan Rafizi Ramli  dalam kes beliau mendedahkan maklumat akaun peribadi syarikat NFC. 

Saya ingin mengingatkan Datuk Akhbar Satar bahawa indeks rasuah di negara ini merosot bukan kerana isu 1MDB, Felda mahupun kerana penangkapan Rafizi Ramli. Indeks rasuah kita merosot adalah kerana salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku di negeri - negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.

Contoh paling ketara adalah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Ini berikutan kes skandal banglo beliau di Pulau Pinang yang mendapat liputan meluas dari media dari dalam dan luar negara. Walaupun sudah didakwa, Lim Guan Eng masih tidak mahu letak jawatan.

Sudah semestinya apabila seorang Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, persepsi rakyat dan orang asing terhadap negara kita akan merosot kerana mereka lihat di Malaysia seorang Ketua Menteri juga menyalahgunakan kuasa. Mengapa kes ini tidak diambil kira sebagai memberi impak kepada kemerosotan indeks rasuah negara?

Kedua adalah kes Banglo Disneyland di Selangor milik seorang pemimpin PKR. Kes ini juga memberikan impak yang negatif kepada negara apabila seorang pemimpin sayap PKR didakwa mempunyai kekayaan yang luar biasa. PKR pula merupakan parti yang menerajui kerajaan negeri Selangor. Ini sekaligus mewujudkan persepsi bahawa terdapat salah guna kuasa dan rasuah antara kerajaan negeri dan pemimpin parti PKR.

Ketiga pula merupakan skandal yang paling besar melibatkan pemimpin Pakatan Harapan iaitu skandal Forex yang menyebabkan bank negara hilang RM 32 Billion. Malah kerajaan terpaksa menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat perkara ini. Kes ini juga telah mendapat perhatian dunia dimana pemimpin Pakatan Harapan bertanggungjawab akan kehilangan wang ini. 

Keempat pula adalah skandal satu projek di Pulau Pinang yang sehingga hari ini tidak lagi bermula walaupun tanah rakyat sudah diberi kepada pemaju. Malah sehingga hari ini "feasibility report" pun masih tidak siap dan syarikat SPV yang diberi projek ini juga telah bertukar tangan. Lebih memalukan syarikat gergasi dari China juga terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat dalam projek ini.

Akhir sekali, sudah semestinya kekayaan luar biasa pemimpin - pemimpin Pakatan Harapan juga membangkitkan persoalan mana mereka mendapat wang yang begitu banyak. Ada pemimpin PH yang berceramah ke seluruh negara menggunakan jet peribadi dan kereta - kereta mewah. Dari mana mereka dapat duit sebanyak itu?

Apabila persoalan ini tidak dapat dijawab oleh pihak Pakatan Harapan, ianya memberikan persepsi bahawa wujud salah guna kuasa dan rasuah dikalangan mereka sekaligus menyebabkan indeks rasuah kita merosot. Oleh yang demikian, saya ingin ingatkan Datuk akhbar Satar supaya lain kali buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Malah tidak wajar juga SPRM pula dipersalahkan kerana konon nya mereka gagal membanteras rasuah. Ini adalah kenyataan tidak bertanggungjawab. Walhal SPRM sudah melakukan pelbagai usaha dan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya-nya rasuah dan juga aktiviti pencegahan rasuah. Malah beberapa tahun kebelakangan ini banyak kes rasuah yang telah diselesaikan oleh pihak SPRM. 

Oleh itu, sebenarnya indeks persepsi rasuah Malaysia merosot adalah kerana skandal - skandal pemimpin Pakatan Harapan dan ini tidak termasuk lagi Skandal seorang bekas Menteri Persekutuan yang berasal dari Sabah. Saya berharap Transparency International Malaysia akan berlaku jujur dan adil dalam hal ini dan berhentilah menjadi agen kepada Pakatan Harapan.

Terima Kasih.

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

Pakatan Harapan Tidak Mampu Tunaikan Semua Janji! - Mahathir


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad dalam laporan Berita Harian mengaku bahawa pakatan tidak boleh dan tidak mampu penuhi semua janji yang ditabur pemimpin mereka jika menang PRU14 nanti dan berjaya menubuhkan kerajaan.

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto, ramai pemimpin pakatan harapan yang membuat kenyataan tertentu (berhubung janji kepada rakyat).

“Kita tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu jika dapati tidak dapat dilaksanakan apabila menerajui kerajaan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor, di Petaling Jaya, semalam.

Kerana hendak menutup kesalahan, Mahathir berkata blok pembangkan terpaksa menilai semula kira-kira 60 janji yang ditaburkan oleh pemimpin mereka sampai ke hari ini sebelum disenaraikan semula dalam manifesto untuk dilancarkan kepada pengundi menjelang pilihan raya.

Beliau berkata pemimpin PH membuat 60 janji yang dirasakan mereka boleh dilaksanakan walaupun sebenarnya tidak dikehendaki rakyat.

“Kita berpendapat, kewangan kerajaan ketika itu mungkin tidak boleh menampung janji yang keterlaluan.

“Berikutan itu, kita akan membuat janji setakat yang mampu sahaja dan akan mengeluarkan manifesto ini tidak lama lagi,” katanya.

Berkenaan kes pendaftaran PH, Mahathir berkata pihak pembangkang akan membawa kes itu ke mahkamah esok berikutan tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak memberi maklum balas kepada permohonan membentuk sebuah gabungan.

PH menghantar permohonan sejak pertengahan tahun lalu dan mahu isu itu diselesaikan untuk bertanding pada PRU14.

Mahathir sendiri sudah tahu bahawa pembangkang tidak boleh tunaikan janji yang dibuat. Sepatutnya lama sudah negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor bungkus dirampas semula oleh BN kerana pembangkang gagal tunai janji. Janji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sahaja untuk selesaikan isu banjir di negeri itu sampai sekarang tidak selesai.

Negeri Selangor batalkan pula sembila projek perumahan mampu milik Selangorku yang sudah dijanjikan atas alasan yang tidak munasabah kepada rakyat. Dengan kegagalan itu, pakatan masih hendak buat janji baru. Kalau buat janji baru, biasanya janji baru itu pun akan gagal juga nanti.
K7L : Kah Kah Kah..

Tenaga Buruh Yang Mampan - Ini Yang Rafizi Takut Dengar!



MALAYSIA TERUS MEREKODKAN PERTUMBUHAN PRODUKTIVITI TENAGA BURUH YANG MAMPAN

1. Produktiviti tenaga buruh Malaysia meningkat 3.6% (RM85,031) pada suku keempat  tahun 2017 selepas mencatatkan 4.1% (RM82,433) pada suku ketiga tahun 2017. Secara keseluruhanya pada tahun 2017 produktiviti tenaga buruh meningkat 3.6% (RM81,039) berbanding kepada RM78,244 pada 2016.

2. Peningkatan berterusan ini berikutan daripada pertumbuhan 3.5% dalam produktiviti tenaga buruh yang dicatatkan pada tahun 2016. Dalam tempoh 2010 hingga 2016, produktiviti tenaga buruh negara meningkat sebanyak 2.2% secara purata.

3. Pada suku keempat tahun 2017, pertanian merekodkan pertumbuhan produktiviti tenaga buruh yang tertinggi iaitu sebanyak 4.8%, diikuti perlombongan dan kuari (4.7%), perkhidmatan (4.7%), perkilangan (3.6%) dan pembinaan (1.4%). Ini merangkumi kesemua sektor yang ekonomi yang terlibat.

4. Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) negara mensasarkan pertumbuhan produktiviti sebanyak 3.7%. sehingga kini, Malaysia telah mencapai 87.8% daripada sasaran tersebut sebanyak RM92,300 menjelang 2020.

5. Dari tahun  2014 hingga 2017, peningkatan pertumbuhan  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) didorong oleh pertumbuhan produktiviti tenaga buruh dan bukannya peningkatan dalam pekerjaan. Secara purata, produktiviti tenaga buruh meningkat sebanyak 3.5% manakala pekerjaan meningkat sebanyak 1.5% pada empat tahun lepas.

6. Negara menjangkakan peningkatan produktiviti buruh yang berterusan berikutan  pelaksanaan Rangka Tindakan Produktiviti Malaysia pada tahun lepas yang lebih menumpukan kepada produktiviti daripada inisiatif yang didorong oleh Kerajaan terutamanya di peringkat kebangsaan mensasarkan sektor awam, pemain industri dan perusahaan individu.

7. Enam inisiatif utama kini sedang dilaksanakan di bawah lima teras strategik di peringkat kebangsaan. Teras tersebut merangkumi penyediaan tenaga buruh pada masa depan yang memenuhi keperluan yang berubah-ubah di setiap sektor, memacu digitalisasi dan inovasi melalui penerapan teknologi inovatif, menjadikan industri yang dipertanggungjawabkan lebih produktiviti melalui metrik produktiviti dan hasil, memupuk ekosistem yang teguh yang menangani kekangan peraturan, dan memperoleh mekanisme pelaksanaan yang kuat yang akan menanamkan budaya produktiviti yang lebih kukuh di seluruh ekonomi.

8. Pada masa yang sama, Kerajaan melalui Program Pemodenan Perniagaan Moden MPC dan Pasukan Petugas Khas untuk Memfasilitasi Perniagaan (PEMUDAH), mengatasi kekangan peraturan untuk meningkatkan daya saing perusahaan yang bekerja di negara ini serta membangunkan sistem akuntabiliti yang mantap dalam memastikan pelaksanaan amalan pengawalseliaan yang positif dan berkesan.

9. Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, sejumlah RM6.1 bilion penjimatan kos pematuhan telah dicapai melalui pelbagai program peningkatan seperti Mengurangkan Beban Pengawalseliaan yang Tidak Perlu (RM3 bilion) dan memproses projek-projek inovasi seperti Pengurusan Lean (RM3.1 bilion) .

10. Peningkatan produktiviti buruh memerlukan komitmen dari semua pihak untuk meneruskan langkah penstrukturan dan pembaharuan dari semasa ke semasa. Kami telah memulakan kerjasama awam-swasta di mana Kerajaan memainkan peranan yang memberangsangkan manakala sektor swasta bertanggungjawab terhadap usaha pelaksanaan dalam sembilan sektor utama.

11. Sektor-sektor ini yang dikenal pasti sebagai Nexus Produktiviti terdiri daripada Runcit & F & B, Agro-makanan, Kimia dan Produk Kimia, Elektrik & Elektronik, Jentera & Peralatan, Penjagaan Kesihatan Swasta, Perkhidmatan Profesional, ICT dan Pelancongan. Jawatankuasa-jawatankuasa yang diketuai oleh anggota-anggota dari sektor swasta yang terdiri daripada individu-individu yang berkemahiran tinggi dan khusus telah ditubuhkan untuk melaksanakan 43 inisiatif yang digariskan dalam Rangka Tindakan Produktiviti Malaysia.

12. Kejayaan kami dalam memacu produktiviti yang lebih baik untuk kesembilan sektor ini akan membuka ruang bagi pertumbuhan produktiviti yang lebih mampan merentasi ekonomi termasuk untuk industri PKS kami. Walaupun pertumbuhan produktiviti yang mantap sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia masih merupakan satu proses yang sedang berjalan dan kita memerlukan lebih banyak inisiatif untuk meningkatkan produktiviti yang akan menjadi kunci kepada Malaysia dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Minister of International Trade and Industry
22 February 2018

Mahathir Kemaruk Kuasa - Comeback Of Mahafiraun!



Kita ermohonan maaf oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir hanyalah sekadar retorik bagi memastikan impian dirinya untuk menjawat kembali jawatan nombor satu negara seandainya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke 14.


Mahathir sememangnya tidak ikhlas malah hanya ‘mempermainkan’ perasaan rakyat jelata untuk memastikan dirinya terus mendapat sokongan serta mandat untuk menjadi Perdana Menteri kembali.

“Selama menjadi Perdana Menteri, beliau adalah seorang diktator dan pemerintahan kuku besi sudah tentu sukar dilupakan termasuk pembangkang yang banyak menerima cabaran serta tamparan.

“Kini beliau menyertai puak pembangkang dan bercita-cita besar untuk ‘mengetuai’ perjuangan mereka dengan syarat diberikan jawatan Perdana Menteri. Cukuplah Tun M, rakyat bukan bodoh untuk terus percaya semua ini.

“Apapun kita jangan lupa dengan sejarah hitam ketika tampuk pemerintahan beliau termasuk insiden Memali dan Ops Lalang dengan menyumbat 106 pemimpin besar termasuk mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Lupakah anda?

“Bagaimana pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Siapakah yang bertanggungjawab melucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekaligus menghantarnya ke penjara? Semua ‘wayang’ yang sedang dipersembahkan kepada rakyat ketika ini sudah lali dan basi kepada rakyat. Tunggu PRU akan datang dan lihat hasilnya,
”  - Datuk S Vell Paari

Ini merupakan amaran buat penyokong pembangkang yang seharusnya sedar dengan permainan licik Tun Mahathir dan tidak sesekali membenarkan beliau untuk kembali berkuasa kerana ianya akan menghancurkan ketenteramaan serta perpaduan negara serta kestabilan politik yang telah lama terjalin.

Pada awalnya PPBM ditubuhkan atas alasan mahu memperjuangkan agenda rakyat, tetapi dengan apa yang diutarakan oleh anak beranak, Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad semalam nampaknya hanya kemaruk kuasa.

K7L : Mahafiraun nampaknya...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk